Apakah Dagangan Forex?

MENU

Apakah Perdagangan Forex (FX) dan Bagaimanakah perlaksaanya?

Dagangan forex melibatkan pembelian satu mata wang dan penjualan mata wang lain secara serentak. Menerusi analisis mendalam, pedagang akan meramal arah pergerakan harga yang berpotensi bagi mata wang berkenaan dan cuba untuk meraih keuntungan daripada perbezaan harga yang berdasarkan ketidakstabilan itu. Tiada tukaran berpusat bagi dagangan forex. Sebaliknya, ia dilakukan sama ada secara elektronik atau dalam talian, antara rangkaian komputer di seluruh dunia. Pasaran dibuka 24 jam sehari dan 5 hari seminggu.

Dagangan forex melibatkan transaksi jual dan beli dua mata wang secara serentak. Sebagai contoh, jika anda membeli EUR/JPY, itu bermakna anda membeli EUR dengan menjual JPY, dan jika anda menjual pasangan tersebut, anda membeli JPY dengan menjual EUR.

Kemajuan teknologi kini membolehkan pedagang untuk mengakses pasaran tukaran asing menerusi broker dalam talian. Hal ini boleh dilakukan menerusi platform dagangan forex seperti MetaTrader 4, MetaTrader 5 dan Iress. Baca lebih lanjut tentang Bagaimana untuk berdagang forex?

Peningkatan dalam aktiviti dagangan dalam talian telah membuka laluan kepada dagangan CFD. Ini adalah produk berleveraj yang membolehkan pedagang untuk membuka kedudukan dengan pelaburan awalan yang hanya sebahagian daripada nilai dagangan penuh.

Bagaimanakah Pasaran Forex Berfungsi?

Forex merupakan pasaran atas kaunter (OTC) yang paling popular. Dalam forex, mata wang dibeli dan dijual menerusi rangkaian bank-bank utama. Disebabkan tiada tukaran, dagangan forex adalah tidak berpusat dan dagangan boleh dilakukan 24 jam setiap hari. Terdapat 4 sesi dagangan utama, iaitu Sydney, London, New York dan Tokyo.

Jenis pasaran forex yang paling popular ialah pasaran forex spot. Dalam forex, dagangan spot melibatkan tukaran pasangan mata wang secara elektronik menggunakan platform dagangan dalam talian. Jenis pasaran lain melibatkan pasaran forex hadapan dan pasaran forex dagangan masa hadapan.

Terdapat 4 sesi dagangan utama.

Sila ambil kira tentang masa di sesetengah negara, seperti Australia, A.S. dan U.K., yang akan beralih dari/ke waktu musim panas pada bulan Oktober/November dan Mac/April. Oleh itu, rancang dagangan anda dengan baik. Kecairan pasaran untuk pasangan mata wang bergantung pada sesi dagangan forex tertentu. Sebagai contoh, pasangan EUR/USD menunjukkan pergerakan harga dan kecairan yang ketara ketika pertembungan sesi London dan New York. Pasangan AUD/USD menunjukkan pergerakan maksimum dalam sesi dagangan Tokyo dan London. Sebaik sahaja anda tahu masa yang tepat untuk berdagang, langkah seterusnya adalah untuk mempelajari kosa katanya. Jadi, berikut adalah beberapa istilah dan konsep yang akan anda temui di pasaran.

Apakah itu Mata Wang Asas dan Sebut Harga dalam Forex?

Mata wang disebut dalam kod ISO 3 angka. Contoh bagaimana mata wang major disebutkan dalam USD (Dolar Amerika), AUD (Dolar Australia), EUR (Euro), JPY (Yen Jepun) dan GBP (Pound Britain).

Dalam dagangan mata wang asing, mata wang disebut dalam pasangan. Apabila anda melihat pasangan mata wang, mata wang pertama dikenali sebagai mata wang asas dan mata wang kedua dikenali sebagai mata wang sebutan atau mata wang kauter. Contohnya, andaikan EUR/AUD didagangkan pada harga 1.6163. Ini bermakna untuk membeli 1 unit Euro, anda memerlukan $1.6163 Dolar Australia.

