Apakah Komoditi yang Paling Kerap Didagangkan?

Apakah Komoditi yang Paling Kerap Didagangkan?

Komoditi merupakan produk komersial penting yang terdiri daripada sama ada keluaran pertanian atau bahan mentah yang boleh ditemui secara semula jadi. Ia boleh dianggap sebagai blok bangunan asas sesebuah ekonomi kerana ia digunakan sebagai input dalam pengeluaran bagi hampir semua barangan. Inilah alasannya mengapa pasaran komoditi mempunyai impak terhadap instrumen kewangan lain.

Perbezaan utama antara dagangan ekuiti dan komoditi adalah walaupun saham terjejas disebabkan oleh pelbagai faktor luaran, harga pasaran komoditi mencerminkan kedinamikan permintaan dan penawaran aset terasnya. Oleh itu, dagangan komoditi dianggap sebagai alat lindung nilai yang berkesan sepanjang tempoh ketidakstabilan politik, kelembapan ekonomi atau ketidakstabilan mata wang yang disebabkan oleh inflasi.

Bergantung pada ciri-ciri fizikalnya, komoditi dikelaskan kepada dua jenis:

  • Komoditi keras: Komoditi yang hanya boleh diakses menerusi perlombongan atau penggalian

  • Komoditi lembut: Termasuk produk-produk pertanian

Komoditi ini dikelaskan kepada empat kategori lanjut:

  • Logam: Emas, Perak, Platinum, Tembaga

  • Tenaga: Minyak mentah (Crude), Gas asli, Gasolin, Minyak pemanas

  • Pertanian: Gandum, Beras, Kapas, Kopi dan selanjutnya

  • Haiwan Ternakan dan Daging: Telur Ayam, Daging Khinzir, Lembu dan banyak lagi

Bursa-bursa utama bagi komoditi ini adalah:

  • NYBOT - New York Board of Trade

  • NYMEX - New York Mercantile Exchange

  • CBOT - Chicago Board of Trade

  • ICE - Intercontinental Exchange

  • CME - Chicago Mercantile Exchange

Apakah Manfaat
Dagangan dalam Komoditi?

Sebelum mendagangkan komoditi, penting untuk anda memahami alasan untuk anda menyertakan aset ini dalam portfolio anda. Berikut antara manfaat utama dalam dagangan komoditi:

LINDUNG NILAI INFLASI
Inflasi, seperti takrifannya bermakna peningkatan dalam harga barangan. Apabila inflasi meningkat, harga komoditi juga akan meningkat. Namun, kadar inflasi yang tinggi menyusutkan nilai mata wang tempatan. Komoditi dianggap sebagai lindung nilai yang bagus terhadap inflasi kerana harganya cenderung untuk meningkat bersama inflasi yang tinggi. Hanya sejumlah kecil aset sahaja yang menikmati manfaat daripada peningkatan inflasi, termasuklah beberapa jenis komoditi dan hartanah. Hal ini biasanya terjadi apabila terdapat inflasi yang tidak diduga. Sungguhpun begitu, harga komoditi cenderung untuk meningkat.


TARIKAN SIMPANAN SELAMAT
Sejak dahulu, harga komoditi terutamanya logam berharga seperti emas dan perak telah menyaksikan peningkatan dalam jangka panjang. Ini adalah alasan bagi mengapa pelabur lebih cenderung untuk menambah komoditi dalam portfolio mereka sepanjang tempoh ketidakstabilan politik dan ekonomi. Selain daripada membeli atau menjual aset fizikal, pelabur boleh melabur dalam dagangan masa hadapan komoditi dan lebih banyak instrumen kompleks lain seperti CFD.

ALAT PEMELBAGAIAN
Harga komoditi mempunyai korelasi yang rendah atau negatif terhadap pulangan daripada kelas-kelas aset yang lain. Kenyataan ini benar, terutamanya bagi ekuiti dan bon. Walaupun anda cuba untuk mempelbagaikan portfolio anda dengan saham syarikat yang berbeza dari segi saiz, sektor dan peringkat pertumbuhan, kadar korelasi yang positif masih boleh ditemui. Pedagang dan pelabur yang berpengalaman cenderung untuk mempelbagaikan portfolio mereka dengan menambah komoditi, berikutan korelasi rendahnya dengan kelas aset tradisional.

