NEWS: * FP Markets has been named as "Best Global Value Forex Broker" at the Global Forex Awards 2020 (to add to its award in 2019). SPREADS LATEST: ** Data acquired from our server shows our EURUSD spread to be 0.0 pips on average 42.07% of the time from 01-09-2020 to 30-09-2020 (available for our RAW Spread trading accounts only).

Berdagang CFD

Berdagang CFD
Apa itu CFD?

What is CFD
Trading and How
Does it Work?

Trading CFDs (Contracts for Difference) with an Australian Regulated Broker.

CFD atau (Kontrak untuk Perbezaan) ialah suatu bentuk instrumen derivatif yang paling popular. Derivatif ialah instrumen kewangan yang membolehkan anda berdagang aset dalam pasaran global tanpa memiliki aset itu. Contoh biasa bagi instrumen derivatif ialah opsyen, niaga hadapan atau swap.

Dengan CFD, anda tidak mempunyai pemilikan terhadap aset yang sebenar. Sebaliknya, anda menukar perbezaan harga bagi aset pendasar, dari masa kontrak dibuka sehingga masa kontrak ditutup. Tarikh penutupan atau tarikh tamat tempoh kontrak adalah tidak tetap, menjadikan CFD berbeza daripada bentuk derivatif yang lain, seperti niaga hadapan. Kontrak anda boleh untuk jangka pendek atau berterusan untuk jangka yang panjang.

Satu kelebihan berdagang CFD ialah anda boleh membuat spekulasi pada pergerakan harga dalam mana-mana arah, naik atau turun. Keuntungan atau kerugian yang anda hasilkan akan bergantung pada keputusan ramalan anda. Dengan CFD, anda boleh berdagang pelbagai aset, termasuk mata wang, ekuiti, indeks, mata wang kripto (termasuk bitcoin) dan komoditi.

Tetapi, anda perlu memahami cara instrumen ini berfungsi sebelum mencubanya.

Video: Penerangan Tentang CFD

How Do CFDs Work?

Untuk memahami proses keseluruhannya, anda perlu mengetahui terlebih dahulu konsep dagangan margin. CFD dengan leveraj membolehkan anda mendapat pendedahan yang meluas kepada pergerakan harga, tanpa perlu melaburkan nilai dagangan keseluruhan. Ini bermakna leveraj membolehkan anda mendapat pendedahan yang lebih meluas kepada pasaran berbanding pendedahan yang anda boleh lakukan dengan modal dalam akaun dagangan anda.

Trade CFDs - What is
CFD Margin?

Apabila anda mula berdagang CFD, anda perlu membuka "akaun margin", sebaik-baiknya dengan broker yang dikawal selia. Broker ini akan membolehkan anda berdagang kedudukan yang lebih besar, dengan menawarkan leveraj. Ini bermakna anda mendapat peluang untuk meningkatkan perolehan anda, dengan pelaburan modal yang kecil daripada pihak anda. Namun begitu, ingatlah bahawa leveraj juga boleh meningkatkan kerugian. Oleh itu, pilih leveraj anda dengan bijak.

Untuk mengekalkan akaun margin anda, satu jumlah minimum yang tetap daripada modal perlu ada dalam akaun anda sepanjang masa, untuk berfungsi sebagai pelapik kepada kerugian yang mungkin. Ini dikenali sebagai "margin permulaan" atau "margin deposit". Ia perbezaan antara dana yang anda pinjam daripada broker dan nilai dagangan penuh bagi kedudukan anda.

Sekiranya anda mengalami kerugian dan modal dalam akaun anda menyusut kurang daripada paras yang diperlukan, broker akan mengeluarkan "panggilan margin". Ini bermakna anda perlu mendepositkan jumlah yang diperlukan ke dalam akaun anda, dikenali sebagai "margin pengekalan".

Suppose the shares of XYZ Company are trading at $130 per share. You decide to buy 10,000 units of a contract at this price. Now, if you had to pay the total value of this contract, it would cost you:

$130 x 10,000 = $130,000.

By using leverage, you can gain exposure to the same number of shares, but with a lower capital investment. If the required margin is 5% of the total trade value, you will be required to pay only $6.50 per CFD unit, in your trading account as margin.

So, your total margin requirement will be
(0.05 x 130,000) = $6,500.

This is significantly less than $130,000 but you get the same level of exposure, as if you had bought the shares directly. Plus, you are entitled to 100% of the gains. On the other hand, you will also bear 100% of any losses.

Peratusan margin ini akan bergantung pada negara tempat anda berdagang. Badan pengawal selia yang berbeza mempunyai had yang berbeza untuk leveraj. Had ini ditetapkan untuk melindungi pedagang daripada kerugian yang besar pada masa ketaktentuan yang meningkat.

