Apakah Cara Berdagang CFD Emas?

MENU

Apakah Cara Berdagang CFD Emas?

Sejak sekian lama, emas sentiasa dianggap sebagai komoditi yang berharga, atas alasan yang munasabah. Selain daripada berperanan sebagai logam berharga atas permintaan dalam kebanyakan industri, emas merupakan instrumen lindung nilai yang ideal terhadap risiko pasaran kewangan, terutamanya sepanjang tempoh ketidakstabilan makroekonomi dan geopolitik. Lazimnya memang ada permintaan pasaran global yang kukuh terhadap emas, yang menjadikannya suatu komoditi yang paling kerap didagangkan di dunia.

Terdapat beberapa pilihan yang ditawarkan sekiranya anda ingin mendagangkan emas. Anda boleh terus melabur dalam emas fizikal dengan membeli jongkong emas daripada pengedar emas, atau menerusi dana dagangan tukaran (ETF) yang memegang komoditi tersebut. Secara alternatif, anda juga boleh mendagangkan emas menerusi ETF yang menjejaki pergerakan komoditi ini atau membeli CFD (kontrak untuk perbezaan) emas yang menjejaki harga aset dasar. CFD merupakan cara yang paling popular dalam dagangan emas dan tidak sukar untuk memahami alasannya apabila anda tahu cara CFD emas berfungsi.

Bagaimanakah Cara Dagangan CFD Emas Berfungsi?

Kontrak untuk perbezaan (CFD) emas merupakan terbitan yang membolehkan anda mendagangkan aset dasar, iaitu harga emas tanpa perlu memiliki komoditi tersebut. Kelebihan dagangan CFD adalah anda masih dapat menikmati sebarang keuntungan seperti mana jika anda memiliki emas sebenar. Selain itu, CFD didagangkan pada margin, sekali gus memberikan anda pendedahan yang lebih luas terhadap pasaran emas pada sebahagian kecil daripada jumlah sebenar yang diperlukan untuk membeli emas fizikal.

Fungsi dagangan emas adalah sama seperti dagangan forex. Kod dagangan bagi emas di platform dagangan ialah XAU dan kadar tukaran emas yang paling popular disebut dalam Dolar Amerika bagi setiap auns dan disebut sebagai XAU/USD.

Kadar tukaran CFD lain amat berbeza mengikut broker tetapi turut disebut dalam pasangan Euro (XAU/EUR), Pound Sterling (XAU/GBP), Yen Jepun (XAU/JPY) dan Franc Switzerland (XAU/CHF).

Dagangan CFD emas adalah tentang memperolehi keuntungan menerusi peralihan harga emas. Sehubungan itu, kejayaan dalam pasaran kewangan amat bergantung pada kemampuan anda untuk meramal dan menganalisis peralihan pasaran. Antara elemen utama yang dapat membantu anda dalam ramalan harga emas adalah kefahaman anda terhadap faktor yang mempengaruhi harga komoditi ini.

Apakah yang Mempengaruhi
Harga Emas?

There are several factors that
influence the price of gold,
here are some common ones.

1. Gold supply
and demand

Seperti mana-mana kelas aset lain, hukum penawaran dan permintaan amat mempengaruhi harga pasaran. Apabila penawaran tinggi dan permintaan rendah, harga cenderung untuk menurun. Sebaliknya, apabila penawaran rendah dan permintaan tinggi, harga akan lebih cenderung untuk meningkat

permintaan terhadap emas biasanya melebihi nilai penawarannya dan inilah yang sentiasa memastikan nilainya kekal tinggi sepanjang masa. Hal ini juga menjadikan emas begitu unik berbanding komoditi lain yang harganya turut dipengaruhi oleh pengaruhi oleh penawaran dan permintaan.

2. Sentimen Pasaran

Sentimen pasaran di sekeliling emas mempunyai kesan yang lebih besar terhadap harga emas berbanding penawaran dan permintaan. Sentimen dalam kalangan pelabur dan orang awam adalah pemacu harga yang utama. Emas begitu popular dalam kalangan pelabur disebabkan oleh keupayaannya untuk mengekalkan nilai tinggi dengan ketidakstabilan yang rendah,

oleh itu, sekiranya pasaran tidak beraksi seperti yang diharapkan, harga emas akan cenderung untuk meningkat. Dalam kata lain, sebuah pasaran keberuangan cenderung untuk mewujudkan keadaan keberuangan terhadap emas.

