Apakah
CFD Mata Wang Kripto?

Apakah
CFD Mata Wang Kripto?

Apakah
CFD Mata Wang Kripto?

Mata wang kripto atau mata wang digital berkembang pesat sebagai salah satu daripada kelas aset yang paling banyak didagangkan. Hal ini adalah disebabkan oleh pengaruhnya yang berupaya untuk mengubah landskap kewangan. Pada mulanya, dagangan mata wang kripto dianggap sebagai suatu bidang khusus untuk pakar teknologi dengan pengalaman dagangan yang benar-benar faham tentang fungsi mata wang digital dan ciri-ciri teknikalnya. Persepsi ini telah berubah dengan adanya broker ternama yang kini menawarkan pelabur peluang untuk mendagangkan mata wang kripto menerusi instrumen seperti Kontrak untuk Perbezaan (CFD).

Walaupun sesetengah pelabur memilih untuk memiliki mata wang kripto mereka sendiri seperti Bitcoin (BTC), ramai juga yang memilih untuk mendagangkannya menerusi CFD. CFD membolehkan anda untuk memasuki sesebuah perjanjian dengan broker untuk suatu tempoh tertentu berbanding membuka kedudukan secara langsung dalam pasaran. Pada akhir tempoh kontrak ini, perbezaan antara harga pembukaan dan penutupan akan ditukarkan. Sebelum memulakan dagangan CFD mata wang kripto, penting untuk anda mendalami setiap mata wang digital, alasan di sebalik popularitinya serta cara ia didagangkan.

Apakah Perbezaan dalam
Dagangan Mata Wang Kripto?

Memandangkan mata wang kripto adalah aset digital yang menggunakan teknologi blockchain untuk melindungi transaksinya, mengawal penawaran serta melakukan pindahan, cara dagangannya adalah berbeza daripada aset tradisional lain. Peralihan harga dalam mata wang digital tidak dipengaruhi oleh faktor ekonomi dan politik biasa yang menyebabkan naik turun harga dalam pasaran forex dan saham. Sebaliknya, kripto dipengaruhi oleh berita berkaitan perundangan, komuniti dan projek kripto itu sendiri.

Laporan tantang kemungkinan kawalan perundangan atau penerimaan di negara-negara dan kerajaan berbeza, pertelingkahan dalam kalangan komuniti kripto itu sendiri mengenai naik taraf, ancaman terhadap bursa kripto serta pengenalan projek berkaitan kripto adalah antara faktor penting yang memacu perubahan nilai mata wang kripto.

Faktor-faktor utama yang mempengaruhi harga mata wang kripto adalah:

1. Penawaran: Jumlah syiling dan kadarnya ketika dikeluarkan.

2. Permodalan Pasaran: Nilai bagi semua syiling yang sedia ada dan jangkaan harganya pada masa hadapan.

3. Imej: Imej yang dinikmati oleh mata wang kripto tertentu dan popularitinya dalam kalangan institusi dan pasaran kewangan.

4. Aplikasi: Aplikasi dan integrasi mata wang kripto ini dalam infrastruktur sedia ada.

5. Peristiwa dan Berita: Peristiwa utama berkaitan dengan perundangan segmen, pelanggaran keselamatan dan pelancaran projek baru.

How Do
Mata Wang Kripto
Work?

Terdapat banyak lagi perkara lain dalam dagangan mata wang kripto daripada sekadar membiasakan diri dengan pasaran mata wang kripto. Mempelajari tentang mata wang digital - jenis, ciri-ciri, kefungsian dan sebarang risiko tinggi yang terlibat dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja dalam dagangan mata wang kripto.

Tidak seperti mata wang fiat yang boleh dilihat secara fizikal, mata wang kripto seperti Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) adalah medium tukaran berasaskan internet yang menggunakan fungsi kriptografi untuk menjalankan transaksi kewangan. Perkara yang menjadikan mata wang ini begitu popular adalah hakikat bahawa ia tidak berpusat dan tidak terjejas oleh kawalan kerajaan atau bank-bank pusat. Penggunaan teknologi blockchain membolehkan pindahan syiling ini dilakukan dengan selamat antara dua pihak menerusi kekunci peribadi dan awam. Teknologi yang tersedia membolehkan mata wang kripto popular untuk dipindahkan dan didagangkan dengan lancar menerusi yuran pemprosesan yang minimum.

