Indeks Dagangan
dengan CFD

Indeks Dagangan
dengan CFD

Dagangan indeks menerusi CFD kian mendapat tempat dalam kalangan pedagang. Indeks dianggap sebagai cara yang paling selamat untuk mengambil bahagian dalam pasaran saham, berbanding saham individu dagangan. Dengan CFD indeks, pedagang boleh membahagikan risiko menerusi seluruh atau sebahagian pasaran sahaja. Prestasi buruk bagi satu saham tunggal dapat diseimbangkan menerusi prestasi baik bagi saham-saham lain dalam indeks tersebut. Hal ini akan membawa kepada tahap ketidakstabilan yang lebih rendah.

Indeks juga membantu pedagang untuk mendapatkan pendedahan kepada pelbagai syarikat yang beroperasi dalam sektor yang berbeza. Dagangan CFD indeks boleh dilakukan untuk semua indeks utama termasuk FTSE 100, S&P 500, Dow Jones Industrial Average, ASX 200, A50 China dan DAX Jerman. Contohnya, apabila mendagangkan FTSE 100 sebagai CFD, anda memasuki kontrak untuk menukarkan perbezaan dalam harga indeks dari masa pembukaan kedudukan hingga masa kedudukan ditutup.

Dengan CFD, anda boleh membuka kedudukan hanya dengan sebahagian kecil daripada modal yang diperlukan, memandangkan anda tidak perlu memiliki sendiri sebarang kepentingan atau saham berkenaan. Walau bagaimanapun, sebelum anda mula berdagang, berikut adalah antara perkara yang anda perlu ketahui tentang indeks, cara CFD berfungsi dan apakah yang ditawarkan oleh CFD indeks.

Apakah maksud Indeks?

Indeks merupakan ukuran prestasi harga bagi sebahagian saham atau keseluruhan saham yang tersenarai pada suatu bursa. Saham yang dipilih mungkin dimiliki oleh industri tertentu atau daripada industri yang berbeza. Contohnya, indeks S&P/ASX 200 merupakan indeks yang berorientasikan permodalan pasaran dan indeks pasaran saham yang diselaraskan apungan bagi saham-saham yang tersenarai dalam Australian Securities Exchange. Ia termasuklah syarikat individu terbesar seperti BHP Group dan Rio Tinto.

Kandungan bursa ini disusun mengikut nilai pasaran masing-masing, yang dikira dengan menggandakan harga pasaran dengan jumlah keseluruhan bagi saham yang boleh dagang. Pelaburan dalam indeks ini membolehkan pedagang untuk mendapatkan pendedahan terhadap saham dengan permodalan tertinggi dalam Standard & Poor di Australian Securities Exchange.

Begitu juga, Indeks Financial Times Stock Exchange 100 (FTSE 100 atau Footsie) merupakan indeks saham bagi 100 syarikat dengan permodalan pasaran tertinggi yang disenaraikan di London Stock Exchange. Indeks ini dianggap sebagai pengukur kesejahteraan perniagaan di UK. Persamaan bagi Wall Street di Amerika Syarikat adalah Dow Jones.

How are Indices
Calculated?

Indeks saham boleh dikira dalam beberapa cara, dengan antaranya yang lebih berat kepada syarikat-syarikat yang berasaskan permodalan manakala yang lain menyenaraikan syarikat berdasarkan harga saham. Antara kaedah popular dalam pengiraan nilai indeks ini adalah:

  • Kaedah Pengaruh Permodalan Pasaran: Di sini, saham yang tersenarai dalam indeks berkenaan diukur menggunakan permodalan pasaran dalam setiap syarikat. S&P 500 dan ASX 200 merupakan contoh terbaik bagi indeks jenis ini. Syarikat dengan permodalan terbesar merupakan pengaruh terbesar terhadap nilai sesebuah indeks.

  • Kaedah Pengaruh Harga: Di sini, saham bagi indeks diukur mengikut harga sahamnya. Ini bermakna bahawa syarikat dengan harga saham yang lebih tinggi tanpa mengira permodalan pasaran akan mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap nilai keseluruhan sesuatu indeks. Contoh bagi indeks sedemikian adalah Dow Jones Industrial Average atau DJIA.