Pesanan "Panjang" atau "Pendek" dalam Dagangan CFD

Apabila anda berdagang CFD, anda boleh membuat spekulasi tentang sama ada harga pasaran akan menaik atau menurun. Jika anda percaya bahawa harga akan menaik pada masa akan datang, anda beli aset pendasar atau membuat "pesanan panjang". Tetapi, jika anda fikir harga akan menurun pada masa akan datang, anda menjual aset tersebut atau membuat "pesanan pendek". Anda masih dapat menukar perbezaan antara harga pada masa pembukaan dan penutupan, tetapi anda juga berpeluang untuk mendapat manfaat daripada harga yang menurun.

Contoh Dagangan CFD Dengan Leveraj

Katalah anda ingin berdagang CFD, dengan aset pendasarnya ialah US30, dikenali sebagai "Dow Jones Industrial Average Index. ” Katalah US30 didagangkan pada:

Spread Bida/Tanya

"Bida" ialah harga jualan. Inilah harga yang anda jual aset tersebut. Harga yang lebih tinggi bagi dua harga ini ialah "harga tanya" atau harga beli; kadar yang anda beli aset tersebut. Perbezaan antara dua harga ini ialah "spread". Inilah kos dagangan anda. Bergantung pada kecairan aset anda dan broker pilihan anda, spread boleh rendah atau tinggi. Contohnya, broker boleh mendapat sumber sebut harga daripada kumpulan pembekal kecairan yang besar untuk menawarkan kepada anda spread bida/tanya yang paling rendah.

Sekarang kembali kepada dagangan, anda membuat keputusan untuk membeli 5 kontrak US30 kerana anda fikir harga US30 akan menaik pada masa akan datang. Kadar margin anda ialah 1%. Ini bermakna anda perlu mendepositkan sebanyak 1% daripada nilai kedudukan keseluruhan ke dalam akaun margin anda.

Dalam jam yang seterusnya, jika harga bergerak ke paras 22100.00/22112.00, anda mempunyai dagangan yang menang. Anda boleh menutup kedudukan anda dengan menjual pada harga semasa (bida) bagi US30 iaitu 22100.00

Dalam contoh ini, harga bergerak mengikut ramalan anda. Tetapi, sekiranya harga menurun, bergerak menentang ramalan anda, anda boleh mengalami kerugian. Penilaian pergerakan harga yang berterusan dan hasil yang menguntungkan/merugikan berlaku setiap hari. Oleh itu, ia membawa kepada pulangan bersih (positif/negatif) pada margin permulaan anda. Dalam senario kerugian, dengan ekuiti bebas anda, (baki akaun + Untung/Rugi) menjadi kurang daripada keperluan margin (1105), broker akan mengeluarkan panggilan margin. Jika anda gagal untuk mendepositkan wang dan pasaran terus bergerak menentang anda, apabila ekuiti bebas anda mencapai 50% daripada margin permulaan anda, kontrak tersebut akan ditutup pada harga pasaran semasa, dikenali sebagai "henti keluar".

Perhatikan bagaimana perbezaan yang kecil dalam harga boleh memberikan peluang untuk berdagang? Perbezaan kecil ini dikenali sebagai "pip" atau "peratusan dalam mata". Untuk Indeks, 1 pip bersamaan dengan tokokan harga sebanyak 1.0 yang juga dipanggil sebagai mata Indeks. Dalam pasaran forex, seperti dalam contoh di atas, ia digunakan untuk menandakan tokokan harga terkecil dalam harga mata wang. Untuk aset seperti AUD/USD, yang mengandungi Dolar AS, satu pip diwakili sehingga titik perpuluhan ke-4. Tetapi, bagi pasangan yang mengandungi Yen Jepun, seperti AUD/JPY, sebut harga biasanya sehingga 3 tempat perpuluhan.

Penilaian pergerakan harga yang berterusan dan hasil yang menguntungkan/merugikan berlaku setiap hari. Oleh itu, ia membawa kepada pulangan bersih (positif/negatif) pada margin permulaan anda. Dalam keadaan margin permulaan anda lebih rendah, broker akan mengeluarkan panggilan margin. Jika anda gagal untuk mendepositkan wang, kontrak akan ditutup pada harga pasaran semasa. Proses ini dikenali sebagai "nilai saksama (marking to market)".

Jika harga
of US30
Kepada Anda Bakal Meraih atau Kerugian
(bagi kedudukan panjang)
Meningkat sebanyak +1% 22300.80/ 22312.80 USD 1044.00
Menurun sebanyak -1% 21859.20/ 21871.20 USD -1164.00

How to Hedge
Using CFDs?