Bitcoin, mata wang kripto pertama yang dilancarkan pada tahun 2009, telah meraih popularitinya sejak tahun kebelakangan ini selepas kenaikan mendadak daripada $1,000 pada permulaan tahun 2017 kepada lebih $19,000 menjelang hujung tahun yang sama. Hal ini diikuti oleh pelancaran kontrak dagangan masa hadapan dalam Bitcoin oleh bursa terkemuka seperti CBOE dan CME, di samping penerimaannya oleh institusi kewangan di seluruh dunia. Jika dibandingkan dengan prestasi terdahulu mana-mana mata wang fiat, kenaikan mendadak Bitcoin memang tiada tandingan.

Kini terdapat lebih daripada 1,000 syiling alternatif - selain daripada Bitcoin, tetapi bukan kesemuanya menawarkan peluang dagangan yang baik. Buat masa ini, hanya beberapa mata wang digital yang cukup didagangkan untuk membawa kepada kecairan sebenar. Antara mata wang kripto yang paling popular adalah:

  • Bitcoin (BTC), kripto sejati

  • Bitcoin Cash (BCH), fork pertama dalam rangkaian Bitcoin asal

  • Ethereum (ETH), sebuah projek bercita-cita tinggi yang berfungsi dalam pelbagai cara

  • Litecoin (LTC), syiling alternatif yang menyokong pembayaran antarabangsa

  • Ripple (XRP), diperkenalkan untuk mengatasi isu berkaitan kepantasan penyelesaian pembayaran antarabangsa.

  • Neo (NEO), sejenis blockchain unik berasaskan platform yang menyokong mata wang kriptonya sendiri

How to Trade in
Mata Wang Kripto

Pendedahan terhadap Mata wang kripto boleh diperolehi menerusi beberapa cara:

1. Pembelian Sebenar

Mata wang digital boleh dibeli menggunakan mata wang fiat seperti Dolar Amerika (USD), Pound Britain (GBP) atau Dolar Australia (AUD). Beberapa kripto yang tersedia mempunyai bilangan yang terhad termasuklah Bitcoin yang dihadkan kepada 21 juta syiling. Lebih daripada 18 juta syiling telah pun berada dalam edaran dengan kebanyakan broker forex kini yang menerima Bitcoin dalam dagangan mata wang.

Pembelian atau penjualan sebenar mata wang digital ini disokong oleh bursa mata wang kripto yang mendagangkan mata wang khusus tersebut. Beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih mana-mana bursa untuk mendagangkan mata wang digital termasuklah reputasi, keselamatan yang ditawarkan, yuran yang dikenakan, pilihan pembayaran serta keperluan pengesahan akaun.

2. Dana Pelaburan

Antara kaedah pelaburan lain dalam mata wang kripto adalah menerusi dana kripto seperti Amanah Pelaburan Bitcoin Cash atau Amanah Pelaburan Ethereum. Dana-dana ini melabur dalam Penawaran Syiling Awalan (ICO) dan mata wang kripto lain. Mereka terkenal atas sifat yang lebih agresif dan lebih aktif. Penempatan pengurus dana profesional bermakna aktiviti ini akan meningkatkan kos dan yuran yang terlibat.

3. Dana Indeks Kripto

Populariti mata wang digital telah menyaksikan pengenalan dana indeks mata wang kripto. Ia serupa dengan dana indeks dalam pasaran kewangan, kecuali ia lebih bertumpukan pada aset digital berbanding produk kewangan seperti saham dan bon. Mata wang kripto yang dipilih akan disatukan dan dihitung terhadap modal pasaran. Crypto-10 diiktiraf sebagai dana indeks penanda aras mata wang kripto dan lazimnya digunakan untuk mengukur ketidakstabilan dan gambaran keseluruhan mata wang maya secara keseluruhan.