Kepentingan Kecairan dalam
Dagangan Komoditi

Semakin hampir kita bergerak dalam menjawab persoalan utama tentang komoditi manakah yang paling kerap didagangkan, penting untuk kita memahami premis di sebalik senarai komoditi berkenaan. Kecairan memainkan peranan penting dalam pemilihan komoditi. Apakah maksud kecairan dalam dagangan komoditi? Ia merujuk kepada kemudahan untuk pedagang menjual atau membeli komoditi (berdasarkan kontrak dagangan masa hadapan atau melalui CFD) pada bursa yang relevan.

Komoditi dengan kecairan tinggi bermakna bahawa terdapat perintah bida dan tanya yang mencukupi, jadi instrumen kewangan boleh didagangkan dengan cepat pada harga yang stabil. Kecairan yang lebih tinggi meminimumkan impak perintah jual atau beli terhadap harga.

Apabila terdapat sejumlah besar bilangan pembeli dan penjual bagi sesuatu aset, kecairan bagi sekuriti tersebut dikatakan lebih tinggi. Hal ini menjadikan transaksi dalam kelas aset lebih mudah dan pantas. Dalam kata lain, sekuriti yang tinggi kecairannya adalah sekuriti yang sekuriti dengan permintaan tinggi dalam perintah beli dan jual. Ini bermakna, anda boleh berdagang pada bila-bila masa dan boleh mengharapkan perintah untuk disempurnakan pada kadar yang hampir segera. Namun, bukan semua komoditi menikmati tahap kecairan yang sama. Sebaliknya, terdapat komoditi tertentu yang mempunyai tahap kecairan rendah, yang cenderung untuk mengalami ayunan harga yang luas.

Kecairan juga berkait rapat dengan kadar gelinciran. Dengan kecairan tinggi, peluang gelinciran dapat dikurangkan dengan ketara. Apakah maksudnya? Andaikan pedagang menempatkan perintah beli pada harga tertentu bagi kelas aset dengan kecairan rendah. Kemungkinan, tidak akan ada sebarang perintah jual yang sepadan pada masa tersebut. Perintah beli ini dilaksanakan pada harga yang paling hampir dengan harga berikutnya. Ini bermakna, anda boleh membeli kelas aset pada harga yang sedikit lebih tinggi berbanding harga yang anda harapkan. Hal ini juga mungkin berlaku bagi perintah jual, di mana perintah anda dilaksanakan pada harga yang sedikit lebih rendah berbanding harga anda menempatkan perintah. Bagi mengelakkan gelinciran, wajar untuk anda mendagangkan komoditi dengan kecairan tinggi, agar perintah tersebut boleh dilaksanakan pada kadar yang hampir segera, pada harga bida atau tanya pilihan anda.

Oleh itu, bagaimanakah kecairan ditentukan? Untuk memahami tentang ini, mari kita bercakap tentang konsep volum dan faedah terbuka. Volum merujuk kepada jumlah kontrak yang didagangkan secara serentak. Walau bagaimanapun, angka yang paling lazim dilihat adalah volum dagangan harian atau jumlah kontrak (dari segi harga) yang didagangkan dalam 24 jam yang lalu. Faedah terbuka merujuk kepada jumlah kiraan kedudukan panjang dan pendek yang terbuka bagi aset tertentu pada titik masa tertentu.

Gelinciran mempunyai pertalian berbalik dengan volum dan faedah terbuka. Volum yang lebih tinggi dan faedah terbuka diterjemahkan kepada kecairan yang tinggi dan tahap kecairan yang rendah.

Individu yang baru menceburi dagangan komoditi mungkin ingin mengelakkan aset berisiko tinggi dan mula mendagangkan instrumen dengan kecairan tinggi. Penanda ringkas bagi kecairan adalah naik turun harga. Sekilas pandang terhadap sejarah harga emas dan perak mendedahkan bahawa sebarang perubahan harian dalam nilainya jarang berlaku melebihi nilai peratusan yang kecil. Ini membawa kita kepada persoalan seterusnya – yang manakah antara komoditi kecairan tinggi ini yang paling kerap didagangkan?