3. Economic and
geopolitical conditions

Dengan hubungkait rapat terhadap sentimen pasaran, krisis kewangan dan ketidakstabilan politik dapat mencetuskan ketidakpastian yang menyumbang kepada peralihan harga emas. Misalnya, harga emas mencecah paras tinggi sepanjang masa pada tahun 2011 apabila krisis hutang Zon Eropah melanda benua itu. Perkara yang sama, pada pertengahan tahun 2019, harga emas meningkat sepanjang tempoh tegang perang dagangan antara A.S. dan China. Dalam kedua-dua kes, melabur dalam emas menawarkan kestabilan tertentu dan inilah perkara yang meningkatkan nilai komoditi tersebut.

Harga emas cenderung untuk tidak terjejas sepanjang tempoh ketidakstabilan ekonomi dan ketegangan politik global kerana pelabur akan membeli emas atas status 'simpanan selamat' komoditi ini. Selain itu, keadaan ekonomi turut menjejaskan harga emas. Sepanjang tempoh kemelesetan ekonomi, ramai pelabur melakukan pelaburan dengan risiko yang lebih tinggi, contohnya terhadap ekuiti, untuk aset yang lebih selamat seperti emas. Inilah yang menyumbang kepada peningkatan nilai komoditi tersebut.

4. Currency movements

Emas didagangkan dengan meluas dalam Dolar A.S., maka Dolar mempunyai pengaruh kuat terhadap harga emas. Namun, ini bukanlah kenyataan yang tepat sepanjang masa,

kerana emas juga mempunyai hubungan yang berbalik dengan nilai Dolar A.S., iaitu apabila satu meningkat, satu lagi menurun.

5. Inflation
and deflation

Apabila mata wang menjadi tidak stabil sepanjang tempoh inflasi atau deflasi tinggi, kebanyakan pelabur akan beralih kepada emas untuk melindungi pulangan mereka, dan inilah yang meningkatkan harga komoditi ini.

Apabila inflasi tidak begitu ketara, harga emas cenderung untuk menurun.

6. Kadar Faedah

Walaupun tiada pertalian langsung antara kadar faedah dan harga emas, dan tidak asing juga untuk kedua-dua komponen ini beralih pada arah yang sama, kadar faedah yang lebih tinggi cenderung untuk menurunkan harga emas. Hal ini demikian kerana kadar faedah yang lebih tinggi menawarkan pulangan yang lebih tinggi buat pelabur, yang menjimatkan wang, sekali gus menjadikan emas tidak begitu menarik buat pelabur dan menurunkan nilai wang. Kadar faedah juga merupakan penanda jelas mengenai betapa teruk tanggapan inflasi oleh bank pusat dan hal ini ada kalanya mempengaruhi harga emas.

Mengapa Berdagang
Gold CFDs?

CFD emas mula mendapat tempat dalam pasaran kewangan kerana ia membawa pelbagai manfaat kepada pedagang. Antara manfaat terbesar termasuklah:

  • Kebolehcapaian

    Sementara membeli emas fizikal melibatkan proses yang memakan masa, menyediakan akaun dagangan CFD pula begitu ringkas dan pantas. Membeli emas juga boleh menjadi begitu mahal – harga bagi satu jongkong emas secara purata adalah $50,000. Melainkan anda mempunyai wang yang banyak untuk dilaburkan, dagangan CFD emas merupakan cara yang efektif kos untuk mengakses dan mengambil bahagian dalam pasaran emas.

  • Kecairan

    Dianggarkan volum dagangan emas harian adalah sekitar $70 dan melebihi volum bagi pasangan mata wang utama kecuali EUR/USD, GBP/USD, dan USD/JPY. Volum dagangan tinggi membawa kepada kecairan tinggi terhadap CFD emas. Kecairan tinggi pula bermaksud CFD emas adalah lebih murah untuk didagangkan berbanding instrumen kewangan lain, dan komisen yang dikenakan juga lebih rendah. Selain itu, kecairan tinggi turut bermaksud menjual kontrak CFD menjadi lebih mudah, yang membawa kita kepada manfaat seterusnya.