4. Dagangan CFD

Cara yang mudah untuk mendagangkan mata wang kripto adalah menerusi broker. Berbanding membuka dompet digital untuk menyimpan syiling sebenar dan berdagang di bursa mata wang kripto, pedagang boleh berurusan dengan broker ternama dan diyakini yang menawarkan dagangan dalam mata wang kripto menerusi akaun dagangan CFD. . Dagangan CFD menawarkan fleksibiliti kepada pedagang untuk membuka kedua-dua kedudukan panjang dan pendek, memandangkan mereka akan melakukan spekulasi harga terhadap peralihan harga masa hadapan sesebuah kripto.

Keputusan untuk membeli menerusi bursa atau dagangan mata wang kripto menerusi broker akan bergantung sama ada:

1. Anda ingin memiliki mata wang kripto berkenaan

2. Anda sanggup membayar nilai penuh mata wang kripto berkenaan sebagai pendahuluan

3. Anda mempunyai akaun bursa

4. Anda bersedia untuk membayar yuran tambahan bagi deposit dan pengeluaran

5. Anda mempunyai dompet digital

6. Anda tidak ingin menggunakan leveraj.

Seperti mana-mana bentuk dagangan lain, dagangan mata wang kripto memerlukan pengetahuan tentang pasaran dan penggunaan strategi dagangan yang telah diuji. Kefahaman yang komprehensif membolehkan penilaian risiko yang terlibat dengan lebih baik.

Starting trading over
10,000 products today

What are
Cryptocurrency CFDs?

CFD atau Kontrak untuk Perbezaan adalah cara yang menarik untuk mendagangkan mana-mana kelas aset kerana ia tidak melibatkan sebarang pembelian sebenar bagi aset berkenaan. Ia membolehkan anda untuk melakukan spekulasi terhadap nilai yang akan datang bagi aset dasar, tanpa perlu memilikinya. CFD mata wang kripto membolehkan pedagang untuk meramal perubahan dalam nilai mata wang kripto tertentu. Pedagang boleh membuka kontrak ini berdasarkan prestasi sesuatu mata wang kripto yang selaras dengan mata wang fiat, seperti Dolar Amerika dan Dolar Australia, atau sebarang kripto lain, misalnya Bitcoin dalam perbandingan dengan Ethereum.

Antara istilah lazim yang digunakan dalam dagangan CFD kripto adalah:

  • Harga Tanya: Ini adalah harga untuk membeli sesuatu CFD.

  • Harga Bida: Ini adalah harga untuk menjual sesuatu CFD.

  • Spread: Ini adalah perbezaan antara harga tanya dan harga bida bagi aset dasar sesuatu CFD. Spread merupakan kos transaksi buat pedagang dan ditolak daripada keuntungan keseluruhan yang diperolehi, atau ditambah kepada kerugian keseluruhan yang berlaku. Maka, lebih kecil spread, lebih rendah kos transaksi buat pedagang.

  • Margin: Ini adalah jumlah wang yang perlu didepositkan untuk membuka sesuatu kedudukan CFD.

  • Leveraj: Ini membolehkan pedagang untuk mendagangkan CFD mata wang kripto pada nilai yang melebihi modal yang terdapat dalam akaun dagangan mereka. Leveraj membolehkan pedagang untuk mendapatkan pendedahan yang lebih luas dengan mendeposit sejumlah kecil daripada nilai penuh dagangan tersebut. Alat ini membolehkan pedagang untuk menikmati keuntungan yang lebih tinggi sekiranya harga beralih pada arah yang diramalkan, tetapi ia turut mendedahkan mereka kepada kerugian yang besar sekiranya peralihan harga berlaku pada arah sebaliknya.

  • Kedudukan Panjang: Apabila pedagang membuka suatu kedudukan beli untuk CFD dengan harapan bahawa harga aset dasar akan meningkat, ia dikenali sebagai kedudukan panjang.

  • Kedudukan Pendek: Apabila pedagang membuka suatu kedudukan jual untuk CFD dengan harapan bahawa harga aset dasar akan menurun, ia dikenali sebagai kedudukan pendek.

