Bagaimanakah Cara untuk Berdagang
CFD dengan Berjaya?

Cara untuk Berdagang CFD:
Petua Dagangan CFD Berjaya

Kontrak untuk Perbezaan (CFD) menyediakan peluang untuk menjana keuntungan daripada peralihan sesuatu harga aset dasar, dalam kedua-dua pasaran yang sedang menaik dan menurun, tanpa perlu memiliki aset tersebut. Dagangan CFD telah mencatatkan popularitinya tersendiri sejak kebelakangan ini menerusi pelbagai kelebihan yang ditawarkan, namun ia turut membawa risiko tinggi yang boleh menjadi penghalang kejayaan. Artikel ini membekalkan anda dengan maklumat dalaman tentang cara untuk anda meningkatkan peluang anda untuk berdagang CFD dengan berjaya.

Fahami Sebelum Anda Bermula

Sebelum anda dapat berdagang CFD dengan berjaya, anda perlu membina pengetahuan anda terlebih dahulu. Penting untuk anda memahami CFD, sama ada dari segi perkara asas dagangannya atau faktor yang mempengaruhi dagangan tertentu. Misalnya, salah satu daripada perkara asas paling mustahak adalah CFD merupakan produk kewangan yang berleveraj. Ini bermakna sementara keuntungan anda dapat digandakan, ia juga dapat mengosongkan keseluruhan akaun anda – leveraj dapat menggandakan kerugian anda sehingga tahap kerugian anda melebihi nilai deposit bagi dagangan individu anda. Semua itu mungkin berlaku melainkan anda menggunakan alatan pengurusan risiko yang akan dibincangkan selepas ini.

Bercakap tentang perkara khusus dalam dagangan, anda perlu mengetahui bahawa margin, leveraj, dan henti rugi boleh bertindak tanpa diduga berikutan jurang yang terdapat dalam pasaran. Anda perlu bertanya kepada diri anda sendiri jika anda benar-benar memahami perkara seperti jurang harga, yuran semalaman, panggilan margin dan spread yang lebih tinggi serta bagaimana ia dapat mempengaruhi dagangan CFD anda.

Teruskan Belajar

Semua pasaran kewangan adalah dinamik, termasuklah CFD, jadi pembelajaran sudah menjadi kemestian. Anda perlu membiasakan diri dengan sebarang perkembangan pasaran dan perhalusi strategi anda selaras dengannya. Mengemas kini pengetahuan anda perlu menjadi suatu proses yang berterusan kerana apa yang berkesan untuk hari ini mungkin tidak akan berkesan lagi pada esok hari, dan belajar daripada kesilapan adalah sebahagian daripada proses itu. Bertuah sekali, kini terdapat pelbagai sumber pendidikan yang meluas tersedia kepada pedagang CFD untuk membantu anda mengembangkan dan mengemaskini pengetahuan anda pada setiap masa.

Wujudkan Pelan yang Kukuh

Pelan dagangan dapat membuka laluan yang jelas untuk anda ikuti dalam perjalanan dagangan anda, dengan menggariskan perkara yang menjadi alasannya, perkara yang terlibat, waktu yang sesuai dan kaedah melaksanakannya. Dengan mengetahui kesemua faktor ini sebelum bermula dalam dagangan dapat membantu anda untuk mengelak daripada berdagang dengan berlandaskan emosi, yang dapat membawa kepada pembuatan keputusan yang tidak bermaklumat yang seterusnya membawa kepada kerugian. Sesebuah pelan dagangan perlu merangkumi beberapa aspek penting:

  • Motivasi anda dalam dagangan yang disokong menerusi matlamat dagangan yang realistik dan jelas

  • Gaya dagangan dan selera risiko

  • Aset yang anda ingin dagangkan. Jangan berharap untuk menguasai dagangan bagi semua jenis aset yang tersedia.

  • Cara anda membiayai dagangan anda dan berapa banyak modal yang akan anda gunakan

  • Strategi dagangan dengan peraturan yang jelas untuk keluar dan masuk dagangan, dan pengurusan risiko dan wang.

  • Penyimpanan rekod

Pelan yang baik akan memberikan anda struktur yang cemerlang untuk pembuatan keputusan dagangan harian anda.

Kekal pada Pelan,
especially the
Strategy

Pelan dagangan memang penting, tetapi strategi dagangan adalah bahagian yang kritikal dalam sesebuah pelan. Dari perspektif yang lebih luas, strategi anda akan menentukan sejauh mana anda akan berjaya dalam pasaran CFD. Oleh itu, penting sekali untuk anda kekal pada strategi yang diwujudkan. Cara ini bukan sahaja dapat membantu anda meminimumkan risiko (strategi yang menyerlahkan tahap risiko yang boleh diterima), tetapi ia juga dapat membantu anda mengelak daripada melakukan dagangan sesuka hati.