Apakah Komoditi yang Paling
Aktif Didagangkan?

Berikut adalah senarai bagi komoditi yang paling aktif didagangkan:

Minyak Mentah

Komoditi keras ini adalah sumber tenaga utama di seluruh dunia. Pernahkah anda membayangkan mengapa akhbar dan saluran berita begitu aktif melaporkan tentang harga minyak mentah? Hal ini adalah kerana komoditi ini mempunyai impak terhadap hampir kesemua sektor dalam ekonomi sesebuah negara dan semua wilayah ekonomi global.

Minyak mentah digunakan dalam pengeluaran diesel dan gasolin, menjadikannya suatu yang amat diperlukan dalam sektor pelancongan serta industri automotif. Ia turut digunakan untuk mengeluarkan pelbagai jenis produk petrokimia. Ia turut digunakan untuk mengeluarkan baja, kosmetik, tekstil, besi dan banyak lagi.

Apakah alasan utama bagi naik turun harga dalam minyak mentak?

Seperti mana-mana aset atau instrumen kewangan lain, harga minyak mentah mengalami naik turun berdasarkan permintaan dan penawaran komoditi ini. Tanda-tanda bagi pertumbuhan ekonomi atau aktiviti perniagaan menyokong harga minyak mentah. Sebarang gangguan dalam bekalan atau penurunan dalam bekalan saham boleh memberikan terkanan terhadap harga minyak mentah. Selain itu, tekanan geopolitik juga yang memberi kesan terhadap wilayah pengeluar minyak juga dapat menyebabkan harga minyak mentah untuk menurun.

Penawaran minyak mentah adalah dirancang dengan penuh teliti oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya. Kumpulan ini dan sekutunya dikenali sebagai OPEC+ dan terdiri daripada pengeluar-pengeluar minyak utama di seluruh dunia.

Ahli OPEC: Arab Saudi (pemimpin de facto), UAE, Iran, Iraq, Kuwait, Libya, Nigeria, Republik Congo, Venezuela, Algeria, Angola, Guinea Khatulistiwa dan Gabon.

Ahli OPEC+: Selain daripada ahli OPEC, negara-negara OPEC+ termasuklah Rusia, Mexico, Oman, Sudan, Azerbaijan, Bahrain, Brunei, Kazakhstan dan Malaysia.

Hingga 2019, permintaan terhadap minyak semakin popular, seiring dengan peningkatan populasi global dan penggunaan tenaga. Penularan wabak COVID-19 pada tahun 2020 dan sekatan perjalanan dan perniagaan telah membawa kepada penyusutan yang ketara dalam permintaan minyak mentah. Hal ini telah melonjak pasaran minyak ke dalam keadaan yang terlebih bekal, membawa kepada penurunan dalam harga minyak mentah. Negara-negara OPEC+ telah bersetuju untuk mengawal bekalan tersebut supaya harga dapat disokong. Pertubuhan ini telah sebulat suara untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak kira-kira 10 juta tong sehati, sepanjang bulan Jun dan Julai.

Apakah jenis dagangan minyak mentah yang paling kerap didagangkan?

Terdapat dua jenis dagangan minyak mentah yang paling kerap didagangkan – WTI Crude dan Minyak Brent Crude. WTI (West Texas Intermediate) merupakan sejenis gred minyak mentah khusus yang dianggap sebagai penanda aras bagi harga minyak di Amerika Utara, terutamanya disebabkan oleh sumbernya yang berada di Amerika Syarikat. Minyak Brent pula merupakan harga penanda aras antarabangsa yang digunakan oleh OPEC. Inilah alasannya mengapa minyak Brent mendapat permintaan tinggi dan jauh lebih mahal berbanding WTI.

WTI didagangkan di NYMEX (New York Mercantile Exchange) manakala Brent didagangkan di Intercontinental Exchange (ICE). Minyak mentah dan variasi terbitannya turut didagangkan di Dubai Mercantile Exchange (DME) dan Central Japan Comodity Exchange (C-COM).

Logam Berharga

Logam berharga seperti emas dan perak merupakan kelas aset yang popular dan amat penting dalam kalangan komoditi. Dagangan dalam logam berharga berkait rapat dengan prospek ekonomi global, pasaran kewangan di seluruh dunia, dan mata wang utama. Sekiranya anda mempunyai pengalaman dagangan dalam pasaran forex, anda mungkin mudah mendalami dagangan logam berharga dengan cepat, kerana peralihan harga dan strateginya adalah serupa.

