Adakah Bitcoin Sejenis CFD?

Is Bitcoin
a CFD?

Mata wang kripto pertama dan asal yang dilancarkan pada tahun 2009, Bitcoin (BTC) begitu popular dalam kalangan pedagang di seluruh dunia. Perkembangan yang begitu ketara dalam dagangan Bitcoin sejak kebelakangan ini dijangka berterusan dan mungkin melebihi nilai dagangan aset-aset lain dalam masa lima tahun. Antara cara yang popular untuk mendagangkan Bitcoin adalah menerusi Kontrak untuk Perbezaan atau CFD, yang melibatkan pembukaan kedudukan dagangan berdasarkan spekulasi peralihan harga masa hadapan bagi mata wang kripto tersebut.

Alasan bagi mengapa dagangan CFD mata wang kripto begitu popular berbanding pembelian BTC sebenar adalah CFD tidak memerlukan pembukaan dompet digital atau akaun dengan bursa mata wang kripto. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang dagangan CFD Bitcoin, mari kita fahami tentang Bitcoin, cara dagangan CFD dilakukan dan cara untuk mendagangkan Bitcoin melalui CFD.

Apakah Bitcoin?

Bitcoin merupakan mata wang kripto yang pertama dan paling banyak didagangkan, yang diperkenalkan pada tahun 2009 oleh entiti yang tidak diketahui, dikenali sebagai Satoshi Nakamoto. Walaupun pada awalnya mata wang digital menerima kritikan dan dianggap sebagai penipuan oleh institusi dan badan kerajaan di seluruh dunia, beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan penerimaannya sebagai wang sah di kebanyakan negara, termasuk Australia.

Penerimaan besar-besaran mata wang kripto menjadi bukti kenaikan nilainya secara mendadak kepada hampir $20,000 Dolar Amerika pada tahun 2017. Mata wang ini telah didagangkan melepasi paras $9,000 Dolar Amerika hampir sepanjang tahun 2020. Untuk memahami perbezaan Bitcoin dengan mata wang fiat, kita perlu mengetahui ciri-ciri dan fungsinya.

Apakah
Ciri-ciri Bitcoin?

  • Digital: Bitcoin merupakan mata wang digital yang tidak wujud secara fizikal. Ia digunakan dan diedarkan secara elektronik.

  • Tidak Berpusat: Ia berasaskan rangkaian perangkai padan tidak berpusat, tanpa kawalan institusi, badan kerajaan atau individu tunggal. Kebebasan mata wang ini daripada kerajaan, bank-bank dan syarikat korporat dunia menjadikannya begitu popular.

  • Telus: Setiap transaksi Bitcoin disimpan dalam edaran lejar awam yang besar dan berasaskan teknologi blockchain.

  • Penawaran Terhad: Bitcoin tidak boleh dicetak dan penawaran keseluruhannya terhad kepada 21 juta syiling yang ditetapkan oleh penciptanya. Penawaran kripto ini diuruskan menerusi pembahagian ganjaran blok atau pengeluaran Bitcoin baru selepas setiap 4 tahun.

  • Tanpa Nama: Transaksi Bitcoin dijejak menerusi log awam, tetapi nama pembeli dan penjual tidak pernah didedahkan.

  • Tidak Boleh Dibalikkan: Transaksi Bitcoin tidak boleh dibalikkan. Jadi, sekiranya seseorang telah menghantar Bitcoin kepada orang lain, tiada apa jua cara sekalipun untuk mendapatkan syiling itu kembali, melainkan penerima sanggup untuk memulangkannya.

Bagaimana Cara
Bitcoin Berfungsi?

Bitcoin tidak dikawal selia oleh mana-mana pihak berkuasa berpusat, tidak seperti mata wang fiat seperti Dolar Amerika. Sebaliknya, mata wang digital ini disandarkan oleh jutaan komputer dan spread di seluruh dunia. Bitcoin boleh dibeli dan dijual menerusi bursa bitcoin dan disimpan dalam dompet digital yang wujud di awan atau komputer penggunanya. Semua transaksi ini dicatat dalam lejar awam, dalam bentuk blok dan sebarang perubahan terhadap blok ini akan mempengaruhi semua blok berikutnya. Lejar ini mengandungi setiap transaksi yang pernah diproses.