  • Kaedah Berat Sama: Di sini, pemberat yang sama diberikan kepada semua saham dengan mengira pulangan bagi setiap saham, menambah semua pulangan bagi semua saham kemudian membahagikan jumlah keseluruhan saham bagi indeks tersebut.

What Leads to Index
Price Movement?

Peralihan indeks saham bergantung pada beberapa faktor seperti:

1.

Peralihan dalam Komponennya: Memandangkan indeks terdiri daripada beberapa saham, sebarang perubahan dalam harga saham individu menjadi alasan utama bagi perubahan dalam nilai indeks.

2.

Berita dan Data Ekonomi: Berita ekonomi utama, seperti pengumuman bank pusat, laporan khusus industri, laporan inflasi, pengangguran dan perubahan dasar boleh mempengaruhi pasaran saham dan bursa dasarnya.

3.

Berita Politik: Indeks cenderung untuk beralih disebabkan oleh keputusan berkaitan dagangan oleh kerajaan tempatan. Perubahan dalam undang-undang yang meliputi dagangan antara dua negara atau rombakan undang-undang tempatan boleh memberi impak terhadap peralihan harga.

4.

Perubahan dalam Komposisi Indeks: Penambahan atau pengeluaran saham daripada sesuatu indeks boleh menyebabkan perubahan terhadap nilai indeks.

5.

Harga Komoditi: Perubahan dalam harga komoditi boleh membawa kepada peralihan dalam saham khusus industri, serta indeks yang mengandungi sebahagian besar saham tersebut.

6.

Perubahan Korporat: Perubahan dalam pemilikan atau pengurusan sesebuah syarikat boleh membawa kepada naik turun harga saham, sekali gus mempengaruhi indeks induknya.

Mengapa Berdagang
Indices CFDs?

Indeks digunakan oleh pedagang dan pakar ekonomi untuk membandingkan pulangan pada aset yang berbeza, untuk menjejaki ekonomi keseluruhan atau sebagai sebuah jentera pelaburan. Indeks boleh bersifat global, wilayah atau kebangsaan.

  • Indeks global terdiri daripada ekuiti dari seluruh pelosok dunia. Indeks Dunia MSCI, misalnya, termasuk ekuiti bersiling besar dan sederhana dari 23 negara.

  • Indeks wilayah terdiri daripada ekuiti dari wilayah tertentu. Contohnya, Indeks S&P Asia 50 terdiri daripada 50 saham di Asia.

  • Indeks kebangsaan, seperti namanya, menjejaki peralihan saham bagi sesebuah negara tertentu. DAX 30 Jerman dan ASX 200 Australia adalah antara contoh indeks kebangsaan.

Cara yang popular untuk membuat spekulasi terhadap peralihan harga indeks adalah untuk berdagang menerusi CFD. Pemilikan aset dasar ini adalah tidak diperlukan apabila mendagangkan CFD dan terdapat juga manfaat daripada produk berleveraj. Broker terkemuka menawarkan CFD indeks yang meliputi semua indeks utama yang membolehkan pedagang untuk mendapatkan pendedahan global. Mereka yang tinggal di Australia boleh mengakses pasaran kewangan global menerusi pasaran CFD yang tersedia menerusi platform dagangan termaju.

Alasan utama pedagang memilih CFD indeks adalah:

  • Peluang dagangan: Dengan CFD, pedagang boleh mendagangkan kedudukan terbuka dalam kedua-dua pasaran yang meningkat dan juga menurun. Sekiranya pedagang meramal kenaikan nilai indeks, mereka boleh membuka kedudukan panjang pada indeks menerusi CFD. Sebaliknya, jika mereka meramal penurunan nilai indeks, mereka boleh membuka kedudukan pendek.

  • Melindung Nilai: Dagangan dalam CFD indeks merupakan cara yang menarik untuk melindung nilai kedudukan anda dalam saham yang berbeza. Contohnya, jika anda membuka kedudukan pendek dalam saham individu yang berbeza, anda boleh melindungi nilai risiko dengan membuka kedudukan panjang bagi indeks tersebut yang merangkumi saham-saham yang sama. Kini, jika nilai indeks meningkat, kedudukan indeks anda akan menikmati keuntungan dan menyeimbangkan kerugian pada kedudukan saham pendek anda.