"Bida" ialah harga jualan. Inilah harga yang anda jual aset tersebut. Harga yang lebih tinggi bagi dua harga ini ialah "harga tanya" atau harga beli; kadar yang anda beli aset tersebut. Perbezaan antara dua harga ini ialah "spread". Inilah kos dagangan anda. Bergantung pada kecairan aset anda dan broker pilihan anda, spread boleh rendah atau tinggi. Contohnya, broker boleh mendapat sumber sebut harga daripada kumpulan pembekal kecairan yang besar untuk menawarkan kepada anda spread bida/tanya yang paling rendah.

Kelebihan dagangan CFD yang penting ialah peluang untuk melindungi nilai portfolio anda daripada ketaktentuan pasaran jangka pendek, dalam kedudukan yang sedia ada. Perlindungan nilai ialah strategi yang anda boleh gunakan apabila anda ingin melabur untuk melindungi dagangan anda daripada risiko penurunan. Anda juga boleh mengehadkan keuntungan anda dengan melakukan perkara ini.

Katalah anda mempunyai portfolio ekuiti yang bernilai AUD 150,000, terdiri daripada saham yang terkemuka pada indeks ASX 200. Portfolio ini terbahagi kepada 10 bahagian dengan setiap satu bernilai AUD 15,000. Anda boleh memiliki saham Adelaide Brighton bernilai AUD 15,000 dan ANZ Banking Group Ltd. bernilai AUD 15,000.

Jika anda percaya bahawa kedua-dua syarikat ini mungkin mengalami penurunan jangka pendek dalam harga saham, disebabkan oleh laporan perolehan yang buruk, anda boleh mengimbangi sebahagian daripada kemungkinan kerugian dengan membuat pesanan pendek padanya melalui CFD.

Anda tidak menjual saham-saham ini dalam pasaran terbuka, sebaliknya anda membuat dua pesanan pendek CFD dalam Adelaide Brighton dan ANZ Banking Group Ltd. Kira-kira 10% daripada pendedahan pasaran, iaitu AUD 3,000 mungkin diperlukan untuk membuat perlindungan nilai ini.

Tetapi, mengapa memilih pesanan pendek CFD, bukannya hanya menjual saham tersebut dan membelinya lagi kemudian, selepas harga menurun? Sebabnya memilih laluan CFD ialah:

  • Anda akan menghasilkan peningkatan modal apabila anda menjual saham anda, yang boleh dikenakan cukai. Ini tidak perlu, melainkan anda ingin menghapuskan aset itu selama-lamanya. Dalam CFD, anda tidak perlu membayar duti setem dan kos dagangan akan terhad pada margin dan spread.

  • Jika pasaran menurun, kerugian dalam portfolio ekuiti anda akan diimbangi oleh kedudukan CFD pendek anda.

Tempoh Pegangan

Selepas pasaran ditutup setiap hari, mana-mana kedudukan CFD yang terbuka dalam akaun anda boleh dikenakan kos pemegangan. Ini bergantung pada kadar pemegangan yang berkaitan dan juga arah kedudukan anda; berdasarkan yang mana kosnya boleh negatif atau positif. Kos pemegangan adalah salah satu daripada kos berdagang CFD.

Start Trading CFDs with an
Australian Regulated Broker

How Do You Start
Trading CFDs?

Take a look at these
6 steps to start trading CFDs:

Langkah 1 | Tingkatkan Pengetahuan Anda

Memandangkan anda membaca artikel ini, anda sudah berada pada Langkah 1. Pelajari semua yang boleh tentang CFD dan cara mendagangkannya. Ketahui perbezaannya daripada bentuk dagangan yang lain.

Langkah 2 | Buka Akaun Margin dengan Broker CFD

Daftar dan buka akaun CFD dengan broker CFD yang dikawal selia, oleh itu dana anda dilindungi dan anda mendapat akses kepada pengurusan risiko dan alat dagangan yang kukuh. Anda perlu mendepositkan margin permulaan dalam akaun dagangan anda sebelum anda boleh mula berdagang. Semak keperluan margin dan pilih nisbah leveraj berdasarkan pada profil risiko anda. Leveraj boleh menghapuskan seluruh modal anda, jika pasaran bergerak dalam arah yang salah. Mula berlatih ilmu yang anda pelajari pada akaun demo.

