Apakah Panggilan Margin dalam Dagangan Forex?

What is a Margin Call in Forex Trading?, FP Markets

Panggilan margin, istilah yang sering hadir bersama perasaan ngeri ini mempunyai makna yang amat penting dalam dagangan forex.

Panggilan margin berlaku apabila akaun dagangan tidak lagi mempunyai sebarang margin bebas. Permintaan daripada broker untuk membawa deposit margin sehingga tahap margin awalan, turut dikenali sebagai margin deposit, untuk memastikan kedudukan sedia ada kekal terbuka.

Dagangan pada margin menawarkan pelbagai manfaat, serta risiko tambahan yang lain, termasuklah panggilan margin. Untuk mengelak daripada menerima panggilan margin, penting untuk mengetahui cara mengenal pasti antara margin dan leveraj, dua konsep yang sering disalah faham.

Memahami Peristilahan Dagangan

 

What is a Margin Call in Forex Trading?, FP Markets

RAJAH 1.A

Memahami peristilahan dapat membantu pedagang forex untuk mengkategorikan kedudukan dagangan dan berkomunikasi dengan broker forex.

Baki akaun forex, seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.A. adalah sedikit di bawah paras £100,000. Terdapat satu kedudukan panjang masa nyata yang aktif: 10,000 unit GBP/USD, dipenuhi pada 1.28743.

Ekuiti akaun adalah di bawah paras baki akaun disebabkan oleh dagangan kedudukan dalam kelembapan minor. Ekuiti akaun akan mengalami naik turun sehingga dagangan ditutup. Baki ini, walaupun kekal di pada £99,827.96 semasa dagangan, akan dipengaruhi oleh perbezaan kedudukan setelah dagangan diselesaikan.

Margin forex, atau margin awalan/digunakan ialah £10 dan merupakan jumlah wang yang diasingkan oleh broker forex untuk mengambil kedudukan tersebut. Jumlah ini tidak akan mengalami naik turun sepanjang dagangan dan akan diwakili dengan 0 (dan akan dikembalikan ke dalam baki akaun) sebaik sahaja kedudukan diselesaikan. Margin bebas (turut dikenali sebagai margin boleh guna atau margin tersedia) kini berada pada paras £99,817.87 – jumlah ekuiti akaun yang tidak digunakan untuk mengekalkan kedudukan terbuka (margin awalan) dan jumlah yang tersedia untuk membuka kedudukan tambahan. Ia juga merupakan nilai bagi kedudukan semasa untuk beralih pada ke arah anda sebelum akaun menerima panggilan margin.

Selagi tahap ekuiti kekal di atas paras margin, akaun tersebut tidak akan menerima panggilan margin.

Margin dan Leveraj dalam Forex

 

What is a Margin Call in Forex Trading?, FP Markets

Margin dan leveraj merupakan dua tema yang saling berkaitan, kedua-dua penting dalam memahami pengurusan risiko.

Margin ditempatkan dalam beberapa pasaran kewangan, namun cara dagangan margin berfungsi dalam pasaran ekuiti adalah berbeza daripada pasaran tukaran asing (forex). Pembelian saham pada margin melibatkan peminjaman wang daripada broker anda. Tidak seperti margin dalam dagangan saham, margin dalam tukaran asing bukanlah wang pinjaman. Tiada apa yang dibeli atau dijual, melainkan perjanjian untuk membeli atau menjual yang ditukarkan.

Margin merupakan deposit jujur yang diperlukan oleh broker untuk membuka dan mengekalkan kedudukan anda dalam pasaran forex. Ia digunakan sebagai jaminan setiap pihak yang terlibat dalam perjanjian ini. Jika anda membeli mata wang bernilai $100,000 pada margin, anda tidak mendepositkan sebanyak $1,000 dan meminjam $99,000 untuk pembelian tersebut. $1,000 itu hanyalah untuk menanggung kerugian anda dalam perjanjian yang ditetapkan.

Pasangan mata wang pula, selain daripada mata wang yang mengandungi Yen Jepun, beralih dengan amat perlahan – ia memerlukan pasaran untuk beralih, dalam USD sebanyak 10,000 pip untuk disamakan dengan nilai $1. Jika tiada akaun margin, maka dunia tukaran asing akan menjadi terlalu mahal untuk disertai oleh kebanyakan pedagang.

Leveraj mewakili nisbah. Leveraj 1:100 misalnya, bermakna bagi setiap $1, pedagang berupaya untuk mengawal sehingga $100. Leveraj, bergantung pada broker anda, biasanya bernisbah antara 1:1 sehingga setinggi 1:500, namun ini tidak bermakna anda perlu menggunakan semua leveraj yang ada, malah anda sepatutnya bertindak sebaliknya.

