Broker Forex Dikawal Selia

Dikawal Selia
Forex Broker
Peraturan

Berdagang dengan Broker Forex Terkawal Global yang dipercayai

Ditubuhkan pada 2005, FP Markets merupakan broker CFD dan forex yang dipercayai di seluruh dunia. Di Australia, kami dikawal selia oleh Australian Securities and Investments Commission (ASIC), manakala di Eropah, operasi kami dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC). Berdaftar di St. Vincent & the Grenadines, syarikat kami benar-benar merupakan sebuah entiti global.

Dengan 40+ ganjaran dalam bidang perkhidmatan klien dan teknologi pelaksanaan, FP Markets adalah antara broker forex yang paling diyakini dalam industri. Kejayaan menerusi pelbagai anugerah dalam ruang pasaran forex yang serba kompetitif ini tidak datang bergolek. Ditubuhkan pada tahun 2005, FP Markets telah menawarkan pedagang forex pengalaman dagangan yang tiada tandingan dan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik antara broker forex terbaik.

Pedagang boleh memilih pelbagai pilihan platform yang tersedia termasuklah MetaTrader 4, platform dagangan forex yang paling popular di dunia, atau keluaran terbarunya, MetaTrader 5. Berbagai rangkaian produk dagangan CFD turut tersedia menerusi platform dagangan Iress. Bagi mereka yang ingin mendagangkan pasangan mata wang seperti EUR/USD, AUD/USD dan GBP/USD atau dagangan masa hadapan komoditi boleh melakukannya dengan leveraj yang tinggi dan spread yang rendah.

Pedagang baru dapat menikmati manfaat tambahan dengan keupayaan untuk mempelajari cara untuk mengenal pasti syarat dagangan yang berisiko tinggi dengan akaun demo. Setelah bersedia untuk mengambil langkah seterusnya dalam akaun dagangan dalam talian, pedagang FP Markets boleh membuka akaun dagangan live dengan deposit minimum serendah $100. FP Markets turut menawarkan perkhidmatannya untuk penggunaan Expert Advisors (EA) serta aktiviti scalping dan lindung nilai, menjadikannya sebuah destinasi yang ideal buat pedagang dari semua tahap kemahiran.

Why Choose a Global CFD and Forex Broker like FP Markets

Realiti dagangan adalah tidak ada satu strategi dagangan tunggal yang selamat. FP Markets mempunyai pasukan pematuhan dan sokongan pelanggan khas yang memastikan kami sentiasa mematuhi perundangan ketat demi perlindungan pelabur seperti yang dinyatakan oleh ASIC. Cara terbaik untuk mengelakkan penipuan adalah untuk mendagangkan forex dengan broker yang dikawal selia seperti FP Markets.

Pelesenan

Dikawal oleh ASIC, CySEC dan terdaftar di St. Vincent & Grenadines, kami mematuhi syarat modal yang ketat untuk memenuhi kewajipan pembayaran pelanggan dan menggunakan prosedur dalaman yang baik untuk pengurusan risiko, pelaporan kewangan, pengambilan kakitangan dan jadual audit luaran.

Pengasingan
Dana

Kami memastikan dana pelanggan runcit sentiasa diasingkan daripada modal syarikat, dilindungi oleh bank terkemuka. Dalam apa-apa jua keadaan, wang pelanggan tidak akan digunakan untuk memenuhi perbelanjaan syarikat.

Kecairan Peringkat Tinggi

Kecairan FP Markets berpunca daripada institusi kewangan terkemuka bagi memastikan kecairan berbilang aset buat para pedagang kami. Kualiti bertaraf institusi ini menawarkan pedagang kami dengan tahap kecairan antara bank yang terbaik.

.

Tadbir Urus
Korporat

Kami menawarkan penyata akaun biasa kepada pelanggan kami. Akaun kewangan kami diaudit oleh firma audit luaran untuk memastikan pematuhan berterusan terhadap peraturan pada semua operasi.

rade with FP Markets a Global Regulated company which is part of an award winning group of companies

Berdagang dengan broker yang boleh bergantung

bullet Akses +10,000 instrumen kewangan
bullet Auto buka & tutup kedudukan
bullet Kalendar berita & ekonomi
bullet Penunjuk & carta teknikal
bullet Banyak lagi alat yang disertakan

Dengan membekalkan e-mel anda, anda bersetuju dengan dasar privasi FP Markets dasar privasi dan akan menerima bahan pemasaran pada masa depan daripada FP Markets. Anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa.





Peta Laman | © FP Markets 2020



Dapatkan Kemas kini segera di Telegram