FAQ

FAQ
Gunakan Pusat Bantuan untuk membuat carian, membaca-baca soalan
lazim atau hubungi pasukan sokongan 24/5 kami
Sembang Langsung

Soalan Lazim

Pilih topik

 

Pembukaan Akaun

Pada akaun MT4/5, kami menyediakan akaun Standard atau Raw. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini: Pada akaun Iress, pelanggan boleh memilih akaun Profesional, Platinum dan Premier. Untuk maklumat lanjut, sila lihat pautan yang berikut:

Ya, sudah tentu. Kami secara aktif menggalakkan pelanggan untuk menguji persekitaran demo terlebih dahulu, anda boleh mendaftar melalui pautan yang berikut: https://portal.fpmarkets.com/demo/register

Sila berikan masa kepada pasukan penyertaan kami sehingga satu hari perniagaan untuk mengesahkan dokumen anda, namun kami berhasrat untuk membuka akaun anda dalam masa satu jam.

Boleh, namun kami menasihatkan agar semua akaun dagangan anda diletakkan di bawah profil Ruangan Pelanggan yang sama, menggunakan alamat e-mel yang sama untuk mengelakkan kekeliruan.

Kami memerlukan dokumen bukti identiti dan bukti kediaman daripada anda. Bukti identiti boleh berbentuk pasport, lesen memandu atau kad pengenalan yang sah. Untuk bukti kediaman, kami boleh menerima bil utiliti atau penyata bank yang menunjukkan nama penuh dan alamat anda, dan bertarikh dalam tempoh enam bulan yang lalu.

Ini kerana prosedur 'Kenali Pelanggan Anda' (KYC) yang wajib kami patuhi, selaras dengan peraturan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) antarabangsa

Yes, please send your request to [email protected]. Please attach any supporting documents, for example, a marriage certificate for a name change, or proof of address for a residential address change.

Sila hantarkan e-mel ke daripada alamat e-mel berdaftar anda dan pastikan anda memasukkan nombor rujukan IB dalam e-mel anda.

Bagi sesetengah negara tertentu, kami mungkin dapat menerima salah satu daripada dokumen yang berikut sebagai dokumen bukti kediaman: 1. Pengesahan alamat kediaman daripada majlis perbandaran tempatan mereka 2. Dokumen ID tambahan + dokumen Bukti Kediaman Peti Surat 3. Perjanjian pekerjaan atau sewa yang mengandungi alamat kediaman 4. Rekod polis atau borang cukai tempatan

Kami akan memerlukan bukti identiti dan bukti kediaman untuk semua pengarah dan pemilik benefisial. Kami juga akan memerlukan sijil penubuhan dan undang-undang tubuh syarikat. Jika pemilik benefisial ialah entiti lain, kami juga akan memerlukan dokumentasi tambahan, sila hubungi pasukan penyertaan kami untuk maklumat lanjut.

Semua permohonan korporat akan memerlukan LEI (Pengecam Entiti Sah). Jika anda tidak memilikinya, terdapat pelbagai laman web untuk memohon melaluinya termasuk https://www.lei.direct/

Anda boleh membuka akaun dalam AUD, USD, EUR, GBP, SGD, HKD, JPY, NZD, CHF atau CAD

Ya, anda boleh mempunyai sehingga lapan akaun dagangan. Anda boleh membuka akaun tambahan pada bila-bila masa melalui Ruangan Pelanggan anda dengan memilih 'Ringkasan Akaun' dan kemudian 'Tambah Akaun Langsung'.

Untuk menutup akaun dagangan anda, sila e-mel dan buat permintaan pengeluaran penuh dana jika anda belum melakukannya.

Kami akan menyahdayakan akaun anda jika bakinya sifar dan tiada aktiviti lebih daripada tiga bulan. Tidak seperti broker lain, kami tidak akan mengenakan yuran pentadbiran untuk perkara ini dan kami dapat mengaktifkannya semula pada bila-bila masa anda ingin meneruskan semula dagangan anda. Jika anda ingin mengaktifkannya semula, sila hantarkan permintaan anda dari alamat e-mel berdaftar anda ke [email protected]

Sila gunakan pautan 'Terlupa Kata Laluan' pada halaman log masuk utama di sini https://portal.fpmarkets.com/

Ya, kami menyediakan akaun Bebas Swap untuk semua Pelanggan Islam kami. Kami menawarkan 5 malam percuma daripada sebarang caj pentadbiran untuk mata wang utama dan untuk semua yuran pentadbiran setiap malam sila lihat pautan yang berikut https://www.fpmarkets.com/products/forex-trading/islamic-accounts/

Kami hanya dapat menyediakan akaun Islam (Bebas swap) kepada pelanggan yang beragama Islam, mengikut Undang-undang Syariah

FP Markets ialah broker yang dikawal selia sepenuhnya, oleh itu kami tidak menawarkan bonus pada akaun dagangan kami.

Mengikut arahan ASIC, kami hanya dapat menerima pelanggan daripada bidang kuasa tertentu. Jika anda tidak dapat melihat negara anda, malangnya pada masa ini kami tidak dapat menerima permohonan anda.


Tingkatkan Pengalaman Dagangan anda

bullet Akses +10,000 instrumen kewangan
bullet Auto buka & tutup kedudukan
bullet Kalendar berita & ekonomi
bullet Penunjuk & carta teknikal
bullet Banyak lagi alat yang disertakan

Dengan memberikan e-mel anda, anda bersetuju dengan dasar privasi FP Markets dan untuk menerima bahan pemasaran yang akan datang daripada FP Markets. Anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa.








© FP Markets 2019