Dagangan Leveraj

Apakah Leveraj?

Leveraj adalah antara ciri-ciri yang paling penting dalam dagangan forex dan CFD. Ia merupakan alatan berkuasa yang membolehkan pedagang untuk mendapatkan pendedahan yang lebih luas dengan membuka kedudukan yang jauh lebih besar berbanding jumlah yang diperlukan untuk membuka dagangan tersebut. Untuk membuka dagangan, pedagang hanya perlu memastikan keperluan margin ada dalam akaun dagangan mereka.

Ini dikenali sebagai dagangan margin dan juga sebuah konsep yang digunakan dalam dagangan pasaran kewangan menggunakan platform dagangan seperti MetaTrader 4, MetaTrader 5 dan Iress. Adalah penting untuk memahami cara leveraj berfungsi sebelum anda mula berdagang. Hal ini membolehkan anda untuk memaksimumkan pulangan dan mengehadkan potensi kerugian menerusi alatan pengurusan risiko.

Terma Leveraj Penting

Terdapat beberapa istilah utama yang perlu difahami sebelum
memahami fungsi leveraj. Pasangan berkenaan adalah:

Margin Awalan: Jumlah wang yang diperlukan untuk membuka kedudukan dagangan.

Margin: Jumlah keseluruhan yang diperlukan untuk membuka dan mengekalkan kedudukan dagangan. Ini merangkumi margin awalan, sebarang caj pembrokeran seperti kadar swap yang diperlukan untuk mengekalkan kedudukan semalaman dan sebarang potensi panggilan margin.

Nisbah Leveraj: Dalam kata lain, jumlah pendedahan yang anda dapat perolehi seiring dengan modal yang dilaburkan. Ia boleh terlingkung bermula 2:1 (dua kali ganda deposit awalan) dengan jumlah leveraj sehingga 30:1 (30 kali ganda deposit awalan).

Menggunakan maklumat di atas, leveraj merujuk kepada penggunaan dana yang dipinjam untuk menggandakan saiz kedudukan dagangan. Pedagang tidak memerlukan jumlah keseluruhan dagangan yang tersedia dalam akaun dagangan mereka. Sebaliknya, mereka hanya perlu mendeposit margin awalan untuk membuka kedudukan, tetapi menjana pendedahan kepada jumlah yang lebih besar, bergantung pada leveraj yang ditawarkan.

Misalnya, anda boleh berdagang dengan nisbah leveraj 10:1. Ini bermakna anda akan dapat membuka kedudukan yang 10 kali ganda lebih besar daripada saiz deposit awalan. Dengan hanya $1,000 dalam akaun dagangan, anda dapat membuka kedudukan dengan jumlah keseluruhan sebanyak $10,000.

Bagaimana Leveraj Berfungsi?

Penggunaan leveraj adalah lazim dalam pasaran forex dan manfaatnya boleh ditunjukkan menerusi perbandingan ringkas kepada saham dagangan. Dengan dagangan pasaran saham, anda diperlukan untuk membayar nilai keseluruhan bagi saham yang ingin dibeli. Andaikan anda ingin membeli 1,000 saham Woolworths pada harga $50 setiap saham. Anda memerlukan $50,000 untuk melaksanakan dagangan tersebut.

Secara bandingan, jika anda ingin membeli CFD saham yang menawarkan nisbah leveraj sebanyak 20:1, anda hanya memerlukan 5% daripada nilai keseluruhan kedudukan tersebut. Dalam senario di atas, anda boleh mendapatkan pendedahan bagi saham Woolworths yang bernilai $50,000 dengan hanya $2,500. Pada masa yang sama, pelaburan sebanyak $50,000 akan memberikan anda pendedahan sebanyak $1,000,000 (20 kali ganda pelaburan awalan anda).

Jenis Produk Berleveraj yang Berbeza

FP Markets menawarkan dagangan berleveraj bagi 10,000+ instrumen kewangan merentasi pasaran kewangan global terbesar. Hal ini membolehkan pedagang untuk menjana keuntungan daripada ketidakstabilan pasaran dengan memanfaatkan peralihan harga, walau sekecil mana sekalipun. Produk berleveraj yang paling popular adalah forex dan Kontrak Untuk Perbezaan (CFD).

Forex

Leveraj adalah salah satu daripada faktor utama yang menyumbang kepada populariti dagangan forex. Dengan pulangan dagangan bernilai bertrilion dolar setiap hari, pasaran forex merupakan pasaran kewangan terbesar di dunia. Dagangan forex melibatkan pembelian satu mata wang dan penjualan mata wang lain secara serentak.

Kontrak untuk Perbezaan (CFD)

CFD merupakan kontrak di mana anda menukarkan perbezaan harga bagi aset dasar tanpa memiliki aset tersebut. Salah satu daripada tarikan utama dalam dagangan CFD adalah ia merupakan sejenis produk berleveraj.

Lain-lain

Dalam perkhidmatan kewangan, terdapat beberapa produk berleveraj termasuk dagangan masa hadapan, opsyen dan dana dagangan tukaran (ETF).

Pasaran Manakah yang Anda Boleh
Aplikasikan Leveraj?

Di FP Markets, rangkaian produk berleveraj kami termasuklah forex dan CFD dalam saham, komoditi, logam, indeks dan mata wang kripto. Berikut adalah perincian bagi pasaran yang anda boleh aplikasikan leveraj.

Forex

Pasangan mata wang dalam forex dibahagikan kepada tiga kategori:

Mata wang utama

Pasangan yang melibatkan Dolar Amerika sebagai mata wang dasar atau sebutan, merupakan pasangan yang paling kerap didagangkan serta mempunyai spread paling kecil. Contohnya adalah EUR/USD dan AUD/USD

Minor

Pasangan ini terdiri daripada mata wang utama tetapi tidak melibatkan Dolar Amerika. Contohnya adalah GBP/CAD dan EUR/AUD.

Eksotik

Pasangan ini boleh melibatkan wang utama dengan mata wang dari pasaran yang sedang berkembang. Ketidakstabilan tinggi dan kecairan rendah biasanya menggambarkan spread yang lebih luar untuk mata wang eksotik. Contohnya adalah AUD/MXN dan JPY/NOK.

CFD

FP Markets menawarkan dagangan CFD berleveraj dalam beberapa produk termasuk:

Saham

10,000+ CFD saham Australia dan antarabangsa merentasi empat benua. Dagangkan syarikat terbesar di dunia termasuklah Apple, Facebook, Alphabet, Tesla dan Walmart.

Komoditi

Nikmati dagangan berleveraj bagi komoditi utama seperti West Texas Intermediate Crude Oil (WTI), Brent Crude Oil dan gas asli. Dengan korelasi negatif kepada kelas aset tradisional, komoditi biasanya digunakan sebagai sebahagian daripada strategi dagangan pengurusan risiko.

Logam

Dagangkan harga spot bagi logam berharga termasuk emas, perak, platinum dan paladium.

Indeks

Dengan FP Markets, anda boleh mendagangkan dagangan masa hadapan bagi indeks CFD dari seluruh dunia pada margin yang bermula daripada 1%. Dagangkan bursa global terbesar termasuk NYSE, NASDAQ, LSE dan ASX.

Mata Wang Kripto

Beli dan jual mata wang kripto tanpa perlu menggunakan dompet digital. Dagangkan mata wang kripto yang pali popular termasuk Bitcoin, Ethereum, XRP (Ripple), Bitcoin Cash dan Litecoin menggunakan CFD mata wang kripto.

Kelebihan dan Kelemahan Penggunaan Leveraj

Terdapat beberapa manfaat yang ditawarkan menerusi dagangan berleveraj, tetapi penting untuk anda memahami risiko yang terlibat. Hal ini dapat membantu anda memaksimumkan keuntungan sambil mengehadkan pendedahan risiko anda.

Kelebihan

Potensi keuntungan yang lebih baik: Menerusi akses kepada dana tambahan yang tersedia dalam akaun anda, kini anda boleh meningkatkan potensi keuntungan anda menerusi dagangan berleveraj. Dengan jumlah yang diperlukan untuk membuka kedudukan yang terhad kepada margin, keuntungan dagangan anda boleh digandakan.

Tiada faedah: Walaupun tiada akses kepada dana yang lebih banyak, tiada faedah yang perlu dibayar. Sebarang dagangan normal yang berkaitan dengan pembelian mana-mana aset lain akan dikenakan faedah yang berkaitan. Apabila berdagang dengan leveraj, FP Markets menawarkan jumlah tambahan yang diperlukan untuk membuka dagangan tanpa mengenakan sebarang faedah.

Sekatan masuk yang rendah: Dengan FP Markets, anda boleh membuka akaun dagangan dengan serendah $100. Bergantung pada instrumen yang didagangkan, anda boleh membuka kedudukan dengan nilai keseluruhan sekitar nilai ribu menerusi penggunaan leveraj.

Melindung Nilai: Leveraj boleh dimanfaatkan sepenuhnya dalam melindung nilai, sebagai sebahagian daripada strategi pengurusan risiko. Ia membolehkan pelabur untuk melindung nilai terhadap risiko tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal yang besar.

Peluang Dagangan: Rangkaian produk berleveraj seperti forex boleh didagangkan 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Digabungkan dengan keupayaan untuk berdagang dalam kedua-dua arah (kedudukan panjang dan pendek terbuka), lebih banyak peluang dagangan dapat dicipta.

Kekurangan

Dengan keupayaan untuk membuka kedudukan yang jauh lebih besar, pedagang juga perlu sedar akan kekurangan yang terlibat dalam dagangan berleveraj. Ini termasuklah dan tidak terhad kepada:

Kerugian berganda:Walaupun penggunaan leveraj dapat meningkatkan potensi keuntungan anda, ia juga dapat menggandakan kerugian anda. Inilah sebabnya penting untuk anda mewujudkan pelan dagangan yang mengambil kira selera risiko anda dan memberikan strategi bagi menguruskan ketidakstabilan pasaran. Pedagang yang tidak berpengalaman boleh berlatih menggunakan Akaun Demo yang membolehkan anda mempelajari dan menguji strategi dagangan menggunakan mata wang maya.

Panggilan Margin: Sentiasa ada kemungkinan yang dapat menyebabkan anda kerugian melebihi jumlah yang terdapat dalam akaun dagangan anda. Sekiranya kerugian anda melebihi baki akaun, anda akan diberikan panggilan margin. Penggunaan strategi pengurusan risiko seperti penggunaan perintah henti rugi dapat menghalang perkara ini daripada terjadi.

Kos Dagangan: Bergantung pada saiz dan jenis kedudukan anda (panjang atau pendek), mungkin terdapat yuran yang dikenakan untuk mengekalkan kedudukan ini semalaman. Kadar swap dan caj-caj lain juga perlu diambil kira sebelum melaksanakan sebarang dagangan.

Hal ini menekankan lagi kepentingan untuk melaksanakan teknik dan strategi pengurusan risiko dalam dagangan.

Which Markets Can You
Use Leverage on?

Nisbah leveraj adalah seiring dengan jumlah pendedahan yang anda bakal perolehi menerusi pelaburan awalan anda. Jumlah leveraj yang ditawarkan mungkin berbeza berikutan beberapa faktor yang berbeza termasuklah instrumen kewangan yang didagangkan, saiz kedudukan dan jenis akaun.

Nisbah leveraj biasa yang ditawarkan bagi akaun pelabur runcit bermula daripada 2:1, 5:1 dan sehingga 30:1. Mereka yang ingin berdagang dengan leveraj yang lebih tinggi perlu menerokai Akaun Pro FP Markets. Klien yang layak akan menikmati jumlah leveraj maksimum sehingga 30:1 bagi beberapa produk termasuklah pasangan mata wang utama, emas dan minyak.

Apakah yang digambarkan
oleh Nisbah Leveraj?

Nisbah leveraj mewakili bahagian hutang berbanding jumlah ekuiti/modal. Modal biasanya diwakili oleh nombor 1, dengan bahagian hutang lain yang boleh diakses oleh pedagang. Nisbah leveraj 20:1 bermakna pedagang boleh menikmati pendedahan yang setara dengan nilai 20 kali ganda modal mereka. Selain itu, ia juga dapat dijelaskan dalam cara yang bertentangan. Maksudnya, keperluan margin adalah 1/20 atau 5% daripada nilai keseluruhan sesuatu dagangan.

Jenis
Nisbah Leveraj

Dalam industri perkhidmatan kewangan, jenis nisbah leveraj yang paling lazim adalah:

Nisbah Hutang kepada Aset = Hutang Hari Ini / Jumlah Aset

Nisbah Hutang kepada Ekuiti = Jumlah Hutang / Jumlah Ekuiti

Nisbah Hutang kepada Modal = Hutang Hari Ini / (Jumlah Hutang + Jumlah Ekuiti)

Nisbah Hutang kepada EBITDA = Hutang Hari Ini / Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan

Nisbah Aset kepada Ekuiti = Jumlah Aset / Jumlah Ekuiti

Soalan Lazim Dagangan Leveraj

Leveraj sentiasa digunakan dalam forex dan dagangan CFD. Tahap leveraj adalah berbeza-beza bergantung pada beberapa faktor termasuklah instrumen kewangan yang didagangkan, jenis akaun, pengalaman dagangan, saiz kedudukan dan perundangan yang terlibat. Tahap leveraj yang lebih tinggi biasanya boleh didapati untuk produk dengan tahap kecairan tinggi seperti pasangan forex dan indeks utama. Untuk dagangan CFD saham, lihat keperluan margin FP Markets.

Mula Berdagang
dalam beberapa Minit

bullet Akses +10,000 instrumen kewangan
bullet Auto buka & tutup kedudukan
bullet Kalendar berita & ekonomi
bullet Penunjuk & carta teknikal
bullet Banyak lagi alat yang disertakan

Dengan memberikan e-mel anda, anda bersetuju dengan dasar privasi FP Markets dan untuk menerima bahan pemasaran yang akan datang daripada FP Markets. Anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa.




Source - database | Page ID - 2501

Get instant Updates in Telegram