Waktu Dagangan Forex

Waktu Pasaran Forex

Salah satu ciri-ciri unik dalam pasaran tukaran asing adalah ia dapat diakses 24 jam setiap hari. Perkara yang membolehkan hal ini berlaku adalah pertembungan waktu dagangan bagi sesi-sesi utama dunia. Apabila satu pasaran utama ditutup, pasaran utama lain akan dibuka. Terdapat 4 sesi dagangan Forex utama:

  • Sydney
    Session

    3pm–12am

    (EST)

  • TOKYO
    Session

    7pm–4am

    (EST)

  • LONDON
    Session

    3am–11am

    (EST)

  • NEW YORK
    Session

    8am–5pm

    (EST)

Semua waktu disenaraikan dalam Waktu Standard Timur (EST) mengikut waktu New York bagi tujuan seragam. Pedagang perlu ambil maklum bahawa negara-negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia turut menggunakan waktu musim panas. Pastikan anda maklum dengan pengaruhnya terhadap waktu tempatan bagi zon masa anda.

Waktu Dagangan MT4 / MT5

MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 merupakan platform dagangan yang paling popular di dunia dan menjadi platform pilihan ramai pedagang harian. Waktu dagangan FP Markets bagi MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 boleh ditemui dalam jadual di bawah. Pedagang forex perlu mengambil kira perkara yang berikut:

  • Waktu pelayan dan carta MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 FP Markets ialah GMT+2 atau GMT+3 (apabila Waktu Jimat Siang New York dikuatkuasakan)

  • Kami beroperasi dengan waktu pelayan ini untuk memastikan minggu dengan 5 lilin harian.

  • Semua pasangan mata wang FX kami didagangkan 24 jam sehari dengan waktu rehat selama dua minit antara 23:59 hingga 00:01. Waktu dagangan bermula pada hari Isnin pada pukul 00:02 dan ditutup pada hari Jumaat pada pukul 23:57

  • Hal ini terpakai kepada semua mata wang termasuk USD, AUD, GBP, EUR and JPY

Forex Liquidity
dan Ketidakstabilan

Kelewatan dan pecahan kecil dalam masa sehari telah dilaksanakan bagi membantu mencegah pembukaan spread sepanjang tempoh ini apabila pembekal kecairan berada di luar talian. Kecairan dalam pasangan mata wang turut bergantung pada waktu dalam masa sehari. Hal ini berlaku disebabkan oleh pengaruh volum dagangan terhadap kecairan pasaran mata wang.

Sebagai contoh, pasangan EUR/USD akan mengalami volum dagangan yang tinggi ketika pertembungan sesi London dan New York. Inilah titik masa yang menyaksikan bilangan pedagang paling tinggi di Amerika Syarikat dan Eropah berada dalam talian.

Perkara yang sama berlaku terhadap Dolar Australia dan Dolar Hong Kong atau Dolar Singapura apabila sesi Tokyo dan Sydney dibuka pada masa yang sama. Tempoh ini bukan sahaja menyaksikan ramai pedagang Australia dan Asia yang paling aktif, malah ia juga merupakan saat bagi data ekonomi kritikal yang akan diumumkan bagi wilayah ini. Sebagai hasilnya, ia menjadi peluang terbaik untuk anda melakukan kedua-dua analisis fundamental dan teknikal bagi mengelakkan senario dagangan berisiko tinggi di samping mengenal pasti peluang dagangan.

Masa terbaik untuk mendagangkan Dolar AS adalah apabila sesi Amerika berada pada kemuncaknya, Dolar Australia ketika kemuncak sesi Sydney dan begitulah selanjutnya. FP Markets merupakan sebuah broker forex yang menawarkan perkhidmatannya kepada pedagang forex daripada semua peringkat kemahiran.

Become a Part of Forex
in 5 Simple Steps

Jadual Waktu Dagangan

Pasangan Forex Isnin 00:02 – 23:59
Pasangan Forex Sehari 00:01 – 23:59
Pasangan Forex Jumaat 00:01 – 23:57
Pasangan CZK Sehari 08:00 – 24:00
Pasangan CZK Jumaat 08:00 – 23:55
USDRUB Sehari 10:00 – 23:50
USDCLP Sehari 15:50 - 19:10
USDCOP Sehari 17:00 - 20:50
USDTWD Sehari 03:10 - 23:00

Mari berhubung

+61 2 8252 6800

[email protected]

PEJABAT

Sydney

Mula Berdagang
dalam beberapa Minit

bullet Akses +10,000 instrumen kewangan
bullet Auto buka & tutup kedudukan
bullet Kalendar berita & ekonomi
bullet Penunjuk & carta teknikal
bullet Banyak lagi alat yang disertakan

Dengan memberikan e-mel anda, anda bersetuju dengan dasar privasi FP Markets dan untuk menerima bahan pemasaran yang akan datang daripada FP Markets. Anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa.




Source - cache | Page ID - 2473

Get instant Updates in Telegram