What Moves
the Forex Market?

Terdapat beberapa faktor yang dapat mempengaruhi pasaran forex. Ia boleh dipecahkan
kepada dua kategori; peserta pasaran dan faktor makroekonomi.

Peserta Pasaran

Bank Utama: Disebabkan oleh sifatnya yang tidak berpusat, bank terbesar di dunia yang menentukan kadar pertukaran. Bank utama seperti Barclays, HSBC, Citi, JPMorgan dan Deutsche Bank adalah antara pedagang terbesar dalam forex.

Syarikat Antarabangsa: Syarikat korporat besar dunia terlibat dalam pasaran tukaran asing bagi tujuan pelaksanaan perniagaan masing-masing. Jika syarikat yang berpangkalan di Australia ingin menjual produk di Amerika Syarikat, mereka perlu mendagangkan USD kepada AUD bagi mendapatkan pendapatan pulangan mereka kembali di Australia.

Pedagang Runcit: Merujuk kepada individu yang mendagangkan wang mereka sendiri bagi tujuan mendapatkan untung. Akses lebih mudah kepada pasaran forex menerusi broker dalam talian dan platform dagangan termaju telah menunjukkan pengaruh pedagang runcit terhadap pasaran forex.

Faktor Ekonomi & Makroekonomi

Bank Pusat: Statistik makroekonomi seperti inflasi mempunyai kesan yang besar terhadap pasaran forex. Kerajaan dan bank pusat seperti Federal Reserve sering melakukan pertemuan untuk menilai status ekonomi masing-masing, menetapkan kadar faedah dan dasar kewangan - semuanya membawa kesan langsung terhadap pasaran forex.

Pasaran Modal: Harga saham, bon dan dagangan komoditi masa hadapan juga mempunyai pengaruh terhadap pasaran tukaran asing.

Dagangan Antarabangsa: Angka berkaitan dengan bilangan dagangan sesebuah negara mempunyai kesan terhadap nilai mata wangnya. Defisit dan lebihan dagangan akan dicerminkan oleh pergerakan harga dalam pasaran forex.

Politik: Perkara ini merupakan pengaruh utama di sekitar peristiwa politik seperti pilihan raya dan membawa kepada tahap ketidakstabilan yang tinggi dalam pasaran forex. Ini terbukti melalui peristiwa bersejarah seperti Brexit di United Kingdom dan beberapa kempen pilihan raya presiden di Amerika Syarikat.

Bagaimana untuk Bermula Dengan Dagangan Forex?

Perhatikan 4 langkah ini untuk mula melakukan dagangan Forex:

Langkah 1 | Tingkatkan ilmu

Pelajari semua yang boleh dipelajari tentang pasaran. Fahami tentang bagaimana dagangan forex dapat memberi manfaat kepada anda dan kenal pasti waktu yang sesuai untuk melakukannya. Ketahui cara untuk mengolah analisis fundamental pasaran dan cara untuk membaca carta.

Langkah 2 | Cari Broker yang Dikawal Selia

Broker yang dikawal selia atau berlesen akan menyediakan tahap perlindungan tertentu dan memberikan anda alat yang diperlukan untuk berdagang dengan cekap. Buka akaun demo FP Marketsdan akses bahan pendidikan kami dan anda boleh mempraktikkan strategi dalam penetapan harga pasaran langsung, tanpa mengambil risiko modal.

Langkah 3 | Buka akaun Margin

Tentukan profil risiko/ganjaran anda. Sejauh manakah anda sanggup menghadapi kerugian modal ketika berdagang? Berdasarkan itu, tentukan leveraj anda. Sebagai pedagang baru, adalah lebih baik untuk bermula secara kecil-kecilan.

Langkah 4 | Pilih Platform Dagangan Anda

Broker berlesen ASIC menawarkan antara teknologi forex termaju di luar sana. Kejayaan dagangan jangka panjang anda akan bergantung pada pelaksanaan dagangan yang cekap, gelinciran minimum, keselamatan dana dan analisis teknikal yang efisien. Pilih platform seperti MT4 atau MT5 yang menawarkan semua ciri-ciri ini, yang turut membolehkan anda untuk melakukan dagangan pada peranti mudah alih.