Apabila anda memilih untuk berdagang dengan broker yang dikawal selia anda mendapat:

  • Pengasingan dana pelanggan

  • Harga ECN

  • Platform dagangan yang kukuh

  • Kecairan yang tinggi

  • Spread ultra rendah

  • Leveraj maksimum sehingga 500:1

  • Pelbagai pilihan instrumen kewangan

  • Sumber pendidikan

  • Kalendar berita dan ekonomi

  • Dagangan dan pindahan dana yang selamat

Langkah 3 | Cipta Strategi Dagangan

Mula-mula pilih aset yang ingin didagangkan. CFD boleh memberi anda pendedahan kepada pelbagai kelas aset, semuanya daripada platform dagangan tunggal. Semuanya bergantung pada modal dagangan, komitmen masa, nisbah risiko ganjaran, pengetahuan tentang pasaran, matlamat dan strategi pilihan anda. Mempunyai rancangan dagangan yang betul dan berpegang padanya adalah penting untuk mengekalkan disiplin dan melaksanakan strategi pengurusan risiko pada masa nyata yang baik.

Langkah 4 | Biasakan Diri dengan Analisis Teknikal dan Fundamental

Apabila anda ingin mencari peluang dagangan, terdapat dua pendekatan untuk menganalisis pasaran, analisis fundamental dan analisis teknikal. Dalam analisis fundamental, dengan mengikuti perkembangan peristiwa geopolitik, pengumuman data ekonomi dan peristiwa berita tergempar, anda boleh mengetahui peristiwa terkini yang mungkin mempengaruhi pasaran kewangan global. Ketahui bagaimana peristiwa-peristiwa ini menyebabkan turun naik harga dan pasaran yang tidak menentu.

Seterusnya ialah analisis teknikal. Melalui penggunaan penunjuk teknikal, anda boleh membuat keputusan berdasarkan fakta tentang trend dan corak harga yang berpotensi pada masa depan. Pada platform dagangan CFD yang kukuh seperti MT4 dan MT5, terdapat penunjuk yang diprapasang dan alat carta yang boleh membantu anda menganalisis pasaran secara komprehensif.

Langkah 5 | Pilih Platform Dagangan Anda

Pilih platform yang memberi anda fleksibiliti dan kestabilan dalam berdagang. Teknologi terkini seperti MT4 dan MT5 menyediakan pelbagai pilihan alatan untuk menjejaki turun naik harga, berita pasaran, mengurus risiko dan mendapat isyarat di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Uji sistem anda pada akaun demo untuk melihat sama ada ia sesuai dengan keperluan dan gaya dagangan anda.

Langkah 6 | Sentiasa Gunakan Henti Rugi

Pengurusan risiko adalah penting untuk setiap dagangan, tidak kira keadaan pasaran atau saiz kedudukan. Untuk mengehadkan kerugian yang mungkin, berikut ialah beberapa alat yang boleh anda gunakan:

Pesanan Henti Rugi: Peletakan pesanan henti rugi yang bijak akan membolehkan sistem menutup kedudukan anda secara automatik apabila pasaran mencapai paras harga tertentu. Ini boleh meminimumkan kerugian apabila pasaran bergerak pada arah yang merugikan.

Ambil Untung: Pesanan ini menutup kedudukan anda apabila anda telah mendapat paras keuntungan yang tertentu. Tindakan ini melindungi kedudukan anda daripada risiko pasaran yang tidak perlu.

Hentian Mengekor: Alat ini menggerakkan henti rugi anda dengan selanjutnya, jika pasaran bergerak ke arah yang menguntungkan, tetapi sebaik sahaja pasaran bertukar arah, alat ini menutup kedudukan tersebut. Pesanan ini menghalang kedudukan anda daripada ditutup terlalu awal.

Untuk penerangan yang lebih mendalam tentang analisis fundamental dan teknikal, serta pendidikan tentang dagangan, sila lawati blog Traders Hub kami.

Advantages of CFD
Dagangan

Oleh itu, dengan syarat anda sudah mendaftar dengan broker yang dikawal selia, anda melabur dalam pendidikan dan mempunyai sistem dagangan yang kukuh, dagangan CFD sebenarnya boleh memberi anda banyak peluang untuk mencapai kejayaan jangka panjang.

Start Trading CFDs with an
Australian Regulated Broker

Mula Berdagang
dalam masa beberapa Minit

Buka akaun sekarang

bullet Akses +10,000 instrumen kewangan
bullet Auto buka & tutup kedudukan
bullet Kalendar berita & ekonomi
bullet Technical indicators & charts
bullet Banyak lagi alat yang disertakan

Dengan memberikan e-mel anda, anda bersetuju dengan dasar privasi FP Markets dan untuk menerima bahan pemasaran yang akan datang daripada FP Markets. Anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa.





Dapatkan Kemas kini segera di Telegram
Peta Laman | © FP Markets 2020