  • Henti Rugi: Perintah ini membolehkan pedagang untuk menentukan tahap harga yang dipratetapkan untuk kedudukan CFD mereka ditutup. Alat ini membantu meminimumkan kerugian jika pasaran beralih pada arah yang tidak dijangka.

  • Ambil Untung: Perintah ini digunakan untuk menetapkan tahap harga untuk menutup sesuatu kedudukan, bagi membolehkan keuntungan dikunci sebelum pasaran beralih secara bertentangan dengan arah yang diramal.

Apakah Manfaat Dagangan
CFD Matawang Kripto?

Mereka yang mendagangkan CFD akan menukarkan perbezaan dalam harga sesuatu mata wang kripto atau sebarang aset lain antara kedudukan pembukaannya dengan kedudukan penutupannya. Contohnya, jika pedagang membuka kedudukan panjang dan nilai mata wang kripto yang berkenaan meningkat, keuntungan akan diperolehi. Sebaliknya, sekiranya nilai ini menurun, ia akan membawa kerugian. Begitu juga, sekiranya pedagang yakin bahawa nilai mata wang kripto seperti Bitcoin akan menurun pada masa akan datang, mereka akan membuka kedudukan pendek. Ramalan yang tepat akan menjana keuntungan manakala peningkatan harga kripto akan membawa kepada kerugian.

Dagangan CFD amat popular atas beberapa alasan:

Tidak Memerlukan Dompet Digital: Dagangan CFD mata wang kripto tidak memerlukan anda untuk memiliki dompet digital atau berdaftar dengan mana-mana bursa. Selain itu, pedagang juga tidak perlu bimbang tentang pegangan mata wang digital dan usaha melindunginya.


Ancaman Keselamatan Rendah: CFD cenderung untuk menjadi lebih selamat berbanding pembelian sebenar mata wang kripto daripada bursa. Melaksanakan dagangan menerusi broker yang terkemuka dan berdaftar, menawarkan perlindungan selamat terhadap kerugian dana atau aktiviti penipuan seperti penggodaman.


Ketidakstabilan dan Peralihan Mendadak: Mata wang kripto terkenal sebagai pasaran yang tidak stabil dan hal itu memang tidak dapat dinafikan lagi, namun peralihan harga mendadak adalah sebahagian daripada daya tarikannya. Dagangan CFD kripto perlu berlandaskan strategi pengurusan risiko yang lengkap yang dibangunkan menerusi penyelidikan mendalam.


Dagangan Berterusan: Tiada had dari segi waktu dagangan dalam dagangan mata wang kripto. Ketiadaan kawalan oleh pihak berkuasa yang berpusat bermakna dagangan mata wang kripto boleh dilakukan sepanjang masa. Transaksi ini biasanya berlaku antara individu pada bursa mata wang kripto di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, pelarasan terhadap kemas kini infrastruktur atau fork dapat membawa kepada tempoh kegagalan sistem. Pedagang juga boleh mendagangkan mata wang kripto terhadap mata wang fiat seperti Dolar Amerika.


Spekulasi terhadap Peralihan Harga: Dagangan CFD mata wang kripto membolehkan pedagang untuk membuka kedudukan panjang atau pendek, bergantung pada pemahaman mereka atau ramalan terhadap peralihan harga akan datang.

Leveraj: Dagangan CFD adalah berleveraj dan membolehkan pedagang untuk membuka kedudukan dengan margin. Ini bermakna pedagang boleh mendapatkan pendedahan yang lebih besar terhadap pasaran mata wang kripto dengan hanya membayar atau mendeposit sejumlah kecil daripada nilai penuh dagangan tersebut. Dagangan pada margin ini membenarkan pedagang untuk menjana keuntungan besar daripada pelaburan dalam jumlah sangat kecil, tetapi keadaan yang sama juga berlaku dari segi kerugian. Oleh itu, pedagang perlu berhati-hati dan melakukan keputusan yang bermaklumat, dengan mengambil kira toleransi risiko mereka.


Gunakan Platform Lanjutan: CFD mata wang kripto boleh didagangkan dengan mudah menerusi platform dagangan termaju seperti MetaTrader 4 dan 5, yang hadir dengan antara muka yang mudah disesuaikan. Platform-platform ini bukan sekadar memudahkan dagangan, tetapi ia turut menawarkan beberapa alatan teknikal untuk memastikan sebuah pengalaman yang lancar.