Sejarah Ringkas Forex

Tukaran mata wang bermula sejak tahun 600 SM apabila mata wang rasmi utama dicipta. Kini, pasaran forex menjadi pasaran kewangan terbesar di dunia. Garis masa di bawah menggariskan sorotan waktu-waktu utama dalam perjalanan forex.

600

SM

Kingdom of Lydia introduces
coins made of gold and silver.

618

M

Tang dynasty in China created
the paper note.

1661

M

The first banknote ever printed
in Europe is produced in
Sweden.

17th

CENTURY

Amsterdam becomes home to
the first forex market ever
created.

1819

M

England adopts the gold
standard with the government
guaranteeing to redeem any
amount of paper money for its
value in gold. The United States
followed suit in 1834 before
other major countries (France,
Germany and others) in 1870.

1946

M

Following multiple World Wars,
the gold standard system
breaks down. It is replaced by
the Bretton Woods System.
The US Dollar is established as
the world’s reserve currency.

1973

M

Official switch to the free
floating system.

1996

M

Kelahiran broker dalam talian.

2005

M

MetaTrader 4, a revolutionary
trading platform is released. It
is specifically designed for forex
traders and features real-time
pricing.

Hari ini

Daily forex turnover figures
exceed more than $5 trillion per day.

Sebut Harga Forex / Kadar Pertukaran

Mata wang didagangkan secara berpasangan, seperti Euro/Dolar AS (EUR/USD) atau Dolar Australia/Dolar AS (AUD/USD). Mata wang disebut dalam kod ISO 3 huruf, seperti EUR (Euro), GBP (Pound Sterling Britain) dan USD (Dolar AS). Apabila anda melihat sebut harga mata wang, mata wang pertama dikenali sebagai mata wang asas dan mata wang kedua dikenali sebagai mata wang sebutan atau mata wang lawan. Contohnya, andaikan EUR/USD didagangkan pada harga 1.1086. Ini bermakna untuk membeli 1 unit Euro, anda memerlukan $1.1086

Harga yang lebih tinggi, $1.1087 merupakan harga tanya, manakala $1.1086 merupakan harga bida. Harga bida adalah harga maksimum yang sanggup dibayar oleh pembeli untuk mata wang berkenaan. Harga tanya adalah harga minimum yang sanggup dibayar oleh pembeli untuk mata wang yang sama. Kadar ini sentiasa berubah, bergantung pada tahap permintaan dan penawaran, sentimen pasaran dan juga peristiwa luaran.

Sebaran

Perbezaan antara dua kadar ini dikenali sebagai sebaran. Ini termasuklah caj yang dikenakan broker. Sebaran bergantung pada pilihan pasangan mata wang dan broker forex anda. Broker forex berlesen yang membekalkan harga ECN (Rangkaian Komunikasi Elektronik) boleh mendapatkan sebut harga daripada berbilang pembekal kecairan di pasaran. Ini bermakna mereka dapat menawarkan sebaran yang ketat.

Contoh Dagangan
CFD Berleveraj

Katakan anda ingin berdagang CFD, dengan aset dasarnya merupakan pasangan mata wang AUD/USD, yang turut dikenali sebagai “Aussie”. Mari andaikan bahawa pasangan AUD/USD itu didagangkan pada:

Sebaran Bida/Tanya

"Bida" ialah harga jualan. Inilah harga yang anda jual aset tersebut. Harga yang lebih tinggi bagi dua harga ini ialah "harga tanya" atau harga beli; kadar yang anda beli aset tersebut. Perbezaan antara dua harga ini ialah "sebaran". Inilah kos dagangan anda. Bergantung pada kecairan aset anda dan broker pilihan anda, sebaran boleh rendah atau tinggi. Contohnya, broker boleh mendapat sumber sebut harga daripada kumpulan pembekal kecairan yang besar untuk menawarkan kepada anda spread bida/tanya yang paling rendah.

