Strategi untuk Berjaya dalam Dagangan CFD Jangka Pendek

Strategies to Succeed in Short Term CFD Trading, FP Markets

Seperti bentuk pelaburan berasaskan aset lain, dagang CFD membantu merealisasikan pelbagai matlamat, pelan dan nisbah risiko/ganjaran yang berbeza.

Walau bagaimanapun, CFD merupakan sebuah pasaran berasaskan terbitan – anda akan membeli dan menjual kontrak antara diri anda sendiri dan pembekal CFD.

 

Apakah CFD?

Pembelian saham di London Stock Exchange (LSE) melibatkan penyerahan permintaan kepada broker urusan saham yang menyatakan syarikat yang diminati dan bilangan saham yang diinginkan. Dengan berbuat demikian, anda membeli saham bagi aset dan keuntungan syarikat – memiliki sebahagian daripada syarikat.

Strategies to Succeed in Short Term CFD Trading, FP Markets

CFD, atau kontrak untuk perbezaan pula sebuah produk terbitan kewangan yang membolehkan peserta pasaran untuk membuat spekulasi terhadap pasaran yang meningkat dan menurun, yang beralih tanpa perlu memiliki aset dasarnya.

Dagangan CFD melibatkan pembelian/penjualan kontrak, yang memerlukan anda untuk membayar/menerima bayaran bagi perbezaan di antara harga pelaksanaan dan harga pencairan. Dalam hal ini, aset tidak akan bertukar tangan.

CFD juga merupakan sebuah produk berleveraj. Hal ini menjadikannya berupaya untuk meningkatkan pendedahan pasaran dengan hanya mengemukakan sebahagian kecil daripada nilai nosional penuh bagi sesuatu instrumen kewangan.

Broker CFD menawarkan klien dengan pelbagai produk CFD, termasuklah individu dengan CFD saham, CFD Indeks, CFD Forex, CFD Komoditi, CFD Mata Wang Kripto dan banyak lagi.

 

Dagangan Jangka Pendek

Strategi dagangan jangka pendek bertujuan untuk mengeksploitasi peralihan harga bagi mata wang minor dalam pasaran. Bergantung pada strategi dagangan yang digunakan, kedudukan jangka pendek ini berbeza-beza setiap beberapa minit (mungkin setiap beberapa saat) hingga beberapa hari. Sebaliknya, objektif dagangan jangka panjang, atau dagangan kedudukan pula disasarkan untuk trend jangka panjang, yang berlangsung antara satu bulan hingga beberapa bulan, malah beberapa tahun.

Tidak kira sama ada anda menggunakan pelan dagangan jangka pendek atau jangka panjang, strategi pengurusan risiko adalah komponen utama dalam memastikan sebuah dagangan yang berjaya.

Secara keseluruhannya, terdapat tiga jenis gaya dagangan jangka pendek yang digunakan untuk mendagangkan CFD: scalper, pedagang harian dan ada juga menggelarnya sebagai pedagang ayunan.

 

Scalping

Scalping melibatkan penempatan berbilang dagangan menerusi sesi dagangan dengan fokus dagangan intrahari jangka pendek. Matlamat scalping ini adalah untuk memperoleh keuntungan kecil daripada peralihan harga kecil. Dagangan ini biasanya dikeluarkan sejurus selepas ia membawa keuntungan.

Kebanyakan dagangan ditempatkan menerusi sesi/hari dagangan, dengan isyarat yang kebanyakannya diperoleh menerusi analisis teknikal. Walau bagaimanapun, wajar untuk anda terus memerhatikan kalendar ekonomi kerana pengumuman berita dapat mempengaruhi dagangan scalp dengan drastik.

Antara kaedah yang popular dalam pasaran scalp adalah dengan kombinasi purata peralihan dan pengayun stokastik pada carta M5, yang boleh digunakan pada kebanyakan pasangan mata wang major. Ia melibatkan penggunaan EMA (purata peralihan pesat) 200 tempoh serta pengayun stokastik menggunakan tetapan standard. Alasan penggunaan EMA 200 tempoh adalah untuk mengenal pasti sekiranya sesuatu pasaran sedang trending. Apabila harga pasaran jatuh di bawah nilai EMA, pedagang akan mencari kedudukan yang pendek (jual), dan sebaliknya sekiranya harga didagangkan di atas EMA 200 tempoh.