  • Keupayaan untuk dagangan panjang atau pendek

    Apabila mendagangkan CFD emas, anda tidak perlu risau akan dagangan anda apabila pasaran mengalami kenaikan. Kecairan tinggi bagi CFD emas bermakna anda boleh menjana keuntungan daripada peralihan harga dalam kedua-dua pasaran yang meningkat atau menurun. Sekiranya anda menganggap bahawa harga emas akan meningkat berbanding mata wang tertentu, anda akan membuka kedudukan panjang (beli) dan jika anda menganggap bahawa harga emas akan lebih rendah berbanding mata wang tertentu, anda akan membuka kedudukan pendek (jual).

  • Kestabilan

    Memandangkan CFD membolehkan pedagang untuk menikmati manfaat walaupun ketika pasaran sedang menurun, CFD emas adalah suatu instrumen yang menguntungkan. Ia boleh menawarkan pedagang kestabilan dan peluang untuk berjaya walaupun dalam pasaran yang tidak stabil.

  • Leveraj

    CFD adalah produk kewangan berleveraj. Anda tidak perlu mendeposit dalam jumlah penuh yang diperlukan untuk membuka suatu kedudukan. CFD emas cenderung untuk hadir dengan leveraj yang tinggi, yang boleh diterjemahkan kepada keperluan margin yang lebih rendah. Contohnya, jika anda mendapat leveraj 50:1 pada kedudukan $50,000, anda hanya perlu mendeposit sebanyak $1,000 ke dalam akaun anda untuk membuka kontrak penuh sebanyak $50,000. Begitu juga, anda hanya perlu mendeposit sebanyak $500 dengan leveraj 100:1.

  • Ketidakstabilan

    Pasaran emas adalah begitu tidak stabil dan harganya cenderung untuk mengalami naik turun berbanding pasaran mata wang tradisional seperti EUR/USD yang menyaksikan peralihan harga sekitar 50-100 pip hampir setiap hari. Ketidakstabilan ini memberikan pedagang lebih peluang untuk berjaya dalam pasaran emas.

  • Tiada tarikh luput kontrak

    CFD emas tidak mempunyai tarikh luput dan pedagang boleh memilih sendiri masa yang sesuai untuk menutup sesuatu kedudukan. Ciri-ciri bermanfaat kerana anda boleh mengekalkan kedudukan terbuka hingga anda mendapat margin keuntungan yang diinginkan.

  • Apakah Kekurangan Dagangan CFD Emas?

    Sementara dagangan CFD emas menawarkan pelbagai manfaat kepada pedagang, terdapat beberapa risiko yang turut hadir bersamanya.

  • Risiko yang terlibat dalam penggunaan margin

    CFD emas didagangkan pada margin menggunakan leveraj, yang bermakna bahawa keuntungan pedagang dapat digandakan. Walau bagaimanapun, leveraj sama yang menggandakan jumlah pulangan juga dapat menggandakan kerugian, yang menjadikannya penting untuk digunakan dengan berhati-hati.

  • Permintaan dalam pasaran tidak stabil

    Walaupun dagangan emas boleh dianggap sebagai simpanan selamat apabila pasaran saham tidak dapat dijangka, ketidakstabilan pasaran tinggi juga mungkin tidak berkesan pada setiap masa. Peralihan kecil dalam pasaran boleh membawa impak yang besar terhadap harga emas, dan perkara ini boleh membawa kepada kerugian yang besar.

    Selain itu, apabila pasaran menjadi begitu tidak stabil, potensi untuknya mengalami kejatuhan mendadak begitu tinggi dan ini bermakna anda perlu meneruskan dalam kerugian dan mengekalkan tahap margin anda. Bukan itu sahaja, tetapi anda juga perlu memenuhi panggilan margin pada kadar segera, dan kegagalan untuk bertindak sedemikian akan membawa kepada kedudukan anda untuk ditutup tanpa notis dalam keadaan yang merugikan.

  • Kos untuk memegang kedudukan dalam jangka panjang

    Walaupun pasaran CFD biasanya melibatkan cubaan untuk menjana keuntungan daripada peralihan harga jangka pendek, ada pedagang yang memilih untuk mengekalkan kedudukan mereka untuk jangka panjang. Apabila perkara ini berlaku, broker akan mengenakan kadar yuran penggulungan untuk mengekalkan kedudukan itu terbuka dalam sesetengah kes, ia boleh menjadi begitu mahal. Jadi, penting untuk anda memahami kos sebenar untuk memegang sesuatu kedudukan sebelum memulakan dagangannya kerana ada kalanya hasil yang diperolehi tidak sepadan dengan kos yang dikeluarkan.

Cara untuk Mula Berdagang CFD Emas

Dagangan CFD emas adalah serupa dengan dagangan instrumen kewangan lain – anda perlu tahu cara untuk mengemudi menerusi pasaran. Pasaran CFD adalah kompleks dan ia memerlukan sedikit masa untuk anda memahami selok-beloknya, tetapi anda boleh bermula dengan hanya beberapa langkah.

Langkah 1 | Kenali pasaran

Dagangan CFD emas melibatkan banyak proses ke hulu ke hilir dalam kedua-dua pasaran komoditi dan juga dagangan CFD itu sendiri. Anda perlu memiliki kefahaman mendalam terhadap kedua-duanya. Mendalami pasaran CFD emas adalah langkah mustahak yang dapat membantu anda mengenali bukan sahaja faktor-faktor berbeza yang menjadi penggerak pasaran, tetapi semua perkara asas yang diperlukan untuk anda mengemudi pasaran seperti cara untuk menganalisis pasaran dan kesilapan CFD lazim yang dapat menjadi penghalang anda untuk berjaya.

Langkah 2 | Wujudkan pelan

Bak kata pepatah, “gagal untuk merancang ibarat merancang untuk gagal”. Seperti mana-mana pasaran kewangan lain, pelan yang teguh adalah mustahak dalam dagangan CFD emas. Pelan ini memerlukan beberapa elemen penting tertentu termasuklah matlamat dagangan anda, selera risiko, kaedah analisis pilihan, strategi dagangan dan alatan pengurusan wang dan risiko. Penting juga untuk anda memperincikan kaedah analisis, strategi dan juga peraturan pengurusan wang dan risiko yang terlibat.

Langkah 3 | Kaedah analisis

Dua kaedah lazim dalam analisis harga emas adalah analisis teknikal dan fundamental. Analisis fundamental adalah berdasarkan penelitian terhadap data makroekonomi dan sentimen pasaran dalam cubaan untuk meramal peralihan harga. Pedagang cuba untuk menganalisis kedinamikan ekonomi dunia seperti inflasi, ketidaktentuan politik serta kadar faedah sebenar negatif. Mereka akan menggunakan maklumat tersebut untuk melakukan keputusan yang bermaklumat untuk menempatkan kedudukan yang paling sesuai di pasaran.

Analisis teknikal melibatkan penelitian terhadap peralihan harga dan corak terdahulu untuk meramal peralihan dan trend yang akan datang. Hal ini dilakukan menggunakan aksi harga, corak carta dan penanda dagangan teknikal. Apa jua kaedah analisis yang anda pilih pasti akan membantu anda untuk mewujudkan sebuah strategi yang berkesan, termasuklah tahap masuk dan keluar anda. Anda juga boleh menggunakan kombinasi kedua-dua analisis teknikal dan fundamental dalam menganalisis pasaran.

Langkah 4 | Risiko dan pengurusan risiko wang

Setelah mengetahui tahap masuk dan keluar anda, anda juga perlu mempunyai peraturan pengurusan risiko dan wang. Peraturan ini perlu melibatkan jumlah modal yang anda sanggup risikokan dalam setiap dagangan, kerugian maksimum yang anda sanggup tanggung bagi setiap dagangan serta nisbah risiko/ganjaran anda untuk sebuah portfolio pelaburan yang seimbang.

Anda juga perlu merancang cara untuk meminimumkan risiko tinggi yang terlibat dalam CFD emas sebaik sahaja dagangan dibuka. Ini mungkin melibatkan garis panduan mengenai cara untuk anda menggunakan perintah henti rugi dan had untuk meminimumkan kerugian besar serta risiko yang hadir apabila pasaran beralih menentang anda secara tiba-tiba.