Sebaran Bida/Tanya

"Bida" ialah harga jualan. Inilah harga yang anda jual aset tersebut. Harga yang lebih tinggi bagi dua harga ini ialah "harga tanya" atau harga beli; kadar yang anda beli aset tersebut. Perbezaan antara dua harga ini ialah "sebaran". Inilah kos dagangan anda. Bergantung pada kecairan aset anda dan broker pilihan anda, sebaran boleh rendah atau tinggi. Contohnya, broker boleh mendapat sumber sebut harga daripada kumpulan pembekal kecairan yang besar untuk menawarkan kepada anda spread bida/tanya yang paling rendah.

Dalam hal ini, harga telah beralih seperti yang anda inginkan. Tetapi, sekiranya harga menurun sebaliknya, bergerak bertentangan dengan ramalan anda, anda akan mengalami kerugian. Jika kerugian itu mengakibatkan ekuiti akaun anda jatuh di bawah keperluan margin anda, broker anda mungkin mengeluarkan panggilan margin

Perhatikan bagaimana perbezaan kecil dalam harga boleh menawarkan peluang untuk berdagang? Perbezaan kecil ini dikenali sebagai "pip" atau "peratusan dalam mata." Dalam pasaran forex, seperti contoh di atas, ia digunakan untuk menandakan kenaikan harga terkecil dalam harga mata wang. Untuk aset seperti AUD/USD, yang termasuk Dolar US, pip diwakili sehingga tempat perpuluhan ke-4. Tetapi, dalam kes pasangan yang termasuk Yen Jepun, seperti AUD/JPY, sebut harga biasanya sehingga 3 tempat perpuluhan.

Penilaian pergerakan harga yang berterusan dan hasil yang menguntungkan/merugikan berlaku setiap hari. Oleh itu, ia membawa kepada pulangan bersih (positif/negatif) pada margin permulaan anda. Dalam keadaan margin permulaan anda lebih rendah, broker akan mengeluarkan panggilan margin. Jika anda gagal untuk mendepositkan wang, kontrak akan ditutup pada harga pasaran semasa. Proses ini dikenali sebagai "nilai saksama (marking to market)".

Jika harga
AUD/USD
Kepada Anda Boleh Untung atau Kalah
(bagi kedudukan panjang)
Menghasilkan Pulangan daripada
Margin Permulaan
Meningkat sebanyak 10% 0.75603/0.75606 0.75603/0.75606 1000%
Meningkat sebanyak 5% 0.72167/ 0.72169 USD 687.4 500%
Menurun sebanyak 10% 0.61857/0.61859 USD -1374.6 -500%
Menurun sebanyak 5% 0.65293/0.65297 USD -687.4 -1000%

Apakah Pip dalam Forex?

Pip merupakan singkatan bagi Mata dalam Peratusan (Point in Percentage). Ia mewakili jumlah perubahan terkecil dalam kadar pasangan mata wang dan merupakan unit yang standard. Bagi pasangan mata wang berasaskan Dolar AS, seperti AUD/USD, satu pip bersamaan $0.0001. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah mata wang, seperti Yen Jepun (JPY), ia dinyatakan sebagai $0.001.

Naik turun nilai pip mempengaruhi keuntungan dagangan. Contohnya, jika anda memutuskan untuk membeli €10,000 dan pasangan EUR/USD didagangkan pada 1.1086, harga yang perlu anda bayar adalah $(10,000 x 1.1086) atau $11,086.

Sekiranya kadar tukaran untuk pasangan ini menyaksikan peningkatan sebanyak 5 pip, ini bermaksud EUR/USD kini didagangkan pada 1.1091, maka untuk membeli €10,000, anda perlu membayar sebanyak $11,091.

Forex Majors, Minor dan Exotics

Bukan semua pasangan mata wang didagangkan dalam volum yang besar. Dolar US, sebagai mata wang rizab dunia, merupakan mata wang yang paling banyak didagangkan; namun, selama beberapa tahun ini, dominasinya kelihatan semakin lemah. Berdasarkan kekerapan dagangan anda, pasangan mata wang akan diasingkan kepada kategori major, minor dan eksotik.

Mata wang utama

Pasangan mata wang major adalah yang mempunyai sebaran yang paling ketat.