Apakah Langkah-langkah yang Terlibat dalam
Dagangan Mata Wang Kripto?

Pemahaman tentang fungsi pasaran mata wang kripto, faktor-faktor yang mempengaruhi peralihan harga, pilihan dagangan yang tersedia adalah antara perkara penting buat sesiapa sahaja yang ingin melakukan dagangan dalam mata wang digital ini. Hal ini perlulah disusuli dengan keputusan tentang mod dagangan yang dipilih: sama ada menerusi pembelian langsung mata wang kripto berkenaan atau mendagangkannya menerusi dana kripto atau CFD. Jika anda memutuskan untuk berdagang menerusi CFD, anda perlu mencari broker yang diyakini, yang menawarkan perkhidmatan sokongan pelanggan dan sumber pendidikan yang cemerlang, di samping akaun demo yang dapat membantu anda membiasakan diri dengan konsep CFD mata wang kripto.

Berikut merupakan langkah-langkah yang terlibat dalam dagangan mata wang digital:

Langkah 1:
Finding a Good
Broker

Ini adalah langkah yang paling penting dalam perjalanan dagangan CFD mata wang kripto anda. Broker yang terkemuka dan dikawal selia perlu dipilih untuk memastikan keselamatan dana anda serta pematuhan dari segi perundangan yang berkaitan. Beberapa faktor untuk dipertimbangkan ketika memilih broker yang bagus untuk CFD mata wang kripto adalah:

  • Pilih Entiti yang Dikawal Selia: Pedagang perlu mencari broker yang dikawal selia membaca sebarang kenyataan pendedahan produk (PDS) sebelum membuka dan berdagang dengan akaun live. Di Australia, broker diperlukan untuk memegang lesen Australian Financial Services Licence (AFSL) manakala di United Kingdom, perkhidmatan kewangan dipantau oleh Financial Conduct Authority (FCA).

  • Semak Reputasi:Rekod dan reputasi sesebuah broker perlu diambil kira. Semak sekiranya mereka menjamin pengasingan dana klien, dengan menyimpannya secara berasingan daripada modal broker itu sendiri. Pilih broker yang dapat memastikan audit akaun kewangan dilakukan menerusi firma audit luaran selain daripada memberikan kenyataan akaun biasa kepada kliennya.

  • Leveraj: Leveraj merupakan faktor penting untuk diambil kira dalam dagangan CFD. Ia tidak semudah memilih broker yang menawarkan dagangan yang berleveraj tinggi. Pilih broker yang menawarkan tahap leveraj yang anda selesa.

  • Semak Pilihan Dagangan dan Mata Wang Kripto yang Disokong: Penting untuk anda memastikan bahawa pilihan dagangan yang ditawarkan broker meliputi mata wang kripto yang anda ingin dagangkan.

  • Platform Dagangan:Pilih broker yang menawarkan platform dagangan yang ringkas lagi efektif, seperti MetaTrader 4 dan MetaTrader 5. Platform yang amat mesra pengguna ini hadir dengan pelbagai alatan dan sumber terbina dalam yang menjadikan keseluruhan proses dagangan mata wang kripto mudah dan lancar.

  • Spread: Spread dan komisen yang dikenakan dapat menentukan kos dagangan anda dan perlu dipertimbangkan sebelum anda membuka akaun.

  • Kualiti Perkhidmatan:Perkhidmatan sokongan pelanggan amat penting buat pedagang yang masih baru dalam dagangan CFD dan mungkin memerlukan bantuan dari semasa ke semasa. Jadi, pilihlah broker yang terkenal atas kecemerlangan perkhidmatan sokongan pelanggan mereka.

  • Kemudahan Pembayaran: Akhir sekali, semak pilihan pembayaran yang ditawarkan oleh broker bagi memastikan anda boleh deposit dan mengeluarkan dana daripada akaun anda dalam masa yang singkat.