Pedagang akan mencari isyarat terlebih beli stokastik apabila harga didagangkan di bawah paras EMA. Amaran ini menggambarkan potensi peluang untuk membeli. Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.A bagi Minyak Mentah WTI, kelihatan beberapa peluang yang bakal memasuki kedudukan pendek, menurut stokastik tersebut. Penting untuk diingati bahawa walaupun kebanyakan menyesuaikan kaedah ini dengan pendekatan dagangan mereka, cara yang biasa untuk menggabungkan pelbagai bentuk penanda teknikal lain adalah untuk menjelaskan sesuatu kedudukan.

Strategies to Succeed in Short Term CFD Trading, FP Markets

RAJAH 1.A

 

Dagangan Harian

Dagangan harian biasanya melibatkan pencairan kedudukan sebelum penutupan atau dagangan. Walau bagaimanapun, sesetengah pedagang memegang kedudukan mereka semalaman sekiranya keadaan pasaran adalah seperti yang diharapkan.

Sama seperti scalping, pedagang harian cenderung untuk memberi fokus pada analisis teknikal dalam pembuatan keputusan dagangan, serta mengambil kira jadual berita yang akan datang bagi hari tersebut.

Walaupun berbeza mengikut pedagang, pemilihan rangka masa untuk strategi dagangan cenderung untuk menjadi lebih tinggi berbanding pendekatan scalping. Ada yang cenderung ke arah rangka masa M15, manakala ada yang memilih M30 dan H1 yang lebih perlahan.

Walaupun lambakan strategi dagangan harian tersedia, kaedah berasaskan tindakan yang ringkas lebih cenderung untuk berjaya dalam jangka panjang.

Rajah 1B, carta Minyak Mentah WTI M15 menunjukkan strategi berasaskan garisan trend dengan peluang dagangan berpotensi yang ditandakan oleh anak panah hijau. Sila ambil maklum bahawa, sebaik sahaja garisan trend ditenggelamkan, ia sering menawarkan tahap sokongan/rintangan dalam ujian semula (anak panah hijau di tengah mewakili contoh tersebut).

Sudah tentu pedagang boleh menambah beratnya dengan menggunakan alatan teknikal tambahan, seperti kawasan sokongan/rintangan, corak batang lilin Jepun atau kajian Fibonacci. Walau bagaimanapun, sila ambil maklum bahawa strategi dagangan yang ringkas biasanya yang menjana pulangan lumayan. Kerumitan dapat mengaburi pemikiran dan pandangan kita dan sering kali membawa kepada konsep yang dikenali sebagai kelumpuhan analisis.

Strategies to Succeed in Short Term CFD Trading, FP Markets

RAJAH 1.B

 

Dagangan Ayunan

Dagangan Ayunan berfokus pada mengeksploitasi keuntungan dalam ayunan jangka pendek. Pedagang ayunan cenderung untuk memanfaatkan peralihan harga antara titik tinggi dan rendah.

Kedudukan Dagangan Ayunan biasanya lebih aktif antara beberapa hari hingga beberapa minggu. Perbezaan antara dagangan ayunan dan dagangan harian adalah masa, dan bagi sesetengah pedagang, dari segi pendekatan. Pedagang ayunan cenderung ke arah rangka masa H1 dan titik yang lebih tinggi; pedagang dalam kategori ini juga mungkin melibatkan analisis fundamental dalam pendekatan dagangan mereka.

Dagangan trend merupakan gaya dagangan ayunan yang popular, dengan matlamat untuk mengeksploitasi sebahagian daripada trend tersebut.