Kualiti pelan anda amat bergantung pada pengetahuan anda tentang pasaran. Misalnya, jika anda tidak tahu bagaimana gelinciran dapat menjejaskan hentian jejakan, maka pelan anda mungkin tidak meliputi penggunaan hentian terjamin itu untuk meminimumkan risiko. Selain itu, merancang dan mengikut pelan yang dirancang adalah lebih penting daripada memiliki pelan yang diabaikan. Mengikuti pelan dapat menyemai disiplin diri, suatu elemen penting untuk dimiliki oleh mana-mana pedagang yang ingin memperoleh keuntungan yang berterusan dalam jangka panjang.

Langkah 5 | Pilih Broker CFD Emas yang Bagus

Bukan semua broker mempunyai teras yang sama. Sesetengah broker akan membantu anda mencapai matlamat dagangan anda dan ada juga yang sengaja mengurangkan peluang anda untuk berjaya di pasaran. Sebelum anda mulakan perjalanan CFD emas, anda perlu memilih sebuah broker dipercayai yang menawarkan perkhidmatan dan sokongan yang berkualiti tinggi. Antara perkara mustahak yang perlu diperhatikan dalam memilih broker termasuklah:

  • Peraturan. Broker yang dikawal selia memastikan dana anda kekal selamat, kerana badan pengawal selia ini telah menetapkan bahawa dana pedagang mesti disimpan dalam akaun yang berasingan. Kawalan selia juga lebih daripada sekadar terhadap wang dalam akaun anda, dan broker yang terlibat perlu memastikan maklumat peribadi dan kewangan anda kekal selamat.

  • Kos dagangan. Anda juga perlu memilih broker yang dapat menawarkan anda komisen yang kompetitif serta sebaran yang paling kecil tanpa mengorbankan kualiti perkhidmatan pembrokeran mereka.

  • Pilihan platform dagangan. Peralihan harga dalam pasaran CFD emas boleh berlaku dengan pantas, terutamanya sepanjang tempoh ketidakstabilan tinggi dan platform yang bagus boleh membawa perbezaan dari segi pelaksanaan dagangan, sama ada membawa kepada keuntungan atau kerugian. Broker yang bagus akan menawarkan anda dengan pelbagai pilihan platform yang teguh dengan alatan dan teknologi canggih untuk membantu mempertingkatkan dagangan anda.

  • Keperluan margin dan leveraj. Broker yang berbeza menawarkan keperluan margin minimum yang berbeza. Anda perlu memilih broker dengan keperluan margin yang selaras dengan jumlah yang anda sanggup untuk laburkan dalam pasaran dan menawarkan tahap leveraj minimum yang paling sesuai dengan keupayaan dan matlamat dagangan anda.

  • Sokongan pelanggan. Sesetengah broker hanya boleh dihubungi pada waktu tertentu, dan bukan apabila anda memerlukannya. Dagangan hadir dengan masalah tertentu, sama ada dari segi teknikal yang dapat menjejaskan pelaksanaan perintah anda, atau anda menghadapi masalah untuk melakukan deposit atau pengeluaran. Sokongan pelanggan umum dan teknikal yang bagus dapat memastikan anda menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan segera dan berkesan ketika ia berlaku.

Setelah memilih broker, anda kini sedia untuk membuka akaun.

Buka akaun dan berdagang

Broker anda akan membimbing anda menerusi langkah-langkah yang anda perlukan untuk membuka akaun dagangan. Ini adalah salah satu alasan mengapa pentingnya untuk bermula dengan broker dengan sokongan pelanggan yang bagus, andai anda menemui sebarang masalah kelak. Selepas membuka akaun dan mendeposit margin, anda boleh mula berdagang dengan memilih saiz kedudukan pilihan anda, memilih leveraj yang diinginkan, membuka kedudukan panjang atau pendek mengikut analisis pasaran anda, dan menetapkan perintah tertentu untuk meminimumkan kerugian.

