Kalkulator Forex

MENU

Kalkulator Dagangan Forex

Sebagai pedagang, penting untuk anda mengetahui cara pengurusan risiko. Kalkulator Forex FP Markets membantu anda menilai risiko di sekitar dagangan anda yang berikutnya sebelum anda melaksanakannya, yang termasuk:

Kalkulator Pip

Mengira nilai bagi setiap pip dalam mata wang asas anda bagi memantau risiko setiap dagangan dengan tepat.

Penukar Mata Wang

Menukar kadar tukaran langsung.

Kalkulator Margin

Mengira keperluan margin yang diperlukan untuk membuka dan menahan kedudukan.

Kalkulator Swap

Mengira kadar faedah antara dua pasangan mata wang pada kedudukan terbuka anda.

Kalkulator Untung

Menilai unjuran untung atau rugi daripada sebarang transaksi yang akan dilakukan dalam pasaran forex.

Hanya pilih produk pilihan anda
daripada menu juntai bawah berikut:

Alatan ini membolehkan anda untuk mengira semua parameter penting dalam dagangan anda seperti nilai pip, saiz kontrak/saiz dagangan, swap, keperluan margin dan potensi keuntungan merentasi pelbagai produk yang tersedia. Perkemaskan proses dagangan anda dengan mengetahui cara untuk menguruskan kedudukan anda. Jimatkan masa anda dan uruskan risiko dengan berkesan dengan menumpukan pada dagangan anda berbanding terhadap pengiraan manual. Anda hanya perlu memasukkan mata wang akaun serta butiran kedudukan yang berkenaan, dan saksikan nilai akhirnya dalam masa nyata.

Gunakan Nota Apabila Menggunakan Platform Dagangan FP Markets

Caj swap tiga kali ganda akan dikenakan apabila melakukan dagangan Forex dan Logam yang dibiarkan terbuka pada malam Rabu. Selain itu, caj swap tiga kali ganda akan turut dikenakan apabila melakukan dagangan Komoditi dan Indeks yang dibiarkan terbuka pada malam Jumaat.

Pasangan mata wang EURTRY dam USDTRY mempunyai Margin yang 10 Kali Ganda daripada Biasa.

Nilai yang kelihatan pada kalkulator Keuntungan di laman web kami di atas merupakan jumlah keuntungan dan kerugian bagi satu kedudukan termasuk swap.

Saiz Lot Standard (1 lot) dalam Unit:

Jenis Produk Saiz Lot Standard Unit
FOREX 100,000 Unit Mata Wang Asas
EMAS 100 Oz
PERAK 5,000 Gram
WTI 1,000 Tong

Contoh Pengiraan:

300,000 unit EURUSD dengan Leveraj Akaun 1:30 dan mata wang akaun EUR Margin = 300,000 / 30 = Euro 10,000
200,000 unit USDCZK dengan Leveraj Akaun 30:1, Mata Wang Akaun SGD dan USDSGD = 1.36820 Margin = (200,000 / 30) * 1.36820 = $9,121.33 SGD
15,000 unit (3 Lot) XAGAUD dengan Leveraj Akaun 30:1, Mata Wang Akaun GBP dan GBPAUD = 1.86468 Margin = (3 * 5,000 / 30) / 1.86468 = £268.14
3,000 Unit (3 Lot) XBRUSD dengan Leveraj Akaun 30:1, Mata Wang Akaun SGD, harga 71.21 dan USDSGD=1.36842 Margin = (3,000 * 64.32) * 1.36842 = $598.92 SGD
Mula Berdagang
dalam beberapa Minit

bullet Akses +10,000 instrumen kewangan
bullet Auto buka & tutup kedudukan
bullet Kalendar berita & ekonomi
bullet Penunjuk & carta teknikal
bullet Banyak lagi alat yang disertakan

Dengan memberikan e-mel anda, anda bersetuju dengan dasar privasi FP Markets dan untuk menerima bahan pemasaran yang akan datang daripada FP Markets. Anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa.




Source - database | Page ID - 2482

Get instant Updates in Telegram