Apakah perbezaan antara
Forex dan CFD?

Apakah perbezaan antara
Forex dan CFD?

Forex lwn CFD:
Their
Differences and
Similarities

Forex dan Kontrak untuk Perbezaan ("CFD") adalah pilihan pelaburan yang popular buat ramai pedagang di seluruh dunia. Kedua-duanya menawarkan beberapa manfaat yang menjadikannya menarik buat mereka yang ingin berjaya dalam pasaran kewangan. Walau bagaimanapun, ramai pedagang yang sering tertanya-tanya, manakah antara kedua-dua ini yang lebih baik.

Jawapan ringkas adalah tiada antara kedua-dua pasaran ini yang lebih baik berbanding yang lain. Sebagai pencerahan, persoalan yang sebetulnya adalah apakah persamaan dan perbezaan antara kedua-dua pasaran ini. Dalam cara ini, lebih mudah untuk anda mengenal pasti pasaran manakah yang lebih sesuai dengan objektif dan pelan dagangan jangka panjang anda.

Gambaran keseluruhan: Bagaimanakah Keadaan
Pasaran CFD dan Forex?

Dengan sejarah yang menjangkaui ratusan tahun lamanya, dagangan forex adalah antara bentuk yang paling lama dalam dagangan global. Hari ini, pasaran forex merupakan pasaran kewangan yang paling kerap didagangkan dengan volum dagangan harian mencecah $6.6 trilion.

Pasaran CFD pula adalah lebih baru berbanding forex, dengan sejarah yang lebih singkat mulai awal tahun 1990-an. Walau bagaimanapun, saban tahun, CFD telah berkembang sebagai antara instrumen dagangan yang inovatif dan kini kian popular dalam kalangan pedagang.

CFD Trading vs. Forex
Trading: What are the
Differences?

1. Pilihan Instrumen

Perbezaan utama antara dagangan forex dan dagangan CFD adalah sementara forex terhad kepada mata wang semata-mata, kontrak CFD meliputi rangkaian aset yang lebih meluas.

Dengan dagangan forex, hanya lapan mata wang major yang membentuk majoriti dalam volum dagangan pada pasaran forex. Walaupun kebanyakan broker forex menawarkan pedagang antara 40 hingga 70 mata wang yang meliputi mata wang major, minor dan eksotik, dagangan CFD menawarkan ribuan instrumen termasuk mata wang. Sehubungan dengan itu, dagangan forex cenderung untuk bersifat ringkas kerana ia hanya melibatkan dagangan mata wang semata-mata, manakala dagangan CFD adalah lebih kompleks daripada itu.

Antara kontrak CFD yang kerap didagangkan adalah kontrak untuk forex, ekuiti, indeks dan komoditi. Ini memberikan anda akses dan pendedahan kepada pelbagai peluang dagangan termasuk portfolio saham yang anda mungkin tidak dapat akses secara langsung. Tambahan pula, seiring populariti mata wang kripto sebagai aset digital yang terkenal di seluruh dunia, CFD mata wang kripto juga mula mendapat perhatian dalam pasaran.

2. Saiz Kontrak

Dalam dagangan forex, saiz lot adalah sama tanpa mengira pasangan mata wang yang anda dagangkan. Lot standard adalah 100,000 unit mata wang. Broker turut menawarkan akaun yang lebih kecil iaitu pecahan daripada lot standard. Pecahan ini bersaiz lot mini, mikro dan nano yang masing-masing mengandungi 10,000, 1,000 dan 100 unit mata wang.

Selain daripada memberikan fleksibiliti hebat dari segi instrumen untuk didagangkan, dagangan CFD turut menawarkan pelbagai rangkaian saiz kontrak. Bergantung pada instrumen yang anda pilih untuk berdagang, anda boleh menjangkakan kepelbagaian dalam bilangan aset yang boleh membentuk satu CFD. Contohnya, dengan logam, satu kontrak standard bersamaan 100 auns manakala dengan ekuiti, satu kontrak standard bersamaan satu saham.

3. Pengaruh Pasaran

Faktor berbeza yang mempengaruhi pasaran CFD dan forex. Peralihan harga dalam pasaran forex biasanya dipengaruhi oleh peristiwa makroekonomi dan faktor ekonomi global. Ini termasuklah aspek seperti anjakan pekerjaan besar-besaran di wilayah tertentu, sentimen risiko, jangkaan dasar kewangan dan cara ia mempengaruhi KDNK negara yang mata wangnya didagangkan, perubahan politik antarabangsa, dan juga faktor alam sekitar.

Walau bagaimanapun, ketidakstabilan harga dalam pasaran CFD bergantung pada faktor-faktor khusus yang mempengaruhi instrumen yang sedang didagangkan. Ini termasuklah faktor seperti perubahan trend yang berkaitan dengan sektor perniagaan tertentu atau penawaran dan permintaan komoditi tertentu.