  • Pendedahan Global: Dagangan dalam CFD indeks membolehkan pedagang untuk mendapatkan pendedahan terhadap pasaran global tanpa perlu melabur dalam saham individu. Pedagang di EU boleh mendagangkan CFD indeks di AS, Australia atau Jepun.

  • Leveraj: Seperti yang disebutkan sebelum ini, salah satu daripada tarikan utama dalam dagangan CFD adalah produk berleveraj. Ini membolehkan pedagang untuk membuka kedudukan yang lebih tinggi daripada dana yang ada dalam akaun dagangan mereka. Jumlah dana yang diperlukan dalam dagangan tersebut dikenali sebagai margin. Untung dan rugi dikira berdasarkan saiz kedudukan keseluruhan dan bukannya saiz margin semata-mata. Di sinilah sifat risiko tinggi CFD menjadi lebih ketara dengan kedua-dua untung dan rugi yang digandakan.

Apakah Manfaat
Dagangan dalam CFD Indeks?

Kontrak untuk Perbezaan atau CFD adalah kontrak antara dua pihak untuk menukarkan perbezaan harga bagi sesuatu aset dari masa sesuatu kontrak dibuka hingga masa ia ditutup. Indeks CFD membolehkan pelabur untuk berdagang dalam indeks dasar tanpa perlu membuat spekulasi tentang perubahan harganya yang akan datang.

Pendedahan kepada Pasaran yang Lebih Luas: Dagangan CFD indeks membolehkan pedagang untuk mendapatkan pendedahan terhadap keseluruhan sektor ekonomi, atau seluruh ekonomi itu sendiri. Pemelbagaian ini melibatkan risiko yang lebih rendah berbanding pelaburan dalam saham individu. Selain itu, penjejakan peralihan bagi beberapa saham individu mungkin lebih sukar berbanding peralihan indeks yang lebih ringkas.


Tiada Pemilikan: Dagangan CFD bermakna bahawa pedagang boleh membuat spekulasi perubahan harga tanpa perlu memiliki sendiri aset dasarnya. Hal ini mengurangkan kos keseluruhan dagangan.

Kurang Meruap: Peralihan harga indeks adalah lebih lancar, kerana saham individu tidak boleh membawa kepada perubahan yang ketara dalam nilai indeks. Hal ini memastikan bahawa perubahan dalam indeks adalah lebih stabil berbanding saham-saham individu, namun cukup untuk membuka peluang dagangan.

Akses Mudah ke Pasaran: CFD indeks membenarkan akses mudah kepada pasaran yang lebih baik, tanpa perlu bimbang tentang membayar yuran pengosongan untuk bursa-bursa berkenaan. Oleh itu, pedagang boleh mendapatkan pendedahan terhadap ekonomi yang berbeza di seluruh dunia pada harga yang lebih rendah berbanding kebanyakan instrumen dagangan lain.


Dagangan Berleveraj: Dagangan CFD melibatkan leveraj, yang membenarkan pedagang untuk membuka kedudukan yang lebih besar dengan hanya melaburkan sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhannya.

Sesuai untuk Semua Jenis Pedagang: CFD indeks menawarkan semua jenis pedagang peluang untuk memanfaatkan peralihan harga. Indeks mencerminkan senario ekonomi yang lebih luas bagi sesebuah negara atau wilayah, sekali gus mengurangkan risiko buat pedagang yang kurang berpengalaman tentang pasaran saham. Selain itu, pedagang boleh memilih kedudukan mereka berdasarkan selera risiko dan kemampuan dagangan masing-masing.

Walaupun terdapat berbilang indeks yang didagangkan di seluruh dunia, indeks yang paling popular adalah:

  • Indeks Semua Dunia FTSE

  • S&P 500

  • DJIA

  • Nasdaq Composite

  • US30

  • US500

  • US Tech 100

  • DAX

  • S&P/ASX 200

  • FTSE 100

  • CAC40

  • Euro Stoxx 50

  • Nikkei 225

Apakah Jenis-jenis
CFD Indeks yang Ada?