Tambahan daripada itu, penting juga untuk anda mengetahui waktu apabila sesuatu strategi tidak lagi berkesan dan memerlukan penambahbaikan. Jurnal dagangan adalah antara cara terbaik untuk memastikan anda kekal maklum dengan keberkesanan strategi anda.

Simpan sebuah Jurnal Dagangan

Sesebuah jurnal dapat memberikan anda catatan untuk disemak dan kenal pasti perkara yang berkesan atau sebaliknya. Misalnya, anda boleh mengenal pasti sesuatu corak, renungi emosi anda pada ketika itu, kemudian lihat bagaimana perkaitannya terhadap hasil dagangan anda. Dengan menyimpan jurnal, anda dapat menjimatkan masa yang diperlukan apabila anda perlu memperkemaskan strategi anda kelak.

  • Jurnal dagangan perlu mengandungi:

  • Instrumen kewangan yang anda dagangkan

  • Alasan bagi dagangan tertentu yang dilakukan. Contohnya, adakah anda memutuskan untuk berdagang berdasarkan sentimen risiko, analisis teknikal, atau berita dunia yang sedang hangat diperbualkan?

  • Bilakah anda membuka dan menutup kedudukan

  • Hasil dagangan tersebut; adakah ia sebuah dagangan yang menguntungkan, atau merugikan?

  • Penilaian prestasi dagangan anda. Beberapa perkara yang anda perlu tanya diri anda termasuklah sama ada anda mengikuti strategi anda dan sejauh mana anda berjaya mengawal emosi anda.

  • Pengajaran yang diperolehi menerusi dagangan tersebut

Choose a Quality
CFD Broker

Mencari broker CFD yang dipercayai adalah antara keputusan dagangan yang paling penting anda perlu lakukan. Seperti pasaran kewangan lain, pilihan broker anda akan mempengaruhi hasil dagangan CFD anda dengan ketara. Anda perlu menentukan jika perkara yang ditawarkan oleh pembekal CFD dapat membawa anda menuju kejayaan dalam dagangan – daripada spread, yuran tambahan dan platform dagangan, hingga kualiti alatan dagangan, sumber pendidikan, keselamatan dan juga sokongan yang ditawarkan. Broker perlu menyediakan penyelesaian yang sesuai dengan matlamat dagangan anda.

Practice, Practice,
Practice

CFD adalah begitu kompleks. Besar kemungkinan anda akan gagal jika anda beralih kepada dagangan langsung tanpa berbekalkan pengalaman yang mencukupi. Penting untuk anda menguji strategi dagangan anda dan berlatih melaksanakan dagangan pada akaun demo sebelum merisikokan modal yang sebenar. Dagangan dalam persekitaran yang bebas risiko juga merupakan cara yang hebat untuk menguji strategi anda dan menilai sejauh mana anda keberkesanan anda dalam mengawal emosi semasa berdagang. Dengan latihan, anda dapat membina sebuah strategi yang berkesan, mengembangkan kemahiran dagangan anda serta memperbaiki pembuatan keputusan anda – semua perkara yang penting dalam membina sebuah kerjaya dalam dagangan CFD untuk jangka panjang.

Lakukan Dagangan Berasaskan Fikiran, bukan Perasaan

Keputusan dagangan anda perlu berlandaskan pada analisis dan alasan yang kukuh sekiranya anda ingin berdagang dengan berjaya. Sebelum mula berdagang, anda perlu memilih teknik yang akan digunakan untuk menganalisis pasaran. Terdapat dua jenis analisis yang biasa digunakan oleh pedagang dalam dagangan CFD, iaitu analisis fundamental dan analisis teknikal. Bukanlah sesuatu yang aneh juga untuk pedagang menggunakan kedua-dua teknik analisis, malah ada juga yang turut menggunakan analisis sentimen.

Penting untuk anda tidak bertindak mengikut perasaan, atau membiarkan emosi mempengaruhi proses pembuatan keputusan anda. Walaupun setelah menghadapi kerugian, anda perlu kekal berdisiplin dan perbaiki strategi anda untuk mengurangkan kerugian dan terus berdagang.