Contohnya, faktor yang sama mempengaruhi pasaran forex juga dapat mempengaruhi harga CFD:

  • Pulangan daripada saham berkenaan dalam indeks tertentu mempengaruhi harga CFD indeks seperti FTSE100, S&P500, dan juga DAX30.

  • Harga CFD minyak mentah lazimnya dipengaruhi oleh musim atau penawaran dan permintaan terhadap minyak.

  • Harga CFD ekuiti lazimnya ditentukan oleh acara syarikat tertentu dan juga faktor perniagaan seperti pengambilalihan dan juga pendapatan.

  • Elemen seperti penawaran dan permintaan untuk mata wang kripto dan bilangan mata wang kripto yang bersaing dalam pasaran mempengaruhi CFD mata wang kripto.

4. Kos Dagangan

Walaupun kos dagangan CFD dan forex kedua-duanya bergantung pada spread, CFD cenderung untuk melibatkan kos lain yang berbeza-beza bergantung pada syarat dagangan dan aset dasar yang didagangkan. Misalnya, kedudukan CFD dipegang semalaman akan dikenakan kos pembiayaan semalaman. Selain itu, sementara CFD forex dan komoditi biasanya hanya melibatkan spread sebagai kos dagangan, kos transaksi bagi CFD ekuiti mungkin dikenakan komisen.

Start Trading Forex &
CFDs on Tighter Spreads

Apakah Persamaan Antara Dagangan
CFD dan Dagangan Forex?

1. Non-ownership of the
Underlying Asset

Sama ada anda memilih CFD atau forex, dagangan pada kedua-dua pasaran tidak memberikan anda pemilikan terhadap aset dasar yang didagangkan. Contohnya, dalam dagangan mata wang cth. EUR/USD, anda bukan sebenarnya bertindak untuk membeli atau menjual Euro dan Dolar A.S., tetapi anda sekadar melakukan spekulasi sama ada nilai Euro akan meningkat atau menurun berbanding nilai Dolar A.S.

Begitu juga apabila anda mendagangkan CFD, contohnya, dengan membeli kontrak CFD pada FTSE 100, anda bukan sebenarnya bertindak untuk membeli dan memiliki saham dalam tukaran FTSE, maka sebab itulah namanya kontrak untuk perbezaan. Perkara yang sama juga berlaku jika anda mendagangkan CFD komoditi seperti minyak. Anda bukan memiliki setong minyak sebenar, tetapi anda sekadar membuat spekulasi sama ada harga dasar minyak tersebut akan meningkat atau menurun.

2. Proses Pelaksanaan yang Serupa

Kedua-dua dagangan CFD dan forex melibatkan proses pelaksanaan dagangan yang sama. Platform yang sama mengendalikan pelaksanaan dagangan menggunakan kaedah harga dan carta dagangan yang sama. Tambahan pula, terdapat pelbagai rangkaian bank, berbanding hanya satu tukaran berpusat, memproses kedua-dua dagangan forex dan CFD.

3. Potential to Trade
Both Long and Short

Salah satu daripada manfaat utama bagi dagangan CFD adalah anda boleh melakukan spekulasi pada peralihan harga yang bukan sahaja berlaku apabila pasaran sedang meningkat, tetapi juga apabila ia menurun. Jika anda merasakan bahawa nilai aset dasar akan meningkat, anda membuka kedudukan panjang (beli). Jika anda merasakan bahawa nilai akan menurun, anda membuka kedudukan pendek (jual).

Misalnya, jika anda merasakan bahawa harga EUR/USD akan meningkat, anda boleh membeli CFD forex. Anda boleh menjana keuntungan sekiranya nilai Euro meningkat berbanding Dolar A.S. atau jika anda akan mempunyai dagangan yang merugikan sekiranya nilai Euro menurun.

Begitu juga, pasaran forex yang berkecairan tinggi membolehkan dagangan dilakukan dalam kedua-dua trend menaik dan menurun. Dalam pasaran yang meningkat, anda boleh membeli pasaran mata wang pada harga yang lebih rendah dan menjana keuntungan dengan menjual pasaran itu pada harga yang lebih tinggi apabila anda menutup dagangan. Dalam pasaran yang menurun, anda akan melakukan yang sebaliknya, dengan menjual pasaran mata wang dan menjana keuntungan dengan membeli semula pada harga yang lebih rendah.

4. Keperluan untuk Asas-asas Dagangan

Forex dan CFD merupakan dua jenis pelaburan dalam pasaran kewangan, dan dengan itu, mencapai kejayaan dalam kedua-dua pasaran memerlukan asas-asas pasaran dagangan.