Rajah 1.C menunjukkan carta Minyak Mentah WTI H4 yang menawarkan sebilangan dagangan ayunan (anak panah hijau). Pada dasarnya, pedagang akan membeli (memasuki kedudukan panjang) pada celupan di tahap Fibonacci, pada nisbah penarikan Fibonacci 61.8% yang popular, dan menempatkan perintah henti rugi perlindungan di bawah titik rendah ayunan terdahulu. Untuk pengesahan tambahan, sesetengah pedagang juga mencari pertembungan tindakan harga yang berasaskan struktur.

Strategies to Succeed in Short Term CFD Trading, FP Markets

RAJAH 1.C

 

Gaya Dagangan

Terdapat beberapa kaedah untuk berhubung dengan pasaran.

Walaupun dagangan jangka pendek merupakan sebuah gaya dagangan secara sendirinya, subkategorinya seperti scalping, dagangan harian dan dagangan ayunan adalah pendekatan yang digunakan.

Adakah anda seorang pedagang yang memilih untuk masuk dan keluar pasaran dalam masa beberapa minit atau beberapa jam, dan hanya mempunyai masa 1-2 jam untuk menghadap skrin setiap hari? Dalam hal ini, scalping boleh menjadi pilihan anda. Dalam kata lain, seorang pedagang yang gemar dengan idea untuk memegang kedudukan semalaman dan menyasarkan ayunan mungkin lebih gemarkan pendekatan dagangan berasaskan ayunan.

Penting untuk anda memutuskan gaya dagangan yang sesuai dengan personaliti anda sebelum anda bermula. Pedagang CFD berjaya tahu kategori manakah yang sesuai dengan mereka untuk dimanfaatkan.

MULAKAN PERDAGANGAN

 

PENAFIAN:
Maklumat yang terkandung dalam bahan ini hanya bertujuan sebagai nasihat umum. Kandungannya tidak mengambil kira objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan tertentu anda. FP Markets telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan ketepatan maklumat pada tarikh penerbitan. FP Markets tidak memberikan sebarang jaminan atau perwakilan terhadap bahan ini. Contoh yang disertakan dalam bahan ini adalah bagi tujuan ilustrasi sahaja. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, FP Markets dan pekerjanya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku dalam apa-apa cara (termasuk dengan cara kecuaian) daripada atau berhubung dengan mana-mana maklumat yang disediakan atau tidak disediakan daripada bahan ini. Ciri-ciri produk FP Markets termasuk yuran dan caj yang berkaitan adalah digariskan dalam Penyata Pendedahan Produk yang boleh didapati di laman web FP Markets, www.fpmarkets.com, dan perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk berurus niaga dengan produk tersebut. Derivatif boleh mendatangkan risiko yang tinggi; kerugian boleh melebihi bayaran permulaan anda. FP Markets mengesyorkan anda mendapatkan nasihat bebas. First Prudential Markets Pty Ltd didagangkan sebagai FP Markets ABN 16 112 600 281, Nombor Lesen Australian Financial Services 286354.

  • Strategies to Succeed in Short Term CFD Trading, FP Markets
    • Articles
    • Views
    AUTHOR

    FP Markets

    FP Markets is an Australian regulated broker established in 2005 offering access to Derivatives across Forex, Indices, Commodities, Stocks & Mata Wang Kripto on consistently tighter spreads in unparalleled trading conditions. FP Markets combines state-of-the-art technology with a huge selection of financial instruments to create a genuine broker destination for all types of traders.

    PROFILE
Start Trading with a Global Broker

Archives

Archives

Categories


Mula
Berdagang
dalam masa beberapa Minit

Buka akaun sekarang


Strategies to Succeed in Short Term CFD Trading, FP Markets Akses +10,000 instrumen kewangan
Strategies to Succeed in Short Term CFD Trading, FP Markets Auto buka & tutup kedudukan
Strategies to Succeed in Short Term CFD Trading, FP Markets Kalendar berita & ekonomi
Strategies to Succeed in Short Term CFD Trading, FP Markets Penunjuk & carta teknikal
Strategies to Succeed in Short Term CFD Trading, FP Markets Banyak lagi alat yang disertakan

Dengan memberikan e-mel anda, anda bersetuju dengan dasar privasi FP Markets dan untuk menerima bahan pemasaran yang akan datang daripada FP Markets. Anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa.