Penafian

Amaran Risiko

Anda seharusnya hanya merisikokan modal yang anda mampu untuk kerugian. Dalam keadaan tertentu, disebabkan oleh turun naik dalam nilai pasaran, anda mungkin tidak mendapat kembali jumlah pelaburan permulaan anda. Anda bukan sahaja boleh kerugian pelaburan permulaan anda, tetapi anda boleh juga dikenakan liabiliti untuk membayar jumlah selanjutnya untuk menampung kerugian. Ini bermakna anda boleh kerugian lebih daripada wang yang telah dilaburkan.

Berdagang dalam CFD tidak sesuai untuk semua orang. CFD hanya sesuai untuk pelabur yang memahami sepenuhnya risiko yang berkaitan dengan produk ini. Anda perlu memastikan bahawa anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan mendapatkan nasihat bebas jika perlu.

Maklumat lanjut berkenaan risiko yang berkaitan dengan CFD terkandung dalam Pernyataan Pendedahan Produk untuk produk yang anda pilih. Anda mesti memastikan bahawa anda telah membaca dan memahami dokumen tersebut sebelum membuka akaun dengan kami. Pernyataan Pendedahan Produk tersedia untuk dimuat turun daripada laman web ini tau atas permintaan daripada pejabat kami. Kami juga mengesyorkan anda membaca dan memahami dokumen yang kami sediakan yang dipanggil "Dasar Utama: CFD" yang boleh didapati di sini.

Pergerakan dalam harga aset pendasar CFD (contohnya, harga ekuiti (saham), opsyen, indeks, kadar pertukaran asing), niaga hadapan atau komoditi) dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang tidak dapat diramalkan dari seluruh dunia.

Pergerakan yang ganas dalam harga aset pendasar mungkin berlaku disebabkan oleh faktor tersebut dan anda mungkin tidak dapat menyelesaikan dagangan yang buruk. Anda tidak memiliki atau mempunyai hak terhadap aset pendasar (contohnya hak untuk menerima bayaran dividen bagi CFD ekuiti).

Anda perlu mempertimbangkan risiko rakan niaga anda dengan FP Markets dan risiko rakan niaga FP Markets dengan rakan niaga perlindungan nilai mereka. Klik di sini untuk mendapatkan Dasar Perlindungan Nilai kami.

Anda wajib mengekalkan perlindungan margin minimum yang diperlukan untuk akaun dagangan anda dan memenuhi semua panggilan margin. Kadang-kadang hanya sedikit masa atau tiada masa yang akan diberikan oleh FP Markets untuk anda membayar panggilan margin.

Lihat tajuk "Risiko Penting" untuk mendapatkan penerangan terperinci tentang risiko yang berkaitan dengan dagangan, terkandung dalam PDS kami. Selain itu, sila pertimbangkan Terma dan syarat.

Hak Cipta

Maklumat yang terkandung dalam laman web ini ialah hak First Prudential Markets Pty Ltd. Maklumat ini disediakan bagi tujuan peribadi anda sahaja dan tidak boleh diedarkan atau dihantar kepada mana-mana pihak ketiga, secara keseluruhan atau sebahagiannya, tanpa kebenaran bertulis awal daripada First Prudential Markets Pty Ltd.

Ketepatan maklumat

Semua maklumat di laman web ini telah diperoleh daripada sumber yang dipercayai tepat pada 30 November 2005. First Prudential Markets Pty Ltd dan entiti yang berkaitan tidak memberikan sebarang pernyataan atau jaminan bagi kebolehpercayaan, ketepatan atau kesempurnaan maklumat yang terkandung di laman web ini dan oleh itu semua tanggungjawab dinafikan dengan jelas, sama ada disebabkan oleh kecuaian First Prudential Markets Pty Ltd atau sebaliknya. First Prudential Markets Pty Ltd tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kesilapan dalam data atau maklumat lain yang diberikan oleh pelanggan dan dipindahkan melalui laman web ini, sama ada kesilapan tersebut ialah pincang tugas teknikal atau disebabkan oleh pelanggan.

Tiada nasihat peribadi

Maklumat yang terkandung di laman web ini tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat produk kewangan peribadi. Maklumat ini hanyalah maklumat umum sahaja dan tidak mempertimbangkan satu atau lebih objektif, keadaan kewangan atau keperluan anda. Kami mengesyorkan agar pelabur mendapatkan nasihat kewangan, percukaian dan undang-undang bebas sebelum memasuki sebarang transaksi dengan First Prudential Markets Pty Ltd.

Penciptaan laman web dan kandungan

Rakan niaga FP Markets dan sekutunya tidak mengambil bahagian dalam penciptaan laman web ini dan tidak bertanggungjawab dan tidak membuat sebarang jaminan atau perwakilan secara nyata atau tersirat, tentang ketepatan atau kesempurnaan sebarang maklumat yang terkandung di laman web ini dan apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan penerangan, tawaran atau prestasi mana-mana produk yang diterangkan di sini.

FP Markets Multi Platform

The Industry’s Most

Powerful Platforms

FP Markets provides some of the most technologically advanced platforms for all levels of trader, including Metatrader 4, WebTrader, Apps for iPhone and Android as well as IRESS.

  • Windows
    Windows
  • Mac
    Mac
  • WebTrader
    WebTrader
  • iPhone
    iPhone
  • Android
    Android

Mulakan Dagangan
dalam masa beberapa Minit

Buka akaun sekarang

  • Berdagang Forex dan CFD
  • Platform yang kuat: MT4, MT5 & IRESS
  • 10 000+pasaran
  • Spread daripada 0.0 pip
  • Hanya deposit $100
  • 500:1 Leveraj

FP Markets at the football

© FP Markets 2018