Contoh Dagangan

Andaikan sebut harga jual/beli untuk emas ialah $1,050.00/$1,050.50. Berdasarkan analisis, anda yakin bahawa harga emas akan meningkat dengan lebih lanjut dalam masa beberapa hari yang akan datang, jadi anda memutuskan untuk membeli sebuah kontrak untuk 10 auns emas yang bersamaan dengan $10,505. Broker anda memerlukan margin 2%, jadi anda perlu mendeposit sebanyak $210.10 ke dalam akaun ($10,505 x 0.02).

Mari andaikan bahawa harga emas kemudiannya meningkat kepada $1,083.50/$1,084.00. Untuk menutup kontrak ini, anda menjual pada $1,083.50. Nilai bagi kontrak anda telah meningkat daripada $10,505 kepada $10,835, yang membawa kepada keuntungan sebanyak $330 (kontrak mini mewakili $10 bagi setiap peralihan sebanyak $1 dalam harga emas). Jika pasaran telah beralih pada arah yang tidak diingini, dan harga emas jatuh kepada $1,022.50/$1,023.00, anda akan kerugian sebanyak $280, yang melebihi jumlah deposit awalan anda. Inilah kepentingan untuk menetapkan perintah henti rugi bagi meminimumkan risiko anda.

Contoh ini tidak mengambil kira kos dagangan anda. Apabila anda mengambil kira semua kos yang terlibat dalam dagangan berkenaan, untung dan rugi anda akan menjadi lebih rendah daripada $330 dan $280.

Perhatian: Sementara dagangan dalam akaun sebenar membawa kepada potensi untuk menjana keuntungan sebenar, CFD tetap melibatkan risiko yang tinggi. Anda dinasihatkan untuk terus berlatih dalam akaun demo dan kembangkan kemahiran dagangan anda sebelum beralih kepada akaun sebenar dan merisikokan wang sebenar anda.

  • Dagangan harian. Ia melibatkan tindak balas terhadap peluang pasaran jangka pendek yang dicetuskan oleh perkara seperti trend yang sedang membentuk dan berita yang sedang berkembang. Dengan dagangan harian, semua kedudukan dibuka dan ditutup dalam hari dagangan yang sama.

  • Dagangan ayunan. Ia melibatkan penjanaan keuntungan menerusi momentum pasaran dengan membuka kedudukan apabila trend membentuk dan memegang kedudukan hingga terdapat petanda berlakunya pembalikan trend.

  • Scalping. Ia melibatkan beberapa dagangan intrahari pada peralihan harga yang kecil. Dalam menggunakan strategi ini, matlamatnya adalah untuk menjana keuntungan yang lebih kecil dengan kerap berbanding untuk menunggu trend yang jelas serta keuntungan yang lebih besar.

Menggabungkan strategi asas ini dengan pemahaman tentang faktor-faktor yang mempengaruhi peralihan harga emas dapat memastikan anda berjaya dalam pasaran CFD emas. Panduan ringkas ini menjelaskan strategi yang anda boleh gunakan untuk berjaya dalam dagangan CFD jangka pendek.

Dagangan CFD Emas

Pasaran dagangan CFD emas menawarkan peluang untuk berjaya dalam tempoh yang singkat, menjadikan CFD emas suatu pelaburan yang lumayan berbanding instrumen kewangan lain. Walau bagaimanapun, langkah yang salah diambil dalam dagangan CFD boleh membawa kepada kerugian dana anda. Tiada formula rahsia untuk berjaya, dan kejayaan anda dalam pasaran bergantung pada jumlah masa yang anda luangkan untuk melabur, belajar dan menganalisis pasaran selain daripada memerlukan kesabaran, latihan dan disiplin yang tinggi, serta keupayaan untuk belajar daripada kesilapan.

Mula Berdagang
dalam beberapa Minit

bullet Akses +10,000 instrumen kewangan
bullet Auto buka & tutup kedudukan
bullet Kalendar berita & ekonomi
bullet Penunjuk & carta teknikal
bullet Banyak lagi alat yang disertakan

Dengan memberikan e-mel anda, anda bersetuju dengan dasar privasi FP Markets dan untuk menerima bahan pemasaran yang akan datang daripada FP Markets. Anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa.




Source - cache | Page ID - 20358

Get instant Updates in Telegram