Langkah 2:
Membuka Akaun

Setelah memuktamadkan pilihan broker untuk dagangan CFD, anda perlu membuka akaun dagangan. Broker yang terkemuka akan menawarkan penggunaan akaun demo terlebih dahulu agar anda dapat membiasakan diri dengan platform ini, alatan yang ditawarkan dan kepantasan dagangan anda. Akaun ini boleh dinaik taraf kepada akaun live di mana dana boleh didepositkan.

Langkah 3:
Building a
Trading Plan

Kini anda telah memilih instrumen dagangan, anda perlu melakukan sedikit penyelidikan untuk memuktamadkan sebuah pelan dagangan. Memandangkan dagangan mata wang kripto adalah tidak stabil, anda perlu membina sebuah pelan dagangan setelah mengambil kira semua risiko yang terlibat. Senaraikan matlamat anda, kenal pasti keupayaan anda dalam mengambil risiko dan gariskan sebuah strategi dagangan yang meliputi langkah-langkah seperti perintah henti rugi dan ambil untung. Anda boleh memanfaatkan sumber yang dibekalkan oleh broker anda atau pilihan terbina dalam platform dagangan anda untuk melakukan keputusan yang bermaklumat.

Langkah 4:
Mula Berdagang

Kini anda sudah bersedia dengan strategi dagangan, anda perlu bertindak dengan membuka kedudukan panjang / beli, atau kedudukan pendek / jual, bergantung pada jangkaan anda terhadap arah peralihan harga masa hadapan. Sama ada anda memutuskan untuk mendagangkan Bitcoin, Ripple atau Ethereum, anda perlu:

  • Semak harga tanya dan harga bida

  • Tentukan saiz kedudukan dagangan anda, dengan mengambil kira leveraj yang ditawarkan, spread yang dikenakan dan selera risiko anda sendiri

  • Manfaatkan alatan seperti perintah henti rugi dan had dan aplikasikannya ke dalam strategi pengurusan risiko anda

  • Setelah membuka kedudukan, pantau keuntungan atau kerugian menerusi bahagian kedudukan terbuka dalam platform dagangan

  • Tutup kedudukan berkenaan sebaik sahaja sasaran anda dicapai.

Apakah Cara untuk Menguruskan
Risiko yang Terlibat dalam
Dagangan CFD Mata Wang Kripto?

Sifat mata wang kripto yang tidak stabil menjadikan dagangan amat berisiko tinggi. Tetapi strategi dagangan yang sempurna dan pemantauan rapi dapat membantu pedagang menguruskan risiko yang terlibat. Pengurangan dan pengurusan risiko serta penguncian keuntungan boleh dilakukan dengan menetapkan tahap henti atau had, selain daripada menentukan tahap untuk menutup dagangan anda.

Selain itu, pedagang juga perlu:

  • Sentiasa mengekalkan margin yang mencukupi dalam akaun dagangan mereka bagi mengelakkan penutupan kedudukan yang tidak dijangka disebabkan oleh dana yang tidak mencukupi.

  • Tetapkan amaran harga, untuk kekal maklum dengan kenaikan atau penurunan harga mata wang kripto di luar jangka.

  • Teruskan memantau akaun anda dan peralihan harga agar anda dapat mengambil tindakan yang pantas.

  • Sentiasa gunakan leveraj, dengan mengambil kira kemampuan risiko anda.

Oleh itu, pengetahuan mendalam tentang cara mata wang kripto berfungsi, faktor-faktor yang mempengaruhinya, serta sebuah strategi dagangan dengan langkah-langkah pengurusan risiko yang memadai dapat membantu merasai pengalaman dagangan kripto yang memuaskan.

Mula Berdagang
dalam masa beberapa Minit

Buka akaun sekarang

bullet Akses +10,000 instrumen kewangan
bullet Auto buka & tutup kedudukan
bullet Kalendar berita & ekonomi
bullet Penunjuk & carta teknikal
bullet Banyak lagi alat yang disertakan

Dengan memberikan e-mel anda, anda bersetuju dengan dasar privasi FP Markets dan untuk menerima bahan pemasaran yang akan datang daripada FP Markets. Anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa.





Dapatkan Kemas kini segera di Telegram
Peta Laman | © FP Markets 2020