CFD Indeks Tunai adalah jenis kontrak untuk perbezaan yang membolehkan pelabur untuk menjejaki peralihan dan dagangan indeks dasar. Harga bagi kontrak ini mungkin berbeza daripada tahap indeks sebenar kerana CFD indeks adalah bertujuan untuk mencerminkan gambaran terbaik bagi harga tunai sesuatu pasaran pada masa akan datang. Untuk ini, sebut harga diambil daripada kontrak akan datang sambil melaraskannya untuk faedah dan dividen (pelarasan nilai adil).

Nilai adil adalah pengiraan teoretikal bagi nilai kontrak dagangan masa hadapan, dengan mengambil kira nilai nilai indeks semasa, sebarang dividen yang telah dibayar untuk saham di dalamnya serta kadar faedah semasa. Sesetengah broker mengenakan pelarasan dividen selepas akhir hari perniagaan, sama ada sebagai pelarasan tunai ke dalam akaun dagangan pedagang atau disertakan dalam kadar swap akhir hari.

CFD ditawarkan dalam dua cara: salah satunya adalah sebagai pembuat pasaran dan satu lagi melalui Akses Pasaran Langsung (DMA). Broker terkemuka menawarkan kedua-dua pilihan, sambil kekal telus tentang komisen dan tahap spread masing-masing.

Akses
Pasaran Langsung

Model akses pasaran langsung membolehkan pedagang CFD untuk melihat kemudian berinteraksi dengan buku-buku bursa ekuiti global. Pedagang merupakan peserta pasaran bersepadu apabila mereka memilih model DMA. Perintah yang ditempatkan oleh pedagang akan dibawa terus ke dalam pasaran dasar sebenar, tanpa campur tangan pengedar. Hal ini bermakna pelaksanaan dan dagangan dilakukan pada masa nyata atau pada harga pasaran langsung.

Dalam model ini, harga adalah serupa dengan pasaran dasar, menjadikannya suatu sistem yang amat telus. Pedagang boleh melihat perintah mereka yang sedang dilindung nilai dalam pasaran dasar, menyertai bidaan atau menawarkan urutan kemudian mengambil bahagian dalam fasa pembukaan dan penutupan pemadanan dagangan. Pilihan ini bukan sahaja membolehkan pedagang untuk menikmati manfaat daripada dagangan CFD, malah semua manfaat daripada dagangan saham.

Apabila pedagang memilih DMA, mereka boleh memilih untuk membida/menawarkan atau memilih urutan membeli/menjual. Hal ini menawarkan peluang kepada pedagang untuk masuk pada harga yang lebih rendah berbanding menerusi broker. Kepantasan dan kecekapan platform perisian yang digunakan menjadi peranan utama dalam kepantasan masuk atau keluar dagangan. Ketahui lebih lanjut tentang dagangan CFD DMA sebelum anda bermula.

Model Pembuat Pasaran untuk Saham, Indeks, Forex dan Komoditi

Ini adalah pilihan kedua, di mana pembekal CFD pembuat pasaran menerima pesanan daripada klien mereka kemudian mengesahkan dagangan CFD dengan pedagang. Pembuat pasaran mempunyai pelbagai pilihan untuk melindung nilai kedudukan dasar, seperti perintah menyeimbang terhadap pedagang lain, membeli saham, opsyen, waran atau dagangan masa hadapan bagi memastikan ia kekal dalam kedudukan neutral pasaran.

Perubahan utama dalam model ini adalah harga tersebut dapat menganggarkan pasaran dasar. Antara perkara penting untuk diingati di sini adalah:

  • CFD tidak dilindung nilai secara langsung dalam pasaran fizikal dasar. Sebaliknya, pembuat pasaran memutuskan titik tersendiri untuk melindung nilai kedudukan CFD. Oleh itu, harga ini adalah tidak sama seperti harga dalam pasaran dasar.

  • Pelaksanaan perintah adalah lebih perlahan, kerana keputusan untuk melindung nilai kedudukan CFD bergantung pada pembuat pasaran.

