Mata wang kripto atau mata wang digital berkembang pesat sebagai salah satu daripada kelas aset yang paling banyak didagangkan. Hal ini adalah disebabkan oleh pengaruhnya yang berupaya untuk mengubah landskap kewangan. Pada mulanya, dagangan mata wang kripto dianggap sebagai suatu bidang khusus untuk pakar teknologi dengan pengalaman dagangan yang benar-benar faham tentang fungsi mata wang digital dan ciri-ciri teknikalnya. Persepsi ini telah berubah dengan adanya broker ternama yang kini menawarkan pelabur peluang untuk mendagangkan mata wang kripto menerusi instrumen seperti Kontrak untuk Perbezaan (CFD).
Walaupun sesetengah pelabur memilih untuk memiliki mata wang kripto mereka sendiri seperti Bitcoin (BTC), ramai juga yang memilih untuk mendagangkannya menerusi CFD. CFD membolehkan anda untuk memasuki sesebuah perjanjian dengan broker untuk suatu tempoh tertentu berbanding membuka kedudukan secara langsung dalam pasaran. Pada akhir tempoh kontrak ini, perbezaan antara harga pembukaan dan penutupan akan ditukarkan. Sebelum memulakan dagangan CFD mata wang kripto, penting untuk anda mendalami setiap mata wang digital, alasan di sebalik popularitinya serta cara ia didagangkan.