  • Leveraj 1:1 bermakna memiliki 100% keperluan margin (bersamaan dengan tiada leveraj).
  • 1:2 leveraj bermakna anda memiliki 50% daripada keperluan margin.
  • 1:100 leveraj bermakna anda memiliki 1% margin.
  • 1:500 bersamaan dengan 0.002% margin.

Seperti yang dapat dilihat, leveraj yang dibenarkan oleh broker ini mengawal margin yang anda perlu kekalkan.

Leveraj juga mempunyai pertalian berbalik dengan margin:

  • Nisbah leveraj 1:100 mempunyai peratusan margin sebanyak 0.01, atau 1% (1/100).
  • Nisbah 1:50 mempunyai peratusan margin sebanyak 0.02, atau 2% (1/50).
  • Sekiranya keperluan margin ialah 2%, maka leveraj ialah 1:50 (1/0.02)

 

Keperluan Margin

Selepas menempatkan dagangan, sebahagian daripada akaun tersebut akan dipegang bagi setiap lot mata wang yang didagangkan. Inilah margin yang digunakan.

Jika anda mendagangkan 1 lot standard bagi EUR/USD tanpa margin, anda memerlukan baki sebanyak $100,000 di dalam akaun anda. Tetapi dengan keperluan margin sebanyak 1% (leveraj 1:100), anda hanya perlu mendeposit sebanyak $1,000 ke dalam akaun anda untuk mengawal kedudukan sebanyak 100k. Keperluan margin mungkin berbeza-beza antara broker.

Keperluan margin juga bukan sahaja boleh dipenuhi melalui wang, tetapi dengan kedudukan yang menguntungkan.

 

Mengira Margin

Unit Didagangkan * Harga Pasaran Semasa * Margin

  • 100,000 * 1.20 (harga pasaran GBP/USD) * 0.01 (leveraj 1:100) = $1,200.

$1,200, di sini, ini adalah margin. Andaikan sebuah akaun bernilai $10,000, margin bebasnya ialah £8,800.

  • 100,000 * 1.30 (EUR/USD) * 0.002 (leveraj 1:500) = $260.

$260 adalah kos margin untuk mendagangkan 1 lot standard pada harga dagangan sebanyak 1.30, meninggalkan pedagang dengan margin bebas sebanyak $9,740 (saiz akaun $10,000).

Pengiraan di atas adalah dengan andaian terhadap sebuah akaun USD. Jika mata wang asasnya adalah sama dengan mata wang akaun, gandakan sahaja unit yang didagangkan dengan keperluan margin.

 

Mula Berdagang

DISCLAIMER: The information contained in this material is intended for general advice only. It does not take into account your investment objectives, financial situation or particular needs. FP Markets has made every effort to ensure the accuracy of the information as at the date of publication. FP Markets does not give any warranty or representation as to the material. Examples included in this material are for illustrative purposes only. To the extent permitted by law, FP Markets and its employees shall not be liable for any loss or damage arising in any way (including by way of negligence) from or in connection with any information provided in or omitted from this material. Features of the FP Markets products including applicable fees and charges are outlined in the Product Disclosure Statements available from FP Markets website, www.fpmarkets.com, and should be considered before deciding to deal with those products. Derivatives carry significant risk; losses can exceed your initial payment. FP Markets recommends that you seek independent investment advice. First Prudential Markets Pty Ltd trading as FP Markets ABN 16 112 600 281, Australian Financial Services License Number 286354.

  • What is a Margin Call in Forex Trading?, FP Markets
    • Articles
    • Views
    AUTHOR

    FP Markets

    FP Markets is an Australian regulated broker established in 2005 offering access to Derivatives across Forex, Indices, Commodities, Stocks & Mata Wang Kripto on consistently tighter spreads in unparalleled trading conditions. FP Markets combines state-of-the-art technology with a huge selection of financial instruments to create a genuine broker destination for all types of traders.

    PROFILE
Start Trading with a Global Broker

Archives

Archives

Categories


Mula
Berdagang
dalam masa beberapa Minit

Buka akaun sekarang


What is a Margin Call in Forex Trading?, FP Markets Akses +10,000 instrumen kewangan
What is a Margin Call in Forex Trading?, FP Markets Auto buka & tutup kedudukan
What is a Margin Call in Forex Trading?, FP Markets Kalendar berita & ekonomi
What is a Margin Call in Forex Trading?, FP Markets Penunjuk & carta teknikal
What is a Margin Call in Forex Trading?, FP Markets Banyak lagi alat yang disertakan

Dengan memberikan e-mel anda, anda bersetuju dengan dasar privasi FP Markets dan untuk menerima bahan pemasaran yang akan datang daripada FP Markets. Anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa.