Apakah Cara Berdagang Indeks?

Apakah Cara Berdagang Indeks?
Indeks

Cara Dagangan Indeks Dalam Talian

Klik di sini

untuk senarai penuh Indeks
dan spread yang biasa

Anda mungkin pernah melihat nama-nama indeks pasaran saham seperti FTSE 100, S&P 500, Dow Jones, atau DAX 30 dalam berita. Indeks seumpama telah menjadi sebahagian daripada bahasa harian dalam dunia dagangan dan pelaburan, dan atas alasan yang sama juga popularitinya kian terbukti.

Sesebuah indeks menjejaki dan mengukur kompilasi saham yang berkaitan dan digunakan untuk menilai prestasi ekonomi sesebuah sektor, wilayah atau negara. Contohnya, indeks utama seperti Indeks Jerman DAX 30 mengukur prestasi 30 syarikat teratas di Jerman manakala indeks NASDAQ 100 mengukur prestasi sekumpulan syarikat Amerika, khususnya dalam sektor teknologi.

Dengan ribuan saham yang tersedia dalam pelbagai bursa terkemuka di seluruh dunia, indeks menjadi cara yang efisien untuk menjejaki dan mengukur prestasi keseluruhan dan sentimen pasaran, tetapi bagaimanakah cara ia berfungsi?

Bagaimana Cara Indeks Berfungsi?

Lazimnya, sekiranya nilai indeks saham meningkat atau menurun, ia adalah penanda prestasi keseluruhan bagi kesemua saham yang terdapat dalam indeks berkenaan. Walau bagaimanapun, peralihan dalam nilai indeks bukanlah penanda bahawa harga bagi kesemua saham individu dalam indeks tersebut sedang meningkat atau menurun pada masa yang sama. Nilai sesebuah indeks adalah nilai purata dan sementara purata ini mungkin mengalami peningkatan, sesetengah saham tertentu mungkin meningkat nilainya manakala yang lain mengalami penurunan. Ciri-ciri indeks inilah yang membawa kepada persoalan yang lebih penting.

Apakah Manfaat Indeks Dagangan?

Indeks merupakan alternatif yang berkesan bagi pasaran kewangan atas beberapa alasan. Salah satu kelebihan utama dagangan indeks adalah, berbanding dagangan saham individu, indeks membolehkan anda menikmati manfaat daripada prestasi keseluruhan bagi sekumpulan saham tertentu. Ini bermakna jika anda satu syarikat mengalami kegagalan, nilai sesebuah indeks masih boleh meningkat, manakala jika anda memegang saham dalam sebuah perniagaan yang sedang meleset, anda mungkin kerugian jumlah pelaburan anda. Indeks menawarkan pemelbagaian segera berbanding pasaran saham.

Selain itu, dagangan indeks adalah lebih stabil berbanding dagangan pasaran kewangan lain kerana saham individu boleh menyebabkan peningkatan harga secara mendadak. Inilah yang menjadikan peralihan harga indeks lebih lancar. Walau bagaimanapun, indeks sering kali menggambarkan kesan yang lebih meluas atas perubahan ekonomi dan politik, jadi ia masih membawa kepada ketidakstabilan yang mencukupi bagi membolehkan pedagang untuk menemui peluang dagangan yang menguntungkan. Indeks turut membawa manfaat dengan mewujudkan pasaran dengan manipulasi pasaran yang kecil.

Walau bagaimanapun, seperti pasaran kewangan lain, indeks turut mempunyai beberapa kelemahan. Sesetengah indeks adalah lebih cair berbanding yang lain. Ini bermakna bahawa sesetengah indeks mungkin lebih sukar untuk didagangkan dan mungkin melibatkan kos dagangan yang lebih tinggi. Selain itu, walaupun sesetengah pedagang boleh melakukan dagangan selepas waktu dagangan, dagangan indeks biasanya terhad pada waktu dagangan pasaran saham standard. Oleh yang demikian, mungkin terdapat lebih banyak jurang pasaran berbanding pasaran lain seperti forex yang biasanya didagangkan 24 jam setiap hari.

Walaupun terdapat kekurangan ini, indeks sentiasa ditampilkan dalam tajuk berita kewangan utama, kerana sentiasa terdapat potensi untuk menjana keuntungan daripadanya. Ini bermakna, dengan berbekalkan perancangan dan usaha yang berkesan, tidak mustahil untuk anda memperoleh keuntungan dan berdagang indeks dengan berjaya.

Bagaimanakah Indeks Didagangkan Dalam Talian?

Indeks adalah bersifat nosional sepenuhnya, jadi satu-satunya cara untuk mendagangkannya adalah menerusi produk yang mencerminkan prestasinya. Produk-produk tersebut termasuklah dagangan masa hadapan, dana dagangan tukaran (ETF), kontrak untuk perbezaan (CFD), dan dana indeks. CFD barang kali adalah cara yang paling popular untuk mendagangkan indeks atas alasan yang munasabah. Instrumen kewangan ini membolehkan pedagang untuk membuat spekulasi terhadap peralihan harga indeks tanpa perlu memiliki aset dasar tersebut.

Mengapa Berdagang CFD Indeks?

Antara kelebihan utama dalam dagangan indeks menerusi CFD adalah, tidak seperti pelaburan biasa, CFD membolehkan anda untuk menjana keuntungan dalam kedua-dua pasaran yang menurun dan meningkat. Selain itu, CFD turut memberikan anda kelebihan berbanding produk lain yang anda gunakan untuk berdagang indeks.

Contohnya, tidak seperti dagangan masa hadapan, jika anda berdagang CFD, ia tidak mempunyai tarikh luput. Ini bermakna dengan CFD, anda boleh memilih untuk mengekalkan kedudukan terbuka anda melepasi tarikh tertentu hingga anda mencapai margin keuntungan tertentu. Dagangan masa hadapan indeks turut melibatkan elemen seperti premium pendahuluan bagi faedah yang mungkin begitu mengelirukan.

Sekiranya anda mempunyai akaun dagangan yang amat kecil, dagangan ETF pula tidak begitu fleksibel seperti dagangan CFD. CFD adalah produk berleveraj, dan anda boleh mula berdagang pada margin yang biasanya hanya sebahagian kecil daripada modal yang diperlukan. Dalam kata lain, CFD indeks biasanya lebih mudah difahami dan didagangkan berbanding produk lain.

Bagaimana Cara untuk Berdagang CFD Indeks?

Walaupun CFD adalah instrumen kewangan yang kompleks, pendekatan yang betul dapat meningkatkan peluang kejayaan anda dalam pasaran CFD. Anda boleh memecahkan pendekatan anda seperti berikut:

1. Fahami Pasaran

Seperti pasaran lain, penting untuk anda memahami cara sesuatu perkara itu berfungsi. Dengan CFD indeks, anda perlu memahami cara CFD berfungsi sebagai tambahan kepada mengetahui cara dagangan indeks berfungsi. Dalam mengenal pasti aspek yang berbeza dalam dagangan indeks, penting untuk anda tidak terlepas pandang perkara-perkara asas berikut.

Bagaimana cara indeks saham dikira

Sebelum anda menilai prestasi sesebuah indeks, penting untuk anda memahami cara harganya dikira. Formula berbeza digunakan untuk mengenal pasti harga indeks, tetapi ia boleh digolongkan kepada dua kategori utama.

Indeks dipengaruhi nilai pasaran

Indeks dipengaruhi pasaran dikira berdasarkan jumlah permodalan daripada syarikat yang terkandung di dalamnya. Majoriti bagi indeks global dikira dalam cara ini, misalnya FTSE 100 dan DAX 30. Dengan mengambil kira permodalan, maksudnya lebih tinggi nilai pasaran keseluruhan sesebuah syarikat, lebih besar impaknya terhadap nilai indeks.

Contohnya, andaikan jumlah keseluruhan bagi semua saham dalam sesebuah indeks bernilai $100 juta. Jika permodalan pasaran syarikat A bernilai $3 juta dan syarikat B bernilai $10 juta, syarikat A bernilai 3% daripada indeks tersebut sementara syarikat B bernilai 10%. Hal ini bermakna syarikat B akan mempunyai impak yang lebih besar terhadap nilai indeks berbanding syarikat A.

Dengan sistem pengaruh nilai pasaran, pengaruh bagi setiap saham dikira sebagai (Harga saham x bilangan saham) / permodalan pasaran bagi semua saham.

Indeks dipengaruhi harga

Nilai bagi indeks-indeks ini dikira berdasarkan harga saham bagi syarikat yang terkandung di dalam setiap indeks. Dalam hal ini, syarikat dengan harga saham yang lebih tinggi akan mempunyai impak yang lebih besar terhadap indeks keseluruhan berbanding syarikat dengan harga saham yang lebih rendah. Contohnya, syarikat dengan harga saham sebanyak $2,000 akan mempunyai 50 kali ganda lebih pengaruh berbanding syarikat dengan harga saham sebanyak $40. Dow Jones Industrial Average dan Nikkei 225 adalah antara contoh indeks dipengaruhi harga.

Cara indeks dianalisis

Setiap indeks adalah sedikit berbeza berbanding yang lain, jadi anda perlu memahami perincian bagi setiap satunya, seperti waktu dagangan dan pengaruhnya. Penting juga untuk anda mengetahui cara indeks dianalisis dari segi teknikal dan fundamental. Menggunakan analisis teknikal, anda boleh mengkaji corak dan trend untuk mengenal pasti tahap sokongan dan rintangan yang menjadi penanda penting bagi sasaran harga dan titik pembalikan akan datang.

Menggunakan analisis fundamental, anda dapat melihat pada elemen yang mempengaruhi harga ekuiti berkenaan. Faktor-faktor seperti laporan pendapatan dan perundangan baru boleh membawa kepada impak besar terhadap sesebuah indeks. Data ekonomi juga boleh mempengaruhi nilai sesebuah indeks.

Contohnya, pengumuman data utama seperti laporan pengangguran, laporan keyakinan pengguna dan data inflasi boleh menjadi pemacu utama dalam sentimen pasaran, seterusnya mempengaruhi prestasi indeks. Oleh itu, anda perlu berupaya untuk mengenal pasti sebarang peristiwa pasaran yang dapat mempengaruhi peralihan harga.

Pertalian antara indeks dan pasaran lain

Memandangkan indeks adalah gabungan bagi saham individu, terdapat beberapa pertalian penting antara nilai indeks dan pasaran lain yang berkaitan. Pasaran forex adalah salah satu daripada pasaran berkaitan yang boleh mempengaruhi peralihan harga indeks. Sering kali terdapat pertalian erat antara kekuatan indeks saham domestik sesebuah negara dengan prestasi mata wang negara tersebut. Misalnya, nilai bagi indeks Dow Jones dan Wall Street cenderung untuk dipengaruhi oleh prestasi Dolar A.S. dalam pasaran.

Pasaran ekuiti turut mempunyai pertalian dengan pasaran indeks dan boleh mempengaruhi peralihan harga indeks. Contohnya, indeks S&P 500 menggambarkan prestasi pasaran ekuiti A.S. manakala DAX 30 merupakan pengukur penting bagi pasaran saham Jerman. Selain itu, perubahan ketara terhadap harga saham dalam sektor tertentu boleh menjejaskan nilai indeksnya, terutamanya jika pasaran tersebut membentuk sebahagian besar indeks tertentu yang anda ingin dagangkan.

Sebelum mula berdagang, penting untuk anda memahami komponen yang membentuk indeks pilihan anda serta cara peristiwa pasaran global yang berkaitan dapat mempengaruhinya. Mendalami pasaran dapat membantu anda mengelakkan kesilapan dagangan yang dapat menghalang anda daripada berjaya dalam pasaran.

2. Cari Indeks yang Anda Selesa

Sebelum mula berdagang, anda perlu memilih indeks yang anda benar-benar fahami. Anda mesti memahami cara dan alasan harga tersebut beralih. Sebelum mula berdagang dalam pasaran, anda perlu memperhalusi pencarian indeks anda dengan menggunakan kajian dan berita pasaran untuk mengenal pasti peluang dagangan dan ketidakstabilan yang ditawarkan oleh setiap indeks.

3. Tentukan Strategi

Strategi dagangan CFD terbaik untuk anda bergantung pada beberapa faktor berbeza, termasuk toleransi risiko dan rangka masa dagangan anda. Antara kaedah lazim yang anda boleh gunakan termasuklah:

Indeks dagangan harian

Dalam dagangan harian, anda membuka dan menutup semua kedudukan anda dalam satu hari yang sama dan dagangan anda biasanya berlangsung selama beberapa jam sahaja.

Indeks scalping

Scalping adalah strategi dagangan bagi tempoh yang amat pendek apabila anda berharap untuk membuka dan menutup kedudukan dalam masa beberapa minit. Dalam kata lain, matlamatnya adalah untuk menjana beberapa keuntungan kecil dengan kerap. Untuk menjana keuntungan lumayan, anda perlu menempatkan beberapa dagangan atau berdagang dalam volum yang tinggi.

Dagangan ayunan

Dagangan ayunan melibatkan rangka masa yang lebih panjang, antara beberapa hari hingga beberapa minggu, malah beberapa bulan. Tidak seperti dagangan harian atau scalping, anda tidak perlu memantau kedudukan anda sepanjang masa dengan dagangan ayunan. Hal ini kerana anda tidak akan terpengaruh dengan naik turun kecil harga harian dan anda akan lebih terpengaruh dengan trend jangka panjang.

4. Pilih broker yang bagus

Kualiti broker yang anda pilih boleh, sehingga tahap tertentu, meningkatkan peluang anda untuk berjaya atau gagal dalam pasaran. Berikut adalah antara kualiti terbaik yang anda perlu cari apabila memilih broker.

  • Keselamatan. Broker yang bagus mestilah menawarkan tahap keselamatan yang tinggi terhadap dana anda dan salah satu penanda penting dalam keselamatan adalah kawalan selia.

  • Platform dagangan. Kebanyakan daripada aktiviti dagangan anda akan dilakukan menerusi platform dagangan. Broker anda mestilah membekalkan platform yang mesra pengguna dan stabil dengan semua alatan, maklumat dan kefungsian yang diperlukan untuk berdagang dengan sempurna.

  • Pelaksanaan. Broker anda mestilah menawarkan kepantasan pelaksanaan yang bagus. Misalnya, dalam keadaan pasaran biasa, broker anda perlu melaksanakan dagangan anda pada harga pasaran yang anda lihat apabila anda menempatkan dagangan tersebut, atau sekurang-kurangnya pada harga yang paling hampir dengan harga pilihan anda. Kepantasan pelaksanaan amat penting sekiranya anda seorang pedagang scalp, kerana perbezaan harga dalam beberapa pip sahaja boleh menjadikan dagangan anda tidak lagi menguntungkan.

  • Kos transaksi. Setiap kali anda berdagang, anda perlu membayar yuran tertentu, jadi anda perlu mencari broker yang menawarkan perkhidmatan yang selamat dan dipercayai dengan yuran yang berpatutan.

  • Kemudahan deposit dan pengeluaran. Broker yang bagus akan memastikan proses deposit dana dan pengeluaran keuntungan anda begitu mudah.

  • Sokongan. Anda mesti memilih broker yang mudah dihubungi sekiranya berhadapan dengan masalah.

5. Buka kedudukan dan berdagang

Setelah memilih broker, anda boleh buka akaun dan mula berdagang dalam beberapa langkah.

Langkah 1 | Tentukan arah dagangan anda

Setelah berpuas hati dengan kajian dan analisis pasaran, anda perlu memutuskan arah dagangan anda. Dalam pasaran yang sedang meningkat, anda boleh membuka kedudukan panjang (beli) dan anda boleh membuka kedudukan pendek (jual) apabila anda berasa bahawa nilai sesuatu indeks akan menurun.

Langkah 2 | Tempatkan dagangan anda

Apabila menempatkan dagangan anda, pilih saiz dagangan yang sesuai dengan bajet anda. Mustahak untuk anda meminimumkan kerugian dan melindungi diri daripada sebarang ketidakstabilan yang tidak dijangka menerusi pengurusan risiko yang berkesan. Hal ini demikian kerana trend pasaran tidak selalunya tepat dan pasaran masih boleh beralih pada arah yang tidak diingini. Jangan gunakan leveraj yang keterlaluan dan manfaatkan alatan seperti perintah henti rugi, had, dan hentian terjamin.

Langkah 3 | Pantau dan tutup dagangan anda

Setelah membuka kedudukan terbuka, anda perlu sentiasa peka dengan peralihan pasaran dalam masa nyata dan dapatkan amaran yang dapat membantu anda melakukan keputusan dagangan yang lebih baik. Apabila anda ingin menutup kedudukan, anda boleh melakukannya secara automatik atau dengan menempatkan dagangan secara manual dalam arah yang bertentangan berbanding dagangan asal. Kedudukan anda juga akan ditutup secara automatik apabila anda perintah henti rugi dan had anda dicapai.

Contoh | Membuka kedudukan panjang untuk S&P 500

Andaikan S&P 500 sedang didagangkan pada 2,863.70 dan broker anda memerlukan margin 5%.

Kajian anda mencadangkan bahawa sentimen pasaran adalah positif terhadap S&P 500 dan anda memutuskan untuk membeli dua lot dengan nilai dagangan sebanyak $5,727.40. Oleh kerana broker anda hanya memerlukan 5%, anda membuka kedudukan ini dengan hanya $286.37. Perhatian: Satu saiz lot bermakna anda mendapat untung atau rugi sebanyak $1 bagi setiap mata dalam peralihan harga.

Sekiranya indeks kemudiannya meningkat kepada 3,209.70 dan anda menutup kedudukan tersebut, keuntungan anda akan menjadi $692 ([3,209.70 – 2,863.70] x $1 x 2). Inilah keuntungan anda sebelum mengira spread yang dicaj oleh broker anda untuk dagangan tersebut. Sebaliknya, sekiranya pasaran beralih pada arah yang tidak diingini dengan jumlah mata yang sama, anda akan kerugian sebanyak $692 yang lebih besar daripada margin anda sebanyak $286.77. Di sinilah kepentingan untuk menggunakan leveraj dengan penuh berhati-hati kerana ia dapat menggandakan kerugian anda sebanyak mana ia dapat menggandakan keuntungan anda.

Anda boleh mendagangkan indeks dari seluruh dunia tetapi ada indeks yang lebih mudah didagangkan berbanding yang lain. Untuk membantu anda mencari indeks terbaik untuk didagangkan, kami senaraikan antara pilihan yang popular di bawah.

Indeks Dow Jones Industrial Average atau US30, yang biasanya dikenali sebagai Dow, menjejaki saham bagi 30 syarikat terbesar dan paling berpengaruh di Amerika Syarikat merentasi sembilan sektor. Ia merupakan antara indeks yang tertua dan paling terkemuka di dunia, dengan setiap pergerakannya yang dijadikan sebagai penanda untuk mengukur sentimen risiko global.

Indeks SPX500, yang biasanya dikenali sebagai S&P 500, adalah antara indeks lain yang paling terkemuka di dunia. Ia meliputi 500 syarikat Amerika dan dicipta oleh firma penerbitan, Standard & Poor. Indeks dipengaruhi nilai pasaran ini mempunyai pertalian erat dengan pasaran lain, menjadikannya sebagai pilihan popular dalam kalangan pedagang indeks.

NASDAQ terkenal atas perwakilannya terhadap sektor teknologi. Walaupun ia turut meliputi beberapa sektor lain, hampir separuh daripada saham indeks ini adalah daripada bidang teknologi. NASDAQ merupakan indeks dipengaruhi nilai pasaran bagi lebih 2,500 sekuriti yang disenaraikan dalam bursa saham NASDAQ. Sekuriti dalam indeks ini termasuklah saham lazim, saham jejakan dan amanah pelaburan hartanah.

Indeks saham popular di Eropah

Indeks saham Eropah mewakili rangkaian syarikat merentas Zon Eropah dan antara yang paling popular
termasuklah FTSE 100, DAX 30, CAC 40, dan Stoxx50 Euro.

Indeks FTSE 100, yang turut dikenali sebagai UK 100, meliputi beberapa syarikat terbesar yang dikawal selia oleh undang-undang UK dan berfokuskan pada tenaga, perlombongan, minyak dan gas, perkhidmatan kewangan dan sektor farmaseutikal. Perkara yang unik tentang indeks ini adalah bukan semua syarikat yang membentuknya beribu pejabat di UK, tetapi ia didagangkan di London Stock Exchange.

Indeks DAX 30, indeks saham Jerman, meliputi 30 syarikat terbesar dalam Frankfurt Stock Exchange yang berdasarkan permodalan pasaran. DAX adalah antara indeks yang paling kerap didagangkan berikutan ketidakstabilan tingginya yang konsisten berbanding indeks lain.

Sama seperti DAX 30, CAC 40 merupakan indeks saham Perancis yang mewakili harga bagi 40 syarikat terbesar dalam Paris Stock Exchange mengikut permodalan pasaran. Memandangkan Perancis adalah antara ekonomi utama di Eropah, indeks CAC ini digunakan secara meluas untuk menilai kesihatan ekonomi secara keseluruhan.

Indeks Stoxx 50 adalah indeks saham Euronext yang meliputi 50 syarikat terbesar dari Eropah berdasarkan permodalan pasaran. Indeks ini biasanya dikenali sebagai Dow Jones Eropah dan ia merupakan pilihan yang bagus jika anda berhasrat untuk mendagangkan ekonomi Zon Eropah secara menyeluruh. Komponen indeks dipengaruhi nilai pasaran ini disemak setiap tahun pada bulan September.

Indeks popular di Australia dan Asia

Walaupun kurang popular dalam kalangan pelabur UK dan A.S. berikutan zon masa yang berbeza, indeks terbaik di Australia dan Asia menawarkan
peluang hebat buat para pedagang.

Indeks Nikkei Stock Exchange (Nikkei 225), yang juga dikenali sebagai Indeks Tokyo Stock Exchange merupakan indeks saham yang paling penting dalam bursa saham Jepun dan menjadi penanda utama bagi prestasi ekonomi Jepun. Indeks Nikkei 225 meliputi 225 syarikat dan memandangkan Jepun merupakan sebuah ekonomi yang berorientasikan eksport, indeks dipengaruhi harga ini mempunyai pertalian rapat dengan pasaran saham A.S.

Indeks AUS 200, yang lebih dikenali sebagai ASX200, meliputi 200 syarikat terbesar di Australia mengikut permodalan pasaran. Syarikat-syarikat ini mewakili sejumlah besar dalam permodalan pasaran saham Australia, jadi indeks ini adalah antara cara terbaik untuk mengukur keadaan pasaran Australia. ASX 200 merupakan sebuah indeks dipengaruhi nilai pasaran.

Dagangkan Indeks Dalam Talian

Dengan pemahaman mendalam tentang dagangan CFD indeks dan pembelajaran berterusan, anda dapat membina kemahiran dagangan anda dan meningkatkan peluang anda untuk berjaya dalam pasaran indeks. Selain itu, dagangan indeks juga dapat membantu anda menjejaki prestasi ekonomi bagi negara dan sektor yang berbeza, di samping menjana keuntungan menerusi pengetahuan ini menerusi pemelbagaian portfolio ke dalam pasaran lain seperti dagangan mata wang.

Mula Berdagang
dalam masa beberapa Minit

Buka akaun sekarang

bullet Akses +10,000 instrumen kewangan
bullet Auto buka & tutup kedudukan
bullet Kalendar berita & ekonomi
bullet Penunjuk & carta teknikal
bullet Banyak lagi alat yang disertakan

Dengan memberikan e-mel anda, anda bersetuju dengan dasar privasi FP Markets dan untuk menerima bahan pemasaran yang akan datang daripada FP Markets. Anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa.





Dapatkan Kemas kini segera di Telegram
Peta Laman | © FP Markets 2020