Penting untuk anda memiliki pengetahuan dalam kedua-dua pasaran sebelum mula berdagang. Anda perlu mengetahui cara setiap pasaran berfungsi, daripada memahami terma yang berbeza seperti spread, jurang harga dan panggilan margin hingga mengenali jenis analisis pasaran dan kaedah yang berbeza, serta segalanya yang lain. Kedua-dua pasaran global juga bersifat dinamik, menjadikannya penting untuk anda kekal maklum dan meningkatkan pengetahuan anda selaras dengan perubahan yang berlaku.

Anda perlu memiliki sebuah pelan dan strategi yang berkesan sekiranya anda ingin meningkatkan peluang anda untuk berjaya dalam kedua-dua pasaran. Tanpa pelan atau strategi, dagangan anda ibarat suatu perjudian, yang bakal berakhir dengan kegagalan.

Strategi dagangan mestilah melibatkan peraturan pengurusan risiko dan wang yang kukuh, dan sebahagian daripada pelan itu mestilah melibatkan latihan yang menyeluruh pada akaun demo. Akhir sekali, dagangan adalah suatu kemahiran yang memerlukan masa untuk diperbaiki.

5. Use of Margin
and Leverage

Kedua-dua dagangan CFD dan forex menawarkan akses kepada margin. Walau bagaimanapun, margin biasanya disebut menerusi nisbah leveraj dalam dagangan forex. Ini bermakna jika sesebuah kontrak CFD mempunyai margin 2%, pedagang perlu mendanakan akaun mereka dengan 2% daripada nilai keseluruhan kontrak tersebut. Sebaliknya, bagi dagangan forex, margin 2% sekadar disebut sebagai leveraj 50:1.

Keperluan margin yang lebih rendah membawa kepada modal yang lebih rendah dengan pulangan yang lebih besar. Ini kerana ia membolehkan anda untuk menggandakan kedudukan anda dengan lebih besar berbanding jika anda perlu deposit dalam jumlah yang besar bersamaan dengan margin. Contohnya, margin 2% boleh diterjemahkan sebagai leveraj 50:1 manakala keperluan margin yang lebih tinggi sebanyak 10% menjadi leveraj yang lebih rendah iaitu 10:1. Walau bagaimanapun, dengan margin yang lebih rendah hadir pendedahan risiko yang lebih tinggi, seperti ditunjukkan dalam contoh berikut.

Contohnya: Risiko dagangan dengan margin rendah lwn margin tinggi

Menggunakan CFD forex untuk menggambarkan kesan tahap margin yang berbeza, mari andaikan dua senario, satu dengan margin 2% dan satu lagi dengan margin 5%.

Dengan

2%

margin

Andaikan anda mempunyai akaun USD dan EUR/USD didagangkan pada 1.0831. Analisis anda menandakan bahawa EUR akan menjadi lebih lemah berbanding USD, jadi anda memutuskan untuk menjual tiga kontrak mini EUR/USD sebanyak €30,000, dengan membeli $32,493 Dolar A.S. Menggunakan kadar margin 2%, anda hanya perlu deposit $649.86 (2% x $32,493), yang membolehkan anda mengawal kedudukan sebanyak $32,493 dengan hanya $649.86. Sekiranya ramalan pasaran anda tepat, dan kadar tukaran jatuh kepada 1.0762, anda akan mendapatkan 69 pip. Setiap pip dalam kontrak mini bernilai $1, jadi keuntungan anda akan menjadi $207 (69 pip x $1 x 3 kontrak mini).

Sekiranya anda melaburkan nilai $32,493 yang diperlukan, anda masih boleh menjana sebanyak $207, tetapi ia hanya 0.64% daripada modal anda (100 x [$207/$32,493]). Penggunaan margin membolehkan anda untuk menggandakan keuntungan kepada 30.4% daripada modal awalan anda (100 x [$207/649.86]). Dalam kata lain, anda akan mendapat keuntungan yang sama pada kos yang lebih rendah. Margin 2% bermakna anda mendapat leveraj hingga 50:1. Walau bagaimanapun, leveraj ini mempunyai dua sisi. Ia boleh menggandakan kerugian anda sebanyak mana ia dapat menggandakan keuntungan anda.

Mengambil kira leveraj

Meneruskan dengan contoh ini, jika ramalan anda salah dan harga meningkat kepada 1.0929, anda akan kerugian 98 pip. Kerugian anda akan menjadi $294 (98 pip x $1 x 3 kontrak mini).

Andaikan anda telah menggunakan semua leveraj yang tersedia sebanyak 50:1 kepada dagangan anda, anda hanya memerlukan 2% peralihan yang merugikan ($649.86) untuk mengosongkan modal anda. Dalam contoh ini, kerugian sebanyak 98 pip membawa kepada kerugian sebanyak 45.2% daripada modal awalan anda dalam satu dagangan tunggal (100 x [$294/649.86]). Peraturan umumnya adalah untuk tidak merisikokan lebih daripada 1% daripada modal anda untuk satu dagangan. Satu dagangan ini sahaja cukup untuk meletakkan anda pada risiko yang amat tinggi.

Leveraj dengan

5%

margin

Menggunakan senario margin 2% untuk menggambarkan kadar margin sebanyak 5%, deposit yang diperlukan adalah $1,624.65 (5% x $32,493). Sekiranya harga meningkat kepada 1.0929, dagangan akan masih membawa kepada kerugian sebanyak $294. Walau bagaimanapun, dengan margin 5%, anda memerlukan sebanyak 5% peralihan yang gagal untuk mengosongkan modal anda. Dalam senario ini, walaupun jika anda menggunakan kesemua leveraj 20:1 yang tersedia, kerugian hanya dikira sebagai 18.1% daripada akaun anda (100 x [$294/$1,624.65]). Anda mungkin berada dalam kedudukan yang lebih baik jika anda menggunakan leveraj 50:1.

Margin yang rendah dan leveraj yang tinggi membawa risiko yang lebih tinggi. Umumnya, anda tidak sepatutnya menggunakan kesemua margin yang tersedia dan anda hanya perlu menggunakan leveraj jika ia jelas dapat membawa keuntungan. Leveraj boleh menggandakan kerugian anda seperti ia dapat menggandakan keuntungan anda, oleh itu, wajar untuk anda menggunakan strategi pengurusan risiko seperti perintah henti rugi dan ambil untung. Perhatian: Dagangan CFD membawa risiko yang tinggi. Panggilan margin boleh menjadi begitu kerap dan anda mungkin kerugian lebih banyak wang daripada margin awalan anda dan berakhir dengan baki yang negatif melainkan broker CFD anda menawarkan perlindungan terhadap hal ini.

6. Sumber Pendidikan yang Tersedia

Sebelum ini, maklumat mengenai dagangan forex adalah lebih mudah didapati berbanding dagangan CFD kerana forex runcit adalah lebih mudah diakses oleh audiens yang lebih meluas, secara dalam talian buat tempoh masa yang lebih panjang. Walau bagaimanapun, semakin CFD menjadi popular, terdapat peningkatan terhadap sumber dagangan CFD yang berkualiti yang tersedia untuk membantu pedagang menerokai pasaran yang rumit ini. Kekurangan akses kepada sumber pendidikan yang baik bukan lagi menjadi faktor yang menghalang pedagang daripada memasuki kedua-dua pasaran forex dan CFD. Untuk analisis fundamental dan teknikal yang lebih mendalam serta pendidikan dagangan lanjut, sila layari blog Traders Hub kami.

Start Trading Forex &
CFDs on Tighter Spreads

Forex lwn CFD:
Pasaran Manakah untuk Didagangkan?

Dalam memilih antara CFD atau forex, pilihan terbaik bergantung pada keutamaan, profil risiko dan matlamat dagangan utama anda. Terdapat kelebihan dan kekurangan yang terlibat dalam kedua-dua peluang dagangan ini dan setiap pasaran menawarkan manfaat tersendiri dalam dagangan. Dalam sesetengah kes, apabila pedagang sudah mencapai pengetahuan dan latihan yang mencukupi dalam kedua-dua pasaran CFD dan forex, mereka memilih untuk mendagangkan kedua-dua sekali.

Dengan mengetahui akan persamaan dan perbezaan antara CFD dan forex, anda dapat membuat pilihan yang bermaklumat. Ini dapat membawa kepada strategi dagangan yang lebih berkesan dan meningkatkan potensi anda untuk mencipta sebuah kerja dagangan yang menguntungkan dalam sama ada atau kedua-dua pasaran global ini dalam jangka panjang.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara untuk mendagangkan Forex dan CFD, buka akaun demo dengan FP Markets dan biasakan diri anda dengan platform dagangan kami serta pasaran Forex dan juga CFD, kemudian uji strategi dagangan anda.

Mula Berdagang
dalam masa beberapa Minit

Buka akaun sekarang

bullet Akses +10,000 instrumen kewangan
bullet Auto buka & tutup kedudukan
bullet Kalendar berita & ekonomi
bullet Penunjuk & carta teknikal
bullet Banyak lagi alat yang disertakan

Dengan memberikan e-mel anda, anda bersetuju dengan dasar privasi FP Markets dan untuk menerima bahan pemasaran yang akan datang daripada FP Markets. Anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa.





Dapatkan Kemas kini segera di Telegram
Peta Laman | © FP Markets 2020