Pasangan berkenaan adalah:

EUR/USD

Euro/US Dollar (aka Fiber)

GBP/USD

British Pound/US Dollar (aka Cable)

USD/JPY

US Dollar/Japanese Yen (aka Ninja)

USD/CHF

US Dollar/Swiss Franc (aka Swissy)

CAD/USD

Canadian Dollar/US Dollar (aka Loonie)

AUD/USD

Australian Dollar/US Dollar (aka Aussie)

NZD/USD

New Zealand Dollar/US Dollar (aka Kiwi)

Minor

Pasangan mata wang minor pula dikenali sebagai pasangan silang mata wang. Ia dikenali dengan gelaran itu kerana ia tidak melibatkan Dolar US. Jadi, untuk menukar satu mata wang dengan yang lain, Dolar US diperlukan untuk bertindak sebagai mata wang pengantara.

Beberapa contoh pasangan minor adalah:

EUR/GBP

Euro/British Pound (aka Chunnel)

EUR/AUD

Euro/Australian Dollar

CHF/JPY

Swiss Franc/Japanese Yen

GBP/JPY

British Pound/Japanese Yen (aka Gopher)

GBP/CAD

British Pound/Canadian Dollar.

Eksotik

Eksotik boleh melibatkan mata wang utama dengan mata wang dari pasaran yang sedang berkembang. Dagangan mata wang eksotik dianggap berisiko tinggi, memandangkan ia cenderung untuk mempunyai kecairan rendah, sebaran yang lebih luas serta pengaruh ketidakstabilan politik di negara-negara berkenaan yang menjadikan mata wang ini tidak stabil.

Antara contohnya adalah:

EUR/TRY

Euro/Turkish Lira

USD/HKD

US Dollar/Hong Kong Dollar

AUD/MXN

Australian Dollar/Mexican Peso

Dalam kurungan adalah nama singkatan lazim bagi pasangan mata wang ini.

Menjadi Panjang atau Menjadi Pendek

Apabila anda mengandaikan kedudukan panjang dalam pasangan mata wang, anda akan membeli mata wang dengan harapan bahawa harganya akan menaik (meningkat) pada masa akan datang. Ini bermakna bahawa anda berhasrat untuk membeli mata wang asas dan menjual mata wang sebutan, memandangkan anda menjangkakan bahawa mata wang asas akan meningkat berbanding mata wang sebutan.

Apabila anda mengandaikan kedudukan pendek dalam pasangan mata wang, anda akan menjual mata wang asas, dengan harapan ia akan mengalami penurunan (menurun dalam harga) pada masa akan datang, membolehkan anda membelinya pada masa kemudian dengan harga yang lebih rendah.

Saiz Lot

Apabila anda menentukan saiz kedudukan anda, istilah yang akan anda dengar ialah “lot”. Lot merupakan saiz kedudukan standard bagi sesuatu mata wang. Pasaran forex memberikan anda keanjalan untuk melakukan dagangan mengikut kehendak dan profil risiko anda. Saiz standard bagi satu lot ialah 100,000 unit mata wang asas. Terdapat juga saiz lot mini dan mikro yang masing-masing mengandungi 10,000 dan 1,000 unit mata wang asas.

Apakah Kecairan dalam Dagangan Forex?

Kecairan dalam pasaran forex merujuk kepada keupayaan sesuatu mata wang untuk dibeli atau dijual atas permintaan. Apabila anda mendagangkan sesuatu pasangan mata wang major, terdapat ramai pembeli dan penjual yang ada di pasaran. Hal ini bermakna pastinya ada pemain berlawanan bagi setiap kedudukan yang anda lakukan. Anda boleh membeli atau menjual mata wang ini pada jumlah yang besar tanpa membawa sebarang perbezaan ketara terhadap kadar tukaran.

Kecairan sentiasa mengalami naik turun sepanjang sesi dagangan. Besar kemungkinan anda akan melihat banyak aktiviti dagangan sepanjang pertembungan sesi New York dan London. Bergantung pada gaya dagangan anda, anda boleh memanfaatkan hal ini dengan memilih sesi dagangan tertentu. Contohnya, pedagang jangka pendek mengutamakan sesi US atau London apabila terdapat pecah keluar harga dan kecenderungan pergerakan peratusan. Sesi Tokyo biasanya terhad kepada julat, yang mungkin tidak sesuai bagi mereka.