Faktor-faktor yang mempengaruhi harga logam termasuklah kadar faedah, gambaran ekonomi, output perindustrian dan kekukuhan nilai Dolar Amerika. Antara bursa terbaik dunia bagi dagangan logam berharga adalah:

  • New York Mercantile Exchange (NYMEX)

  • Brazilian Mercantile and Futures Exchange (BMF)

  • Dubai Gold and Commodities Exchange (DGCX)

  • Tokyo Commodities Exchange (TOCOM)

Walaupun emas dan perak merupakan logam berharga yang paling kerap didagangkan, terdapat komoditi lain yang telah mendapat perhatian ramai pedagang sejak tahun kebelakangan ini. Terlebih dahulu, mari kita perhatikan komoditi ini.

Apakah yang perlu diketahui tentang dagangan emas?

Sejak berabad lamanya, logam berharga ini kian mendapat tempat, dan dianggap sebagai medium penyimpan nilai yang diterima di seluruh dunia. Inilah alasannya mengapa pasaran emas sering menawarkan kecairan yang tinggi.

Perkara yang perlu difahami pedagang adalah daya permintaan dan penawaran dalam pasaran biasa tidak berfungsi dengan berkesan bagi emas dan logam-logam lain. Penawaran komoditi lain, seperti minyak atau kopi, merupakan produk pengguna. Emas tidak seperti ini. Apakah produk pengeluaran yang kekal dalam penawaran? Selain itu, peningkatan penawaran emas turut memerlukan masa yang panjang – berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya. Oleh itu, penawaran emas tidak dapat ditingkatkan untuk memenuhi permintaan yang mendadak. Hal ini bermakna, apabila terdapat peningkatan dalam permintaan, harga akan kekal meningkat untuk tempoh yang panjang.

Bagi pedagang, ciri-ciri simpanan selamat emas adalah lebih menarik berbanding komoditi lain. Inilah alasannya mengapa logam kuning ini sering ditemui dalam portfolio pedagang baru dan lama. Ia dianggap sebagai lindung nilai terhadap inflasi serta ketidakpastian geopolitik. Pada tahun 2020, harga emas meningkat pada kadar tertinggi, iaitu $2,000/auns. Hal ini dipengaruhi oleh kebimbangan di sekitar kemerosotan ekonomi, ketegangan politik antara Amerika Syarikat dan China, di samping pelbagai ketidakstabilan lain yang berkaitan dengan pandemik COVID-19. Malah, sepanjang tempoh ketidakstabilan ini, permintaan terhadap emas dijangka meningkat sehingga $3,000/auns.

Apakah yang perlu diketahui tentang dagangan perak?

Perak adalah sama seperti emas, kerana ia juga merupakan logam berharga yang sering digunakan sebagai barangan kemas dan syiling. Namun, perkara yang melonjak nilai perak adalah sifat konduktiviti elektriknya yang amat tinggi berbanding mana-mana logam lain. Hasilnya, logam ini adalah lebih kerap digunakan berbanding emas dan digunakan di beberapa industri tertentu. Perak juga sering digunakan dalam pengeluaran filem fotografi dan panel suria. China, Mexico dan Peru adalah antara pelombong utama perak. Perak juga dianggap sebagai pilihan simpanan selamat yang boleh digunakan untuk lindung nilai terhadap inflasi dan ketidaktentuan ekonomi. Walau bagaimanapun, tarikannya tidak dapat menyaingi emas.

Apakah korelasi antara dolar amerika dan logam berharga?

Sebagai permulaan, harga logam berharga biasanya dinyatakan dalam Dolar Amerika. Hal ini telah pun membawa kepada korelasi yang negatif. Selain daripada itu, Dolar Amerika dan logam berharga kedua-duanya dianggap sebagai kelas aset yang stabil. Kedua-dua komoditi ini merupakan pilihan simpanan selamat dalam kalangan pedagang. Sepanjang tempoh ketidakstabilan dalam kelas-kelas aset lain seperti saham, tempoh kegawatan politik atau ketidakstabilan ekonomi, pelabur akan meningkatkan pegangan mereka bagi opsyen simpanan selamat ini. Mereka sering memilih antara Dolar Amerika dan emas, menjadikan komoditi ini sebagai instrumen simpanan selamat yang amat kompetitif. Apabila permintaan terhadap Dolar AS meningkat, ia dapat diterjemahkan kepada permintaan yang lebih rendah bagi emas dalam kalangan pedagang dan pelabur.

Gas Asli

Seperti minyak mentah, komoditi ini juga merupakan sumber penting daripada kategori bahan api dan tenaga. Banyak masa dan pelaburan yang diperlukan untuk meneroka dan melombong sumber gas asli baru. Hal ini menjadikan komoditi ini amat sukar didapati dan sangat tidak stabil. Ia juga bermakna bahawa setiap perubahan kecil terhadap permintaan atau penawaran gas asli boleh menyebabkan perubahan ketara dalam harga.

Apakah pengaruh utama harga gas ali?

Ketersediaan Pengganti: Banyak dana kajian telah disalurkan ke dalam usaha untuk mengenal pasti dan membangunkan sumber tenaga boleh diperbaharui yang dikenali sebagai bahan api bio. Sumber-sumber ini akan bertindak sebagai pengganti gas asli.

Kapasiti storan: Kadar ketersediaan yang lebih tinggi berbanding permintaan memerlukan kos simpanan yang tinggi. Seiring perkembangan inventori, tekanan yang sama akan dikenakan terhadap harga gas asli.

Keadaan cuaca: Suhu yang lebih rendah diterjemahkan kepada permintaan yang lebih tinggi terhadap pemanasan rumah dan pejabat. Berita tentang kehadiran musim dingin boleh melonjakkan harga gas asli.

Ini adalah komoditi yang popular dan sering didagangkan di bursa-bursa berikut:

  • New York Mercantile Exchange (NYMEX)

  • ICE Futures

Kopi

Anda mungkin dapat mengaitkan diri anda dengan komoditi lembut ini kerana rutin pagi anda besar kemungkinan bermula dengannya. Jika benar, anda tidak bersendirian. Terdapat lebih 2 bilion cawan kopi diminum setiap hari di seluruh dunia. Negara-negara pengeluar kopi utama adalah Brazil, Indonesia, Vietnam, Ethiopia dan Colombia.

Apakah alasan utama bagi naik turun harga dalam kopi?

Cuaca: Pengeluaran komoditi ini amat sensitif terhadap keadaan iklim, kerana ia memerlukan gabungan yang khusus antara hujan dan cahaya mata hari. Itulah sebabnya laporan cuaca boleh membawa kepada naik turun harga.

Harga Minyak: Kebanyakan negara-negara pengeluar kopi mengeksport sebahagian besar daripada pengeluaran kopi mereka. Maka, harga kopi akan mengalami naik turun dengan perubahan dalam harga minyak.

Kegawatan geopolitik: Sebarang kegawatan politik di wilayah pengeluar kopi atau di kawasan yang meliputi sebahagian besar daripada pengguna kopi boleh membawa kepada ketidakstabilan harga.

Dolar Amerika: Nilai Dolar AS yang kukuh mempunyai impak yang ketara terhadap harga komoditi ini.

Antara bursa popular yang mendagangkan kopi adalah:

  • New York Board of Trade (NYBOT)

  • Singapore Commodities Exchange (SICOM)

  • Euronext (di London)

  • Kansai Commodities Exchange (Di Jepun)

Jagung

Turut dikenali sebagai jagung, komoditi ini merupakan sumber makanan yang penting. Ia turut digunakan dalam pengeluaran ethanol serta makanan haiwan, sirap jagung dan kanji. Brazil, AS, China dan Argentina adalah antara pengeluar utama jagung.

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi harga jagung?

Cuaca: Keadaan cuaca yang buruk boleh memberi kesan terhadap bekalan jagung serta harganya.

Subsidi Kerajaan: Ketersediaan subsidi ladang untuk memotivasikan pengeluaran jagung mempengaruhi harganya di negara-negara seperti di Amerika Syarikat.

Permintaan terhadap makanan haiwan: Peningkatan dalam penternakan haiwan membawa kepada peningkatan dalam permintaan terhadap makanan haiwan, sekali gus melonjakkan harga jagung.

Dolar Amerika: Amerika merupakan antara pengeluar utama bagi daging lembu dan pelbagai industri daging lain.

Bursa-bursa terkemuka yang mendagangkan komoditi pertanian seperti jagung adalah:

  • Winnipeg Commodity Exchange (WCE)

  • Chicago Board of Trade (CBOT)

  • Tokyo Grain Exchange (TGE)

  • Kansai Commodities Exchange (di Jepun)

  • Minneapolis Grain Exchange

Tembaga

Logam ini merupakan konduktor yang hebat bagi haba dan elektrik. Ia juga bersifat kalis cuaca dan hakisan, menyaksikan penggunaan yang meluas dalam industri elektronik. Ia juga digunakan untuk mengeluarkan aloi, paip, wayar elektrik, mesin industri dan wayar bumbung. Antara pengeluar utama tembaga adalah China, Peru, Amerika Syarikat dan Chile.

Memandangkan komoditi ini sering digunakan dalam sektor pembuatan, harga tembaga mengalami naik turun, dipengaruhi oleh berita ekonomi. Ini mungkin termasuk data ekonomi bagi perintah kilang PMI pengeluaran dan dagangan asing. Kebimbangan infrastruktur dan pertelingkahan dalam dagangan mempunyai kesan ketara terhadap harganya.

Tembaga, serta beberapa logam utiliti tinggi lain seperti nikel dan plumbum turut didagangkan di bursa berikut:

  • New York Mercantile Exchange (NYMEX)

  • London Metal Exchange (LME)

  • Shanghai Futures Exchange (SFE)

  • Tokyo Commodities Exchange (TOCOM)

Keluli

Dengan sifat yang kukuh dan boleh didapati pada harga rendah, keluli amat popular dalam industri pembuatan, pembinaan dan infrastruktur. Sebahagian besar daripada keluli terdiri daripada aloi karbon dan besi, dan turut mengandungi elemen-elemen lain seperti nikel, mangan, kromium dan tungsten.

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi harga keluli?

  • Berikutan permintaannya yang tinggi dalam pelbagai industri, harga keluli cenderung untuk mengalami naik turun dengan peningkatan dalam sektor pembuatan dan pertumbuhan ekonomi.

  • Harga keluli juga bergantung pada kos produk yang terkandung di dalam aloi ini.

Pada tahun 2018-19, perang dagangan AS-China menyaksikan Amerika mengenakan tarif terhadap keluli yang dieksport oleh negara Asia tersebut. Faktor-faktor luaran tersebut juga boleh menyebabkan ketidakstabilan dalam harga keluli.

Other Most
Traded Commodities

Selain daripada di atas, terdapat pelbagai komoditi lain yang telah menjana populariti dalam
kalangan pedagang. Ini termasuklah bijih besi, aluminium dan kacang soya.

Apakah Cara untuk Mendagangkan Komoditi yang Paling Kerap Didagangkan?

Seperti yang anda sudah ketahui, terdapat beberapa komoditi yang kerap didagangkan. Cara paling lazim untuk mendagangkan komoditi ini adalah menerusi pasaran dagangan masa hadapan melalui CFD (Kontrak untuk Perbezaan). Dengan peningkatan dalam teknologi dan kepantasan faedah tinggi, pedagang individu kini lebih mudah mendagangkan CFD. Satu cara mudah untuk belajar tentang dagangan CFD adalah dengan membuka akaun demo yang membolehkan pedagang untuk memahami instrumen kewangan dan platform dagangan sebelum mengemukakan sebarang modal mereka sendiri.

Mula Berdagang
dalam beberapa Minit

bullet Akses +10,000 instrumen kewangan
bullet Auto buka & tutup kedudukan
bullet Kalendar berita & ekonomi
bullet Penunjuk & carta teknikal
bullet Banyak lagi alat yang disertakan

Dengan memberikan e-mel anda, anda bersetuju dengan dasar privasi FP Markets dan untuk menerima bahan pemasaran yang akan datang daripada FP Markets. Anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa.




Source - database | Page ID - 20997

Get instant Updates in Telegram