Understand Your
Trade Position

Disebabkan dagangan CFD adalah berleveraj, ia amat berisiko tinggi. Oleh itu, penting untuk anda mengetahui saiz kedudukan keseluruhan anda sebelum berdagang. Salah satu daripada perkara yang anda perlu fahami adalah perbezaan antara margin dan leveraj. Dalam kata lain, anda menggunakan margin untuk mencipta leveraj dan memegang kedudukan yang lebih besar dengan hanya sebahagian daripada modal yang diperlukan.

Misalnya, jika anda mempunyai margin 5%, ia dapat diterjemahkan kepada leveraj 20:1. Andaikan saham Google didagangkan pada $1,500 satu saham, anda memerlukan modal sebanyak $150,000 untuk membeli 100 saham tanpa margin. Dengan 5% keperluan margin, anda hanya memerlukan $7,500 untuk membuka kedudukan tersebut. Walau bagaimanapun, margin memang menguntungkan, namun anda juga perlu tahu cara untuk mengawal pendedahan risiko dan kedudukan dagangan anda.

Mengawal leveraj

Leveraj adalah sejenis alat dan ia perlu digunakan dengan betul. Ini bermakna anda tidak perlu menggunakan kesemua leveraj yang tersedia. Perkara terbaik adalah dengan mengecilkan leveraj anda kepada tahap yang boleh diterima yang selaras dengan selera risiko anda.

Sekiranya anda tidak dapat mengecilkan leveraj anda, anda boleh memilih untuk mengecilkan kedudukan dagangan CFD anda untuk mengurangkan pendedahan risiko anda. Contohnya, andaikan anda ingin melabur sebanyak $10,000 dalam CFD saham Google dengan leveraj 10:1. Jika broker CFD tidak membenarkan anda untuk mengecilkan leveraj, anda boleh mengurangkan risiko dengan hanya membeli saham bernilai $1,000 untuk membawa kepada kedudukan berleveraj sebanyak $10,000 ($1,000 x 10). Tanpa mengecilkan kedudukan dagangan, kedudukan berleveraj anda akan menjadi $100,000 (10,000 x 10).

Have Risk and
Money Management
Rules in Place

Peraturan pengurusan risiko dan wang dapat membawa perbezaan antara pulih daripada dagangan yang merugikan dengan kerugian semua modal dagangan anda. Penting untuk anda menggariskan cara untuk anda menggunakan dana anda dan langkah-langkah yang anda ingin ambil untuk mengehadkan pendedahan risiko anda. Antara peraturan pengurusan risiko dan wang yang penting termasuklah:

Memiliki dan kekal pada tahap risiko yang boleh diterima. Anda perlu pertimbangkan jumlah modal yang anda miliki dan seberapa banyak daripada modal tersebut yang anda sanggup risikokan dalam sesuatu dagangan tunggal. Peraturan umumnya adalah untuk tidak merisikokan lebih daripada 1% daripada modal anda untuk satu dagangan.


Tentukan waktu untuk anda masuk dan keluar dagangan. Sebelum memasuki sesuatu dagangan, anda perlu menentukan tahap yang anda akan masuki pasaran dan kekalkan disiplin untuk menunggu hingga harga mencecah tahap tersebut. Anda juga perlu mempunyai dua tahap keluar yang anda akan gunakan untuk menetapkan perintah henti rugi dan had anda. Tahap-tahap harga ini perlu dipautkan kepada nisbah risiko/ganjaran anda untuk memastikan bahawa pulangan yang diharapkan adalah berbaloi. Kebanyakan pedagang menggunakan nisbah minimum 1:3.


Menggunakan perintah henti rugi dan had. Kebanyakan strategi CFD untuk pedagang baru dan berpengalaman akan melibatkan penggunaan perintah henti rugi dan/atau had. Perintah keluar yang dipratetapkan ini dapat membantu anda mengurangkan pendedahan risiko anda. Perintah henti rugi dapat meminimumkan kerugian anda apabila pasaran beralih menentang anda dan perintah had akan mengunci keuntungan anda sekiranya pasaran beralih dengan mendadak. Apabila menetapkan perintah henti rugi, anda perlu bertanya kepada diri anda, sejauh mana anda sanggup rugi sebelum anda menutup sesebuah kedudukan. Dengan perintah had, anda tidak pula sepatutnya mengabaikan had anda disebabkan oleh sifat tamak. Disiplin adalah segalanya.