Pasaran cairan, seperti forex, cenderung untuk berubah dengan peningkatan kecil, memandangkan kecairan tinggi bermaksud ketidakstabilan yang rendah. Walau bagaimanapun, ketidakstabilan tinggi boleh berlaku disebabkan oleh peristiwa luaran yang besar.

Konsep Leveraj dalam Dagangan Forex

Leveraj dalam dagangan forex merupakan alat kewangan yang berguna. Ia membolehkan pedagang untuk mendapatkan lebih banyak pendedahan terhadap pergerakan pasaran berbanding jika mereka tidak menggunakannya. Hal ini bermakna bahawa seseorang pedagang boleh memasuki kedudukan yang bernilai $100,000 dengan hanya $1,000 di dalam akaun mereka, menggunakan nisbah leveraj 100:1.

Jumlah leveraj dibekalkan oleh broker forex. Anggap sahaja fungsi ini sebagai pinjaman, yang dapat membantu anda meningkatkan keuntungan anda menerusi perubahan harga minimum. Walau bagaimanapun, harus diingati bahawa leveraj juga menggandakan kerugian anda, sekiranya harga beralih pada arah yang tidak diinginkan. Inilah sebabnya penting untuk anda mengamalkan strategi pengurusan risiko yang kukuh semasa melakukan dagangan.

Apabila anda memutuskan untuk berdagang, anda perlu membuka akaun margin dengan broker yang dikawal selia. Di sini, anda perlu mendepositkan amaun margin awalan yang diperlukan untuk memastikan kedudukan berleveraj anda berfungsi.

Konsep ini juga dikenali sebagai margin deposit. Apabila jumlah jatuh di bawah paras minimum, broker anda akan mengeluarkan panggilan margin. Ini bermakna bahawa anda perlu mendeposit dana bagi memastikan kedudukan anda kekal terbuka. Jika tidak, broker akan menutup kedudukan anda.

Nisbah 50:1 bermaksud keperluan margin minimum adalah 1/50 atau 2% daripada jumlah nilai dagangan anda. Begitu juga, nisbah 100:1 bermaksud anda perlu mendeposit sekurang-kurangnya 1% daripada jumlah nilai dagangan anda dalam akaun margin anda.

Teknikal dan Analisis Asas

Menggunakan tekaan untuk meramal arah pergerakan harga bukanlah satu idea yang bagus. Pedagang berpengalaman akan melakukan analisis pasaran mendalam, bagi menentukan arah pergerakan yang mungkin berlaku terhadap sesuatu kadar mata wang. Dua pendekatan utama yang digunakan di sini adalah: analisis fundamental dan analisis teknikal. Untuk maklumat lanjut tentang analisis fundamental dan teknikal berserta pendidikan dagangan, sila lawati blog Traders Hub kami.

Analisis Asas

Nilai mata wang berubah mengikut tahap kesihatan ekonomi sesebuah negara. Analisis fundamental merupakan kajian terhadap semua faktor yang memberi impak kepada ekonomi sesebuah negara dan turut mewakili trend yang akan datang. Apabila pelabur mendapati bahawa sesebuah ekonomi adalah lebih kukuh berbanding yang lain, permintaan terhadap mata wang negara tersebut akan meningkat, sekali gus memacu peningkatan harganya. Pedagang fundamental sentiasa mencari penanda ini untuk mengukur tahap kesihatan ekonomi sesebuah negara.

Dasar Kewangan: Kadar faedah yang ditentukan oleh bank pusat sesebuah negara mempunyai kesan langsung terhadap mata wang negara tersebut. Apabila kadar faedah meningkat, nilai mata wang cenderung untuk mengalami peningkatan dan begitulah sebaliknya.

Kadar Inflasi: Bank pusat bertanggungjawab untuk memastikan kadar inflasi terkawal dan menggalakkan pekerjaan. Untuk berbuat demikian, mereka menggunakan pelbagai alatan yang tersedia, termasuk dasar kewangan negara, campur tangan pasaran dan bantuan kuantitatif.

Imbangan Dagangan: Imbangan antara eksport dan import sesebuah negara boleh mempengaruhi nilai mata wang.

Pertumbuhan KDNK: Tahap kesihatan keseluruhan sesebuah ekonomi ditunjukkan melalui pertumbuhan KDNK. Nilai mata wang cenderung untuk mengalami peningkatan seiring dengan peningkatan kadar pertumbuhan KDNK.

Terdapat beberapa penanda ekonomi lain, seperti kadar pekerjaan, jualan runcit, indeks pembuatan dan data pasaran perumahan, yang memberi kesan terhadap pasaran forex. Untuk menjejaki pengumuman ekonomi, pedagang menggunakan kalendar ekonomi. Hal ini penting kerana ketidakstabilan yang ketara cenderung untuk berlaku pada hari-hari laporan penting diumumkan. Bergantung sama ada angka sebenar memenuhi atau menentang kehendak pasaran, harga mata wang akan mengalami kenaikan atau penurunan.

Analisis Teknikal

Analisis teknikal adalah berdasarkan prinsip bahawa pasaran cenderung untuk mengulangi trend harga terdahulu. Untuk menerokai trend-trend ini, pedagang bergantung pada penanda teknikal dan analisis carta forex. Penanda teknikal merupakan persamaan statistik yang dapat memberikan maklumat penting mengenai pasaran. Ia dikelaskan kepada:

Trend: Seperti Purata Mudah, garisan Trend, Pencapahan Percantuman Purata Pergerakan (MACD)

Volum: Seperti Volum Pada Imbangan (OBV), Momentum Aliran Wang Chaikin

Momentum: Seperti Pengayun Stokastik, Indeks Kekuatan Relatif (RSI)

Ketidakstabilan: Seperti Julat Sebenar Purata (ATR), Indeks Ketidakstabilan (VIX)

Platform dagangan forex seperti MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 didatangkan dengan penanda teknikal yang diprapasang, membolehkan anda untuk menganalisis trend yang akan datang serta sebarang potensi pembalikan harga. Berdasarkan penanda ini, anda boleh mengembangkan strategi dagangan forex.

Platform ini juga membolehkan anda untuk menggunakan kombinasi kedua-dua analisis fundamental dan teknikal. Ketika analisis fundamental, menerusi peringatan berita kewangan, membolehkan pedagang untuk mengukur kadar faedah dan unjuran inflasi bagi kedua-dua mata wang dalam pasangan, penanda teknikal dan carta pula memberikan maklumat dalaman tentang trend dan julat dalam sejarah harga yang berkenaan. Corak carta boleh memberikan petunjuk tentang cara pergerakan harga dalam corak tertentu dan kedudukannya selepas mengalami pecah keluar.

Dagangan Forex - Soalan Lazim

Perbezaan utama antara kedua-duanya adalah Forex terhad kepada mata wang manakala Kontrak untuk Perbezaan (CFD) meliputi rangkaian kelas aset yang lebih meluas. Ini termasuklah Saham, Indeks, Komoditi dan Mata Wang Kripto.

Ketahui lebih lanjut tentang Perbezaan dan Persamaan Antara Forex dan CFD.

Memperkenalkan
Aplikasi FP Markets Baru

Dagangan Kos Rendah di Mana-mana!

Berdagang dalam pasaran global dari tapak tangan anda. Akses semua produk kegemaran anda daripada satu aplikasi yang mudah melalui satu akaun.

Forex / CFD Saham / Indeks /
Komoditi / Mata Wang Kripto

Mula Berdagang
dalam beberapa Minit

bullet Akses +10,000 instrumen kewangan
bullet Auto buka & tutup kedudukan
bullet Kalendar berita & ekonomi
bullet Penunjuk & carta teknikal
bullet Banyak lagi alat yang disertakan

Dengan memberikan e-mel anda, anda bersetuju dengan dasar privasi FP Markets dan untuk menerima bahan pemasaran yang akan datang daripada FP Markets. Anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa.




Source - cache | Page ID - 2440

Get instant Updates in Telegram