  • Harga dikawal oleh pembekal CFD.

  • Namun begitu, harga dan kedalaman biasanya mencerminkan pasaran dasar, walaupun ia bukan suatu jaminan.

Sesetengah broker menawarkan kedua-dua pilihan buat pedagang yang berhasrat untuk mendagangkan CFD indeks. Dalam kontrak jenis spread, pembekal CFD bertindak sebagai pembuat pasaran dan menetapkan harga beli/jual di atas atau di bawah paras harga pasaran semasa. Perbezaan antara harga pasaran, harga bida dan harga tanya adalah spread. Broker ini tidak mengenakan sebarang komisen untuk pedagang ini dan caj perkhidmatannya ditanggung menerusi spread itu sendiri.

Apakah Terma Lazim yang Digunakan
dalam Dagangan CFD Indeks?

Sebelum anda memulakan dagangan CFD indeks, anda perlu sedar
akan terma lazim yang terlibat dalam dagangan CFD:

  • Dagangan Berleveraj: Proses ini membolehkan pedagang untuk mengambil kedudukan yang lebih besar daripada dana yang tersedia dalam akaun dagangan mereka. Nisbah leveraj adalah jumlah leveraj yang dibekalkan oleh broker, yang boleh menjadi setinggi 500:1.

  • Margin Awalan: Ini adalah jumlah yang perlu didepositkan pedagang ke dalam akaun dagangan mereka sebelum memulakan sebarang kedudukan. Sebagai contoh, sekiranya pedagang berhasrat untuk menyertai dagangan bernilai $250,000 Dolar Australia dan leveraj yang tersedia ialah 20:1, jumlah margin awalan akan menjadi $12,000 Dolar Australia atau 20% daripada jumlah keseluruhan.

  • Margin Bebas: Ini merujuk kepada dana yang tersedia dalam akaun dagangan pedagang dan tidak digunakan untuk kedudukan terbuka.

  • Baku atau Ekuiti Bebas: Ini adalah jumlah wang tunai serta sebarang untung atau rugi bersih pada sesuatu akaun dagangan. Ini dikira berdasarkan kedudukan cair pedagang.

  • Panggilan Margin: Apabila jumlah dalam akaun dagangan jatuh di bawah jumlah minimum yang dinyatakan oleh broker, pedagang akan dimaklumkan tentang jumlah deposit yang diperlukan dalam akaun dagangan mereka. Inilah yang dikenali sebagai panggilan margin.

  • Harga Bida dan Tanya: Harga bida merupakan titik harga yang pembeli sanggup untuk membeli sesuatu aset, manakala harga tanya ialah harga yang pembeli sanggup untuk menjual asetnya. Oleh itu, jika seseorang pedagang membuka kedudukan panjang, perintah berkenaan akan dilaksanakan pada harga tanya, manakala jika pedagang membuka kedudukan pendek, perintah akan dilaksanakan pada harga bida.

  • Spread: Inilah perbezaan antara harga bida dan harga tanya untuk instrumen dagangan yang juga merupakan kos kepada pedagang. Harga bida biasanya adalah lebih tinggi berbanding harga instrumen semasa, manakala harga tanya biasanya lebih rendah berbanding harga semasa.

  • Lot: Ia adalah saiz kedudukan minimum bagi sesuatu dagangan.

  • Kedudukan Panjang: Kedudukan panjang merujuk kepada pembelian sesuatu CFD indeks dengan harapan bahawa nilai pasaran sesuatu aset akan meningkat dalam masa terdekat.

  • Kedudukan Pendek: Kedudukan pendek merujuk kepada pembelian sesuatu CFD indeks dengan harapan bahawa nilai pasaran sesuatu aset akan menurun.

  • Henti Rugi: Perintah henti rugi merupakan alat pengurusan risiko, yang digunakan untuk melindungi pedagang daripada kerugian besar, sekiranya pasaran beralih pada arah yang berlawanan daripada dagangan mereka. Perintah ini akan menyeru penutupan automatik bagi kedudukan terbuka, sebaik sahaja harga menurun pada tahap yang dipratetapkan oleh pedagang.