Mengetahui waktu yang sesuai untuk mengurangkan kerugian anda. Sentiasa tetapkan kerugian maksimum yang anda sanggup hadapi bagi setiap dagangan dan tutup kedudukan anda apabila anda mencapainya. Sebahagian daripada kejayaan dagangan CFD hadir daripada tindak balas yang betul terhadap kerugian, dan peraturan yang paling utama adalah untuk tidak melakukan penambahan pada kedudukan yang merugikan dengan harapan bahawa pasaran akan beralih menentang anda pada waktu tertentu. Peraturan umumnya adalah untuk mengurangkan kerugian anda dan membiarkan keuntungan berterusan.


Monitor Your
Trades Closely

Dagangan CFD amat rumit. Walaupun dengan menggunakan perintah henti rugi dan ambil untung, ketidakstabilan pasaran dan jurang dapat membalikkan pasaran menentang kehendak anda. Oleh itu, penting untuk anda terus memantau dagangan anda agar anda dapat bertindak balas terhadap sebarang masalah atau peluang dagangan apabila ia berlaku.

Memantau dagangan anda juga dapat membantu memastikan anda sentiasa mempunyai margin yang mencukupi dalam akaun anda untuk mengekalkan kedudukan anda terbuka. Dagangan CFD memerlukan margin penyelenggaraan. Anda akan dikenakan panggilan margin apabila akaun anda jatuh di bawah paras ini dan anda juga menghadapi risiko untuk kedudukan anda ditutup.

Jangkakan Kerugian

Dagangan dalam pasaran global, lebih-lebih lagi dalam CFD, bermakna anda perlu mengakui bahawa pada waktu-waktu tertentu, pasaran akan beralih menentang anda dan kerugian tidak dapat dielakkan. Mustahak untuk anda mempunyai strategi yang bagus yang dapat membantu anda mengurangkan kerugian dan bersedia untuk menghadapi peluang baru. Penting juga untuk anda memastikan bahawa akaun anda sentiasa mempunyai dana yang mencukupi selepas mengalami kerugian bagi mengelakkan panggilan margin.

Pelbagaikan

Dagangan CFD membawa risiko yang amat tinggi dan salah satu cara untuk merendahkan risiko itu adalah dengan pemelbagaian portfolio. Ini bermakna anda tidak perlu bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja. Contohnya, jika semua kedudukan anda adalah dalam bentuk CFD saham dan terdapat penurunan harga secara mendadak dalam harga saham berkenaan disebabkan oleh isu geopolitik tertentu, anda akan dibebani dengan kerugian yang besar. Walau bagaimanapun, jika anda juga mempunyai beberapa pelaburan dalam forex dan CFD indeks, pendedahan anda terhadap kerugian dapat dikurangkan.

Anda boleh mempelbagaikan portfolio dengan membuka kedudukan merentas pasaran CFD dan juga pasaran kewangan lain. Misalnya, anda boleh mendagangkan CFD mata wang kripto dan CFD komoditi, tetapi memandangkan pulangan dalam CFD adalah tidak stabil, anda boleh memilih untuk membuka dagangan CFD dalam pasaran forex.

Terdapat ribuan instrumen kewangan yang tersedia dalam pasaran CFD, namun dalam usaha mempelbagaikan portfolio, penting untuk anda bermula secara kecil-kecilan. Anda perlu kekal pada pasaran dan instrumen yang anda biasa dan fahami. Anda boleh pelbagaikan kepada kelas aset lain apabila anda mula memperoleh lebih banyak pengalaman dan lebih yakin dalam keupayaan dagangan anda.

Cara untuk Bermula
With Trading CFDs
Successfully

Tiada formula rahsia dalam dagangan CFD, jadi petua dagangan ini tidak akan menjadikan anda berjaya dalam sekelip mata. Dagangan CFD yang berjaya memerlukan pelan jangka panjang yang realistik, disiplin dan juga kesabaran. Kerugian adalah sebahagian daripada dagangan, tetapi pelan dapat meminimumkan risiko dan membina dagangan yang menguntungkan secara konsisten untuk menyeimbangkan kerugian itu. Anda boleh mula membina idea dagangan CFD yang berjaya dengan mengikuti petua-petua ini dan komited untuk memperhalusi kemahiran dagangan anda.

Mula Berdagang
dalam beberapa Minit

bullet Akses +10,000 instrumen kewangan
bullet Auto buka & tutup kedudukan
bullet Kalendar berita & ekonomi
bullet Penunjuk & carta teknikal
bullet Banyak lagi alat yang disertakan

Dengan memberikan e-mel anda, anda bersetuju dengan dasar privasi FP Markets dan untuk menerima bahan pemasaran yang akan datang daripada FP Markets. Anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa.




Source - database | Page ID - 20357

Get instant Updates in Telegram