Proses penyelesaian masalah komputer yang kompleks atau “Proof of Work” untuk mendapatkan Bitcoin baru dikenali sebagai perlombongan Bitcoin. Proses penjanaan Bitcoin baru ini, selepas menyemak dan mengesahkan semua blok terdahulu, menjadikan keseluruhan rangkaian lebih selamat dan diyakini. Pelombong Bitcoin memastikan tiada Bitcoin yang akan diduakan.

Adakah Bitcoin
Boleh Didagangkan?

Ya. Terdapat beberapa cara untuk mendagangkan mata wang kripto:

1. Beli Bitcoin menerusi bursa mata wang kripto dengan harapan ia dapat dijual dengan untung. Hal ini memerlukan pembukaan akaun dengan bursa kripto dan pembukaan dompet digital untuk menyimpan mata wang kripto tersebut.

2. Spekulasi terhadap perubahan harga dengan dagangan CFD atau Kontrak untuk Perbezaan. Pilihan ini membolehkan pelabur untuk menikmati manfaat daripada dagangan Bitcoin tanpa perlu memiliki mata wang digital itu secara fizikal.

3. Dagangan masa hadapan Bitcoin adalah jentera pelaburan yang dapat membantu pedagang melindungi diri mereka daripada perubahan harga. Pembelian kontrak dagangan masa hadapan melibatkan perjanjian kontrak untuk membeli mata wang kripto pada tarikh yang akan datang, pada harga tertentu. Kontrak ini boleh dijelaskan melalui pindahan sebenar Bitcoin kepada pihak lawan atau menerusi penjelasan tunai.

What is CFD
Trading?

Kontrak untuk Perbezaan atau CFD merupakan kontrak antara dua pihak, sama ada pedagang atau broker, berdasarkan peralihan harga bagi aset dasar, yang boleh terdiri daripada indeks, pasangan forex mata wang fiat, saham atau mata wang kripto, tanpa mengambil kira nilai aset dasarnya. Kedua-dua pihak ini kemudiannya bersetuju untuk bertukar perbezaan dari segi nilai aset antara masa kontrak dibuka dan tarikh ia ditutup.

Oleh itu, pedagang berpeluang untuk melakukan spekulasi terhadap aset tanpa perlu memiliki aset dasar secara fizikal. Dagangan CFD juga begitu popular sebagai sejenis produk berleveraj, yang bermakna pedagang hanya perlu deposit sejumlah kecil modal, yang dikenali sebagai margin dan berpeluang untuk membuka kedudukan yang jauh lebih besar. Walau bagaimanapun, walaupun leveraj boleh menggandakan keuntungan, ia juga dapat menggandakan kerugian dan perlu digunakan dengan berhati-hati, serta anda juga perlu mengambil kira tahap kefahaman anda tentang fungsi CFD.

Pedagang boleh membuka kedudukan panjang atau pendek dalam dagangan CFD mata wang kripto. Membuka kedudukan panjang bermakna pedagang berharap agar nilai aset kewangan dasar untuk meningkat pada masa akan datang. Sebaliknya, membuka kedudukan pendek bermakna pedagang akan menjual dan berharap agar nilai aset kewangan dasar untuk menurun pada masa akan datang.

What is Bitcoin
CFD Trading?

Dagangan CFD Bitcoin bermakna membuka kedudukan dalam mata wang digital, bermodalkan ramalan anda terhadap peralihan harga masa hadapan bagi mata wang kripto tersebut. Dagangan CFD Bitcoin membolehkan pedagang untuk melakukan spekulasi terhadap harga kripto berkenaan dan membuka kedudukan panjang atau kedudukan pendek. Jadi, jika pedagang berasa bahawa harga Bitcoin akan meningkat pada masa hadapan, mereka akan membuka kedudukan panjang, manakala jika mereka menjangka bahawa harga akan menurun, kedudukan pendek dibuka.

Pedagang boleh sama ada memasuki kontrak berdasarkan prestasi Bitcoin, begitu juga dengan mata wang kripto lain, seperti Ethereum atau Litecoin, atau mata wang fiat, seperti Dolar Australia atau Dolar Amerika. Dagangan CFD Bitcoin membolehkan pedagang untuk berdagang tanpa kebimbangan untuk kehilangan dana atau aset disebabkan oleh ancaman penggodam atau kecurian.

Pada masa yang sama, dagangan jenis ini juga mempunyai risiko yang tersendiri, terutamanya apabila melibatkan tahap leveraj yang tinggi. Inilah sebabnya pedagang memilih untuk mengembangkan strategi pengurusan risiko yang berkesan dan melakukan penyelidikan mendalam serta analisis pasaran sebelum berdagang CFD Bitcoin dan mata wang kripto lain.

Walaupun sudah beratus-ratus mata wang kripto yang telah muncul saban tahun, hanya segelintir sahaja yang menyaksikan volum dagangan yang tinggi. Antara mata wang kripto popular untuk dagangan CFD adalah Bitcoin, Ethereum, Ripple, Bitcoin Cash, dan Litecoin.

Mengapakah CFD Bitcoin lebih Digemari Berbanding Dagangan Masa Hadapan Bitcoin?

Walaupun CFD dan dagangan masa hadapan membolehkan Bitcoin didagangkan, terdapat beberapa perkara yang membezakannya:

1. Dagangan masa hadapan mempunyai tarikh luput yang khusus, manakala CFD tidak begitu. Sesuatu dagangan CFD boleh dipegang selama mana yang dibenarkan oleh terma kontrak. Apabila kontrak CFD dicairkan, perbezaan harga akan dikira dan dibayar kepada pihak yang berkenaan.

2. Dagangan masa hadapan pada bursa yang besar memerlukan deposit minimum yang lebih tinggi. Sebaliknya, CFD merupakan instrumen kewangan berleveraj yang membolehkan pedagang untuk mendapatkan pendedahan yang lebih tinggi dengan deposit margin yang rendah.

3. CFD mempunyai spread yang lebih besar berbanding dagangan masa hadapan tetapi yuran yang dikenakan broker untuk CFD adalah lebih rendah berbanding dagangan masa hadapan.

4. Pembukaan akaun CFD adalah lebih mudah berbanding memulakan dagangan masa hadapan. Pedagang boleh membuka akaun demo untuk membiasakan diri dengan proses dagangan CFD terlebih dahulu, sebelum membuka akaun live.

Semua bursa mata wang kripto dan broker di negara tersebut perlu mendaftar dengan Australian Transaction Reports and Analysis Centre atau AUSTRAC. Semua bursa dan broker perlu mengenal pasti dan mengesahkan pengguna mereka, menyimpan rekod dan mematuhi obligasi pelaporan kerajaan. Bursa yang tidak berdaftar tertakluk kepada hukuman jenayah dan kompaun kewangan.

Oleh itu, semak kesahihan dagangan CFD Bitcoin di negara anda sebelum bermula. Selain itu, perubahan dari segi rangka kerja perundangan untuk Bitcoin dan mata wang kripto lain boleh memacu peralihan harga akan datang bagi mata wang ini. Jadi, penting untuk pedagang CFD kripto kekal maklum dengan perkembangan terkini dalam pasaran.

Faktor Manakah yang
Mempengaruhi Harga Bitcoin?

Memandangkan sifat mata wang kripto yang berbeza daripada mata wang fiat, faktor yang mempengaruhi harganya juga berbeza. Sementara mata wang tradisional dipengaruhi oleh berita ekonomi dan politik, Bitcoin dan mata wang kripto lain amat dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran aset tersebut, serta sebarang kemas kini terhadap perundangannya. Antara faktor utama yang mempengaruhi dagangan CFD Bitcoin adalah:

Penawaran dan Permintaan
Walaupun mata wang kripto seperti Bitcoin menyaksikan permintaan yang kukuh, penawarannya adalah terhad. Hal ini mempengaruhi harga, yang membawa kepada ketidakstabilan yang berterusan. Perubahan dari segi permintaan adalah faktor utama yang mempengaruhi harga Bitcoin dan mata wang kripto lain. Penawaran Bitcoin bergantung pada kadar penciptaan Bitcoin baru, yang kian perlahan setiap empat tahun. Dalam hal ini, apabila permintaan terhadap Bitcoin meningkat pada kadar yang lebih pantas berbanding peningkatan dalam penawarannya, harganya cenderung untuk meningkat. Faktor lain yang mempengaruhi harga Bitcoin adalah ketersediaan keseluruhannya yang dihadkan pada 21 juta, tanpa sebarang perlombongan lanjut yang dibenarkan setelah tahap ini dicapai.


Kemas Kini Perundangan
Memandangkan pasaran mata wang kripto secara amnya tidak dikawal selia, sebarang kemas kini perundangan boleh membawa kepada perubahan besar dari segi harga mata wang digital ini. Perundangan ini boleh jadi dalam bentuk larangan mata wang digital atau pengiktirafannya sebagai wang sah atau kebenaran untuk digunakan di tempat-tempat tertentu.

Berita Tentang Penawaran Baru atau Fork Baru
Sebarang berita tentang pelancaran mata wang kripto baru atau fork dan penyenaraiannya boleh mempengaruhi harga syiling sedia ada.


Laporan Penggodaman
Dunia mata wang kripto terdedah kepada ancaman penggodam dan aktiviti penipuan. Oleh itu, berita yang berkaitan tentang penggodaman syiling kripto atau bursa boleh menyebabkan penurunan harga mata wang digital.


Berita Infrastruktur
Sebarang berita tentang pembangunan infrastruktur tambahan, seperti ATM atau penerimaan Bitcoin oleh perniagaan tambahan, bertindak sebagai penggalak dan menerajui peningkatan dari segi harga.

Bagaimanakah Cara
Dagangan CFD Berfungsi?

CFD untuk Bitcoin dan mata wang kripto lain adalah produk kewangan terbitan yang membolehkan pedagang untuk melakukan spekulasi terhadap naik dan turun harga bagi mata wang digital berkenaan, tanpa perlu memiliki mata wang itu. Berikut adalah beberapa ciri dagangan CFD dalam mata wang kripto:

1.

Leveraj: CFD adalah produk berleveraj, yang bermakna pedagang boleh membuka kedudukan dengan sejumlah kecil daripada nilai dagangan tersebut. Walaupun leveraj dapat menggandakan keuntungan pedagang, ia turut meningkatkan kerugian, sekiranya pasaran beralih pada arah yang bertentangan daripada ramalan anda. Oleh itu, anda harus menggunakan leveraj dengan berhati-hati.

2.

Jumlah margin: Pedagang perlu mendeposit jumlah minimum, yang dikenali sebagai margin, ke dalam akaun mereka. Jumlah margin ini bergantung pada tahap leveraj. Perubahan terhadap keperluan margin akan berlaku apabila kedudukan dagangan anda berubah. Misalnya, broker mungkin mempunyai keperluan margin sebanyak 20%. Dalam hal ini, untuk membuka kedudukan yang bernilai $5,000, anda perlu deposit sebanyak $1,000 sebagai jumlah margin.

3.

Spread: Spread adalah perbezaan antara harga tanya dan harga bida bagi sesuatu mata wang kripto. Jangan lupa untuk menyemak spread terkini untuk melakukan keputusan dagangan yang bermaklumat.

4.

Lot: Mata wang kripto lazimnya didagangkan secara pukal atau lot untuk menyamaratakan saiz kedudukannya. Memandangkan mata wang kripto amat tidak stabil, lotnya cenderung untuk menjadi amat kecil.

5.

Kedudukan Panjang: Pedagang boleh membuka suatu kedudukan beli pada CFD dengan harapan bahawa harga kripto dasar akan meningkat. Ia juga dikenali sebagai membuka kedudukan panjang.

6.

Kedudukan Pendek: Pedagang boleh membuka suatu kedudukan jual melalui CFD apabila harga kripto dasar dijangka akan menurun pada masa hadapan.

7.

Henti Rugi: Alat pengurusan risiko ini membolehkan pedagang untuk menentukan tahap harga yang dipratetapkan untuk kedudukan CFD mereka ditutup. Alat ini membantu dalam meminimumkan kerugian jika pasaran beralih pada arah yang tidak dijangka.

8.

Ambil Untung: Alat ini digunakan untuk menetapkan tahap harga untuk menutup sesuatu kedudukan, bagi membolehkan keuntungan dikunci sebelum pasaran beralih secara bertentangan dengan arah yang diramal.

Apakah Kelebihan dan Kelemahan
Dagangan CFD Bitcoin?

Kelebihan

Terdapat pelbagai manfaat dalam dagangan Bitcoin sebagai kontrak untuk perbezaan. Antara kelebihan CFD Bitcoin adalah:

  • Penggunaan leveraj membolehkan pedagang untuk mengambil kedudukan yang jauh lebih besar berbanding kemampuan mereka melalui modal sendiri. Hal ini mempertingkatkan potensi keuntungan yang boleh dinikmati pedagang.

  • Dagangan CFD tidak melibatkan sebarang pembelian mata wang digital sebenar, sekali gus mengurangkan keperluan untuk melindunginya melalui dompet digital.

  • Ia menawarkan pedagang peluang untuk melakukan spekulasi terhadap perubahan harga, dalam kedua-dua arah. Jadi, pedagang boleh mendagangkan CFD dalam kedua-dua pasaran yang meningkat dan juga menurun.

  • Pelaburan dalam CFD Bitcoin adalah ringkas dan boleh dilakukan secara bersemuka dengan mata wang fiat, seperti USD atau AUD, atau terhadap mata wang digital yang lain.

  • Broker yang menawarkan dagangan CFD juga dikawal selia dan perlu mematuhi peraturan dan perundangan tertentu demi memastikan keselamatan dana klien.

  • Dagangan CFD dilakukan menerusi broker, yang menawarkan perkhidmatan sokongan pelanggan kepada klien mereka agar klien dapat menikmati pengalaman yang memuaskan, sekali gus kekal bersama mereka.

  • Walaupun dagangan CFD amat berisiko tinggi, penggunaan alatan pengurusan risiko seperti perintah henti rugi dan ambil untung membolehkan pedagang untuk meminimumkan risiko mereka.

Kekurangan

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang terlibat dalam dagangan CFD Bitcoin. Mari perhatikan:

  • Penggunaan leveraj atau dagangan margin boleh menyebabkan kerugian yang lebih tinggi.

  • Pasaran mata wang kripto adalah tidak stabil dan boleh menyebabkan beberapa perubahan besar dalam hari yang sama, yang menjadikannya sukar untuk meramal peralihan harga yang akan datang.

  • CFD Bitcoin adalah bersifat spekulatif dan boleh membawa kepada kerugian yang besar.

Cara untuk Mendagangkan
CFD Bitcoin

Setelah memutuskan untuk mendagangkan CFD Bitcoin dan faham akan manfaat dan risikonya, anda boleh teruskan untuk memilih broker yang diyakini dan ternama, yang berdaftar dengan pihak berkuasa kawalan selia dan mematuhi perundangan yang ada.

1. Muktamadkan Pilihan Broker

Selain daripada mengenal pasti reputasi broker dan memastikan broker yang dipilih adalah entiti yang dikawal selia, anda perlu mengetahui:

  • Perihal leveraj yang ditawarkan dan jumlah margin yang diperlukan. Hal ini penting kerana ia dapat menentukan sejauh mana pendedahan anda serta potensi kedudukan yang boleh dibuka.

  • Semak pilihan produk. Walaupun CFD Bitcoin ditawarkan oleh kebanyakan broker disebabkan oleh popularitinya dalam sektor ini, terdapat juga beberapa CFD kripto lain yang turut didagangkan.

  • Perihal platform dagangan yang digunakan. MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 merupakan platform yang amat mesra pengguna dan hadir dengan pelbagai alatan dan sumber yang terbina dalam untuk memudahkan dagangan CFD menerusi pelbagai rangkaian aset termasuk dagangan mata wang kripto.

  • Spread, komisen dan yuran yang dikenakan dapat menentukan kos dagangan mata wang kripto.

  • Perkhidmatan sokongan pelanggan broker serta sumber tambahan yang ditawarkan untuk membantu dagangan.

  • Pilihan pembayaran dan terma pembayaran untuk deposit atau pengeluaran daripada akaun dagangan anda.

2. Buka akaun CFD Bitcoin

Setelah pilihan broker dimuktamadkan, langkah seterusnya adalah untuk membuka akaun dengan broker CFD pilihan anda. Anda boleh mencuba akaun demo terlebih dahulu untuk merasai pengalaman dagangan sendiri dan susulinya dengan akaun dagangan live. Sebelum anda mula berdagang secara sebenar, anda perlu mendepositkan jumlah margin awalan. Pilih tahap leveraj anda, bergantung pada selera risiko anda serta dana yang ada untuk dagangan. Anda juga perlu memutuskan mata wang kripto manakah untuk didagangkan.

3. Bina Sebuah Pelan Dagangan

Kini anda sudah bersedia dengan akaun anda, memilih mata wang kripto yang anda ingin dagangkan dan memuktamadkan tahap leveraj, anda perlu mengembangkan sebuah pelan dagangan. Strategi ini perlulah berasaskan penyelidikan mendalam tentang pasaran bagi mata wang kripto yang dipilih, peralihan harganya, faktor-faktor yang dapat memacu peralihan harga akan datang serta ramalan dan matlamat anda. Jangan lupa untuk mengambil kira jumlah dana yang tersedia untuk anda serta selera risiko anda.

4. Buka Kedudukan

Langkah seterusnya adalah untuk membuka kedudukan berasaskan analisis peralihan harga anda. Anda boleh membuka sama ada kedudukan panjang atau pendek, bergantung pada sejauh mana anda meramal harga mata wang kripto dasar untuk beralih pada masa hadapan. Selain itu, jangan lupa untuk menetapkan tahap henti rugi dan ambil untung untuk mengehadkan kerugian anda, sekiranya pasaran beralih pada arah yang bertentangan.

5. Pantau Kedudukan Anda

Dalam dagangan CFD Bitcoin atau dagangan CFD mata wang kripto secara amnya, pedagang perlu memastikan bahawa jumlah margin dalam akaun dagangan tidak jatuh di bawah had minimum. Hal ini dapat membantu anda mengelakkan sebarang penutupan yang tidak diingini bagi kedudukan anda oleh broker, yang disebabkan oleh kekurangan dana. Pemantauan berterusan terhadap akaun anda dan peralihan harga membolehkan anda melakukan tindakan yang pantas.

Sekali lagi, ingat bahawa dagangan CFD melibatkan risiko yang tinggi disebabkan oleh penggunaan leveraj dan sifat ketidakstabilan tinggi pasaran mata wang kripto itu sendiri. Jadi, kekal maklum, teruskan memantau kedudukan anda dan manfaatkan alatan pengurusan risiko untuk sebuah pengalaman dagangan yang memuaskan.

Mula Berdagang
dalam beberapa Minit

bullet Akses +10,000 instrumen kewangan
bullet Auto buka & tutup kedudukan
bullet Kalendar berita & ekonomi
bullet Penunjuk & carta teknikal
bullet Banyak lagi alat yang disertakan

Dengan memberikan e-mel anda, anda bersetuju dengan dasar privasi FP Markets dan untuk menerima bahan pemasaran yang akan datang daripada FP Markets. Anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa.




Source - database | Page ID - 20360

Get instant Updates in Telegram