  • Ambil Untung: Ini adalah alat pengurusan yang memastikan penutupan automatik bagi sesuatu kedudukan sebaik sahaja harga aset mencapai sasaran untung yang dipratetapkan. Alat ini digunakan untuk menghalang kebocoran untung, sekiranya pembalikan harga yang tidak diduga berlaku sebelum pedagang menutup kedudukan mereka.

  • Hentian Penjejakan: Ini adalah jenis perintah henti rugi yang mengalihkan tahap henti rugi secara automatik apabila harga aset dasar mengalami naik turun. Contohnya, jika pedagang menetapkan hentian jejakan sebanyak 10 pip pada sesuatu kedudukan, kedudukan tersebut akan kekal terbuka hingga harga pasaran beralih di sebaliknya sebanyak 10 mata. Kedudukan akan ditutup sebaik sahaja hentian penjejakan dicapai.

  • Perintah Menunggu: Perintah ini disediakan dengan arahan oleh pedagang untuk membuka atau menutup kedudukan pada harga sasaran.

Bagaimanakah Cara untuk Mula Berdagang
CFD Indeks?

Langkah pertama adalah dengan membuka akaun dengan broker yang berdaftar dengan pihak berkuasa perundangan, seperti CySec, ASIC atau FCA. Broker yang dikawal selia beroperasi dalam lingkungan undang-undang dan panduan yang ditetapkan, demi kepentingan pedagang. Ini membantu menawarkan sebuah pengalaman dagangan yang selamat.

Beberapa faktor lain juga perlu dipertimbangkan sebelum memuktamadkan pilihan broker, seperti:

  • Senarai CFD Indeks yang ditawarkan untuk dagangan

  • Tahap leveraj yang ditawarkan

  • Spread dan komisen yang dikenakan

  • Keperluan margin

  • Jenis sokongan pelanggan yang tersedia

  • Platform dagangan yang ditawarkan untuk dagangan. MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 adalah antara platform dalam talian popular untuk dagangan CFD.

  • Kepantasan pelaksanaan perintah

  • Kaedah pelarasan dividen

  • Pilihan pembayaran yang ditawarkan

  • Perlindungan baki negatif

Kebanyakan broker CFD menawarkan pedagang baru pilihan untuk membuka akaun demo. Ini adalah untuk membiasakan pedagang baru dengan pengalaman berdagang dan membangunkan strategi dagangan yang paling sesuai dengan situasi kewangan mereka. Akaun demo ini berfungsi dalam cara yang sama seperti akaun live, tanpa merisikokan wang sebenar. Tiada tarikh akhir pada akaun demo. Sebaik sahaja anda selesa berdagang menerusi akaun demo, anda boleh beralih kepada akaun live. Pilihan broker terbaik adalah broker yang berlesen dan dikawal selia. Di Australia, semua broker terkemuka mempunyai Lesen Perkhidmatan Kewangan (AFSL). Pastikan anda membaca kenyataan pendedahan produk (PDS) dan sebarang amaran risiko yang berkaitan.

CFD adalah cara terbaik untuk mengambil bahagian dalam pasaran saham global. Forex yang bersifat global bermakna waktu dagangan beroperasi adalah 24 jam sehari. Ia membolehkan anda untuk melindung nilai pelaburan anda dalam saham individu atau pelbagaikan portfolio anda. Pedagang boleh memilih untuk membuka kedudukan panjang atau pendek, bergantung pada persepsi peralihan harga yang akan datang bagi indeks yang dipilih. Ini membenarkan pedagang untuk memanfaatkan kedua-dua pasaran yang sedang meningkat mahupun menurun.

Mula Berdagang
dalam beberapa Minit

bullet Akses +10,000 instrumen kewangan
bullet Auto buka & tutup kedudukan
bullet Kalendar berita & ekonomi
bullet Penunjuk & carta teknikal
bullet Banyak lagi alat yang disertakan

Dengan memberikan e-mel anda, anda bersetuju dengan dasar privasi FP Markets dan untuk menerima bahan pemasaran yang akan datang daripada FP Markets. Anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa.




Source - database | Page ID - 20362

